TEASER

1.6K 71 2
                                    

"Arin, please jangan senyap macam ni. Kita buat report polis okay?" aku cuba memujuk Arin yang masih tersedu menahan tangis.

Arin menggeleng tanda tak mahu.

"Jangan, Sya. Aku takut dia boleh buat perkara yang lebih teruk daripada ni."

"Okay, kalau taknak buat report kau bagitahu aku jantan mana yang buat kau macam ni."

Arin mengangkat wajahnya dan saat itu, aku tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Fyraz..."

Dum!

Langit seakan runtuh di atas kepala.

~~~

"Abang tipu Sya..."

PRANGG!!

Jantung berdegup kencang apabila melihat cermin kaca bilik mandi sudah pecah berderai.

Penumbuk Fyraz sudah dipenuhi darah. Nampak perit. Tapi dapat aku lihat ada yang lebih perit digambarkan pada wajah itu.

Dalamannya.

"Abang nak buktikan, tak ada siapa layak untuk rasa segala apa yang abang bagi pada Sya."

Aku renung dalam kolam matanya yang semakin memerah itu.

"Cinta."

~~~

"Tolonglah abang, kahwin dengan dia..."

"Sya tak percayakan abang?" bicara aku dipintas Fyraz.

Sungguh, aku percayakan dia. Tapi kalau bukan kerana nendanya sendiri yang memaksa aku untuk memilih jalan ini, tak mungkin aku sanggup menawarkan suami aku untuk orang lain.

"Sya percaya tapi..."

"Sya tak percayakan abang! Kalau Sya percaya, Sya takkan paksa abang buat semua ni!" amarah Fyraz semakin memuncak.

"Abang..."

Nafas aku makin lelah.

"Sya yang paksa abang, kan? Okay, fine! Hujung minggu ni jugak buat majlis nikah!"

Aku terjelopok jatuh di atas lantai.

Ya Allah, apa lagi daya aku untuk menghalang semua ini?

~~~

"Abang, behave la kita dekat rumah nenda ni kan?"

Fyraz buat tak peduli dengan larangan aku malah makin galak ciumannya berlabuh di seluruh wajah aku.

Perlakuannya tiba tiba terhenti.

"Abang rindu. Abang rindu kita macam ni..." suaranya bertukar sayu.

Air mata aku mula jatuh.

Aku juga rindukan Fyraz. Aku rindu suami aku...

"I'm promise, everything will be alright." pipi aku ditekup dengan kedua dua belah tangannya.

Dan renungannya, penuh rasa cinta.

Untuk seorang Hana Arisya, hikayat hidup ini sentiasa diburu ujian.

Antara cinta dan pengorbanan, mana yang harus aku pilih?




*jeng jeng jenggggg

Apa kena pulak tu haih
Act nk buat panjang lg tp tulah malas

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now