Bab 2

31.1K 2.8K 852
                                    

Aku melangkah ke ibu pejabat, tempat kerja aku itu. Aku tak tahu ke mana hendak pergi, jadi aku singgah disini sahaja. Sebetulnya, aku hanya ingin lari daripada Che Siti dan Yunie.

"Hai Naina!" tegur salah seorang rakan sekerjaku, Haqeem. Dia memandang aku sekilas sebelum menyambung kerjanya.

Raut wajahnya serius, merenung komputer riba di tangan seraya jarinya tak berhenti menari nari di atas papan kekunci itu. Kadangkala dia membetulkan kaca matanya yang melorot.

"Hai," balasku pendek. Aku mendekatinya dan lihat apa yang dia buat. Di skrin laptop itu, terpampang tulisan berwarna hijau dan beberapa kod yang separuh aku faham, separuh lagi tidak.

"Kes apa?" soalku.

Haqeem, merupakan anggota yang paling pintar dalam bidang IT. Ikutkan, kami semua perlu handal menggunakan 'ilmu IT' ini, tapi Haqeem yang paling power.

Dia membetulkan cermin matanya sebelum menjawab soalan aku.

"Oh tak. Aku cuma bersihkan laptop ni. Rasa macam ada benda yang tak kena, tapi bila tengok tengok, macam semuanya okey,"

Aku mengangguk kecil mendengar penjelasannya itu. Mata aku mencari cari ahli sekerja aku yang lain. Dalam pasukan aku, ada enam anggota termasuklah aku dan Haqeem.

"Eh Naina, bila sampai?"

Faiz, anggota junior dan yang paling muda, aku lihat sedang menghampiri aku bersama Kapten Lou.

Ya, anggota kami ramai lelaki. Hanya dua orang perempuan, iaitu aku dan Maya. Namun tempat Maya bukan di sini, dia pakar forensik dan kebiasaannya menguruskan bedah siasat mayat.

"Baru je," balasku pendek.

"Dah selesai urusan pindah rumah?" Kapten Lou menyoal.

Aku senyum nipis kemudian mengangguk perlahan.

"Ya, Alhamdulillah. Aku dapat jiran yang...baik,"

Kapten Lou tersengih.

"Aku harap kau tak pindah tempat lain pulak," Guraunya. Dan aku tahu dia faham akan riak wajah aku apabila aku menyebut perkataan 'baik'.

Maksudnya, jiran aku terlalu baik sampaikan aku tidak selesa. Kalau sekali saja ajak makan, tak apa. Nanti kalau berkali-kali? Aku dah cakap aku tak suka.

Perkara ini sudah sedia maklum oleh anggota kumpulan aku.

"Kau ni Naina, aku rasa kau dah patut mula bergaul rapat dengan orang lain selain kami," Haqeem menyampuk tiba-tiba.

"Haah, bagus untuk kesihatan mental tau. Sampai bila asyik nak berseorangan aje?" Ujar Faiz.

"Aku takkan keseorangan kalau korang izinkan aku kerja semula," balasku dan memandang mereka penuh makna.

Kapten Lou ketawa kuat.

"Kalau aku jadi kau, aku enjoy cuti aku tahu tak?"

"Komander dah bagi arahan, takkan nak langgar," sampuk Faiz.

Aku memutarkan bebola mata. Oh cakap pasal dia...

"Where's commander?"

Elok saja aku menyoal, tiba tiba pintu dirempuh masuk oleh orang yang baru saja aku mencari kelibatnya.

Komander Damien.

"Haqeem, Sarjan Adam ada hantar maklumat mangsa, identify him now," dengan lagak bergaya, Komander Damien menghampiri kami dan riak wajahnya serius.

Fun fact about Commander Damien, he has a pair of light brown eyes. Berdarah kacukan Thailand. Dah kalau pangkat pun Komander, faham fahamlah bagaimana selarinya pangkat dengan tubuh tegapnya itu.

HAZRAEL | TERBITWhere stories live. Discover now