Bab 1

51.8K 3.6K 1K
                                    

"Dia anti sosial. Buat apa kau nak pergi kawan dengan dia tu?"

"Haah, dengan siapa je dia kawan? Classmate dia je. Itu pun tak berapa nak ramah. Aku tahulah sebab aku selalu stalk dia,"

"Kadang kadang nampak dia tu macam orang murung,"

"Heh murung? Alah main main je tu. Nak cari publisiti. Bukan kau tak tahu, dia kan dah makin famous sejak menang peserta MMA terbaik tahun lepas,"

"Eh dia MMA fighter?"

"Kau baru tahu ke?"

"Ish tak percaya pulak aku. Dia tu nampak macam pasif. Dia tak pernah senyum pun dekat aku, beku macam tulah. Sombong betul!"

"Aku dah cakap dia tak bergaul dengan orang. Dia sombong!"

***

Aku memandang ke arah rumah di hadapanku itu. Mata meneliti segenap inci dinding yang berwarna kelabu, tingkap lebar dan pintu sederhana besar yang ada. Seketika, aku mengeluh kecil.

"Ma tak perlu buat semua ni," gumamku sendiri. Berkali kali aku cuba melarang mama dahulu, jangan diberi apa apa lagi kepada aku, tapi tidak berhasil.

Lihatlah, sehingga mama sudah tiada pun, mama masih meninggalkan tempat perlindungan yang baru.

Aku mula mengheret luggage berwarna hitam itu, ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Namun baru saja beberapa tapak, kedengaran suara seorang perempuan mempamit.

"Ini anak arwah Kak Zai?"

Aku menoleh. Kelihatan seorang perempuan yang umurnya aku agak dalam lingkungan 40 an.

Jiran?

Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Lantas di bibir tua itu, ada senyuman yang terukir.

"Orang kampung panggil makcik, Che Siti. Arwah Kak Zai minta tolong tengokkan Nai bila Nai dah pindah sini," katanya.

Terus aku angguk mengerti. Tak ada rasa curiga atau apa, dengarlah sendiri dia memanggil aku dengan nama 'Nai' sahaja. Hanya mama dan keluarga lama aku saja yang suka pendekkan nama.

Ma ni, Nai boleh jaga diri sendiri kot. Lupa ke anak Ma ni detektif?

"Che Siti dengan anak Che Siti tiap tiap minggu tolong bersihkan rumah ni, maaf kalau banyak kekurangan," sambungnya lagi.

Aku mula memaksa diri untuk menggariskan senyuman buat wanita bernama Che Siti itu. Bukan apa, aku tak berapa ada mood harini.

Ah Naina, kau hari hari takda mood.

"Terima kasih, Che Siti. Maaf kalau menyusahkan," tuturku senada. Berharap yang dia faham akan suara penatku, ingin berehat.

Che Siti senyum manis. Tak melengahkan masa, aku meminta diri untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Pertama kali aku melihat segenap ruang itu, aku tersenyum nipis. Cantik. Tidaklah terlalu besar, biasa biasa sahaja tapi cukup untuk aku seorang.

Lagipun, apa saja yang aku buat nanti? Terperap dalam bilik?

Ada dua bilik tidur, sudah tentu aku ambil yang utama. Lagipun, ada bilik mandi sekali dalam bilik tidur utama selain bilik mandi dan tandas di bahagian dapur.

Melihat dapur, aku terfikir sendiri. Aku akan memasak ke nanti? Entahlah. Aku tidak terlalu pandai dalam memasak. Lagipun, aku selalu sibuk dengan kerja dan jarang melekat dekat rumah.

Huh...dululah.

Aku menapak masuk ke dalam kamar dan mula meletakkan barangan yang ada. Seketika, aku teringatkan sesuatu. Lantas jam di tangan aku pandang. Sudah hampir tengahhari, aku belum makan ubat lagi.

HAZRAEL | TERBITDonde viven las historias. Descúbrelo ahora