✘ Bab 4 ✘

2.2K 143 7
                                    

"Rajin Drake turun padang harini. Biasanya anak buah dia je settlekan."

"Yeah. Such a blessful night."

Telinga sempat menangkap perbualan bar tender tadi dengan rakannya selepas keadaan yang senyap sunyi tadi kembali meriah apabila bayang Fyraz tidak kelihatan di tingkat bawah kelab malam ini.

"Hey, sorry for disturbing you. But...who is he?" aku memanggil semula bar tender tadi dan bertanya soal Fyraz.

"Drake. Pembekal dadah terbesar untuk golongan orang orang kaya yang selalu lepak dekat sini. Tapi dia tak selalu pun datang. Entah apa angin dia, rajin pulak datang malam ni." Bar tender itu menjawab sambil menarik senyuman di hujung bibirnya.

"Kenapa semua orang nampak takut dengan dia?" aku bertanya lagi. Tadi aku sempat lihat beberapa 'orang besar' kelab malam ini menunduk hormat pada Fyraz...atau Drake?

"Selalunya kalau dia datang, tempat ni memang dia conquer sorang. Tapi tak tau kenapa malam ni dia buat lawatan mengejut. Well...he's the most influential mafia here." bagus betul bar tender ini. Rajin mulutnya bercerita pada aku.

"You know what, girl? If you know him well, you takkan berani nak bertentang mata sekalipun dengan dia."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Yang aku lihat tadi...benarkah Fyraz? Atau sekadar pelanduk dua serupa?

"And the most interesting about Drake is..." dia merapatkan bibirnya pada telingaku.

"He never drinks alcohol..." mata aku palingkan untuk menghadap bar tender itu. Suaranya hampir ditenggelamkan bunyi muzik namun aku masih dapat dengar dengan baik.

Seriously? Aku sendiri sudah berkali-kali meneguk minuman keras. Tak mungkin dia tak pernah sentuh langsung?

"...and he never play with any woman." kalau yang ini, Sofea pernah ceritakan. Tapi aku masih tidak percaya. Langsung tiada wanita simpanan walaupun seorang? Atau dia...bukan Fyraz Danial? Hanya seorang Drake yang aku tidak pernah kenal?

"One day, kalau musuh-musuh Drake dapat bunuh dia, I'm very sure diorang akan gantung kepala Drake untuk buat hiasan."

Serta-merta bulu roma menegak. Entah kenapa, perasaanku jadi tak enak. Aku cuba menyedapkan hati. Drake dan Fyraz bukan orang yang sama.

Tapi...kenapa aku perlu risaukan dia?

~~~

Bayangan Fyraz hilang apabila terasa bahuku dihimpit seseorang. Aku toleh ke kiri. Seorang lelaki yang aku kira dalam lingkungan 40-an,lengkap memakai tuxedo berwarna putih seperti sengaja menggeselkan bahunya pada bahuku. Aku cuba menolak badannya namun malang apabila kedua-dua belah bahuku dicengkamnya kuat.

"What's your name, beautiful?" soalannya aku biarkan tergantung. Langsung aku tidak memandang wajahnya.

"Muka cantik macam you, sesuai jadi anak ayam. Kerja dengan I, nak?" kali ini aku memberanikan diri bertentang mata dengannya.

Bodoh punya jantan! Sejahil-jahil aku, aku takkan kotorkan diri aku dengan kerja macam tu!

"Still tak nak cakap dengan I? Fine. I akan buat bibir cantik you menjerit lepas ni."

Serentak dengan itu, sebelah tangannya mencengkam kuat rahangku. Bibirnya cuba didekatkan dengan bibirku. Aku meronta-ronta dalam pegangannya namun tindakanku menjadikannya lebih agresif.

"Lepaslah!" aku menjerit sambil kedua-dua belah tangan menahan badannya daripada terus mendekat. Air mata sudah jatuh setitis dua. Berkali-kali aku lepaskan jeritan.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now