✘ Bab 53 ✘

2.5K 116 4
                                    

"Congratulations, you have another 7 months to go through."

"Maksud doktor?" aku menyoal doktor tersebut dengan wajah penuh kebingunan.

Tidak mengerti maksud di sebalik bicaranya.

Namun, apabila aku menangkap senyuman doktor itu, baru aku tersedar sesuatu.

"Sa-saya mengandung ke doktor?"

Doktor itu tersenyum sambil mengangguk. Jawapan biasa tiap kali melihat reaksi pasangan yang bakal menerima cahaya mata.

Tapi sekarang, aku bersendirian.

"Almost two months the baby in your tummy. You tak sedar ke?" giliran doktor itu menyoal.

"Betul ke ni doktor? Baru beberapa hari lepas saja test guna pregnancy kit. But the result was negative." aku menerangkan kepada doktor itu.

"Some cases pun macam ni jugak. Ataupun, ada yang tak pregnant, tapi result pregnancy test jadi positive. But don't worry, dua kali I buat test dekat you and it's totally positive. So lepas ni, kurangkan buat kerja berat. Your pregnancy masih dalam trimester pertama. Makan ikut time, please don't skip your meal baby fully bergantung hidup dengan you..." penerangan panjang lebar doktor itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung aku tak memberi fokus tentang apa yang disampaikannya.

Dahulu, ketika menerima berita kehadiran Fayyadh, situasinya hampir sama seperti sekarang.

Tapi kali ini, bukan aku tak gembira dengan kehadiran rezeki Tuhan yang tidak dijangka ini.

Aku...cuma keliru dengan rasa yang bercampur baur dalam hati saat ini.

~~~

Bunyi ombak yang menderu ternyata berjaya menghasilkan ketenangan. Angin pantai yang menampar wajah dengan lembut hampir mendorong aku untuk melelapkan mata. Tenangnya suasana di sini.

Perut yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan bentuk itu aku sentuh.

Sudah tiga hari aku berada di sini. Pantai Teluk Dalam, Terengganu. Sengaja aku pilih destinasi ini kerana di sini, pernah terselit memori aku dan Fyraz.

Tiga hari di sini, bermakna sudah masuk hari kedua Fyraz dan Arin disatukan. Sungguh, bukan niat aku untuk melarikan diri dari menghadap realiti. Fyraz pun tahu aku ada di sini. Aku cuma, tak sanggup nak menghancurkan hati sendiri. Biarlah masa yang memulihkan satu hari nanti.

Tapi soal kandungan ini, Fyraz masih belum tahu. Selama berada di sini memang aku matikan telefon.

Tak mengapalah. Esok esok aku akan berangkat pulang ke rumah juga.

Mata yang semakin memberat aku pejam rapat.

"Do you miss him?"

"So much. Unconditionally."

Tanpa sedar, bibir berbicara menjawab kata bisikan yang datang menerpa.

"I miss you too."

Aku tersenyum dengan mata yang masih terpejam tatkala suara bisikan itu seakan kedengaran seperti suara Fyraz.

Hikayat Sang Pencinta ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ