✘ Bab 43 ✘

2.1K 120 1
                                    

For you ♥

~~~







"Sayang, nak ambil gambar ke tak?" tanya Fyraz sedikit terjerit kerana kedudukan kami yang agak jauh.

Tidak menunggu lama, aku berlari anak ke arahnya dan beberapa keping gambar aku diambilnya secara spontan.

Klik! Klik! Klik!

Fyraz tayang senyum.

Segalanya terlalu indah bagaikan mimpi. Buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke bandar Madrid, Sepanyol. Penerbangan terus dari Malaysia selama beberapa jam ternyata memenatkan namun tetap tak mampu menggugat rasa teruja aku lagi lagi ini merupakan perjalanan pertama berdua aku dan Fyraz.

Kata Fyraz, bumi Sepanyol ini ibarat rumah keduanya memandangkan nenda Talita berasal dari negara ini. Lahirnya Fyraz juga di sini. Kiranya, Fyraz juga berdarah campuran Sepanyol. Padanlah muka pun handsome semacam.

Hikhik!

"Hei, mengelamun apa tu?" aku tersedar semula apabila Fyraz berdiri di sebelah lalu membetulkan baju sejuk yang aku pakai.

Aku hanya tersenyum kemudian beanie yang tersarung di kepalanya juga aku kemaskan. Sengaja aku biarkan rambutnya terjuntai sedikit di dahi. Lengannya aku rangkul, mengajak Fyraz untuk pulang ke hotel setelah hampir seharian kami menghabiskan masa berdua dengan melawat tempat tempat menarik di negara asing ini.

Percutian bulan madu yang masih berbaki tiga hari dua malam ini benar benar membahagiakan. Dua hari lepas ketika baru sampai di sini, kami cuma merehatkan diri di dalam bilik hotel memandangkan kami tiba ketika hari sudah lewat malam. Petang hari esoknya baru kami keluar melawat tempat tempat menarik di sini. Jet lagged melampau.

Melawat muzium muzium terkenal, membeli belah di Gran Via street, dan hari ini menghabiskan masa di El Retiro Park. Sebelum ke El Retiro Park, sempat kami melawat ke Masjid Cordoba yang mengambil masa kira kira hampir dua jam perjalanan dari kota Madrid dan menunaikan solat di sana.

"Abang, Sya nak try yang tu!" Fyraz ikut menoleh ke arah satu gerai makanan di tepi jalan yang aku tunjukkan.

"Sya tunggu sini, abang pergi beli sekejap." Fyraz terus berlalu menuju ke arah gerai yang menjual Tortilla Espanola tersebut.

Aku menuggu dengan sabar memandangkan ramai juga pelanggan yang singgah di gerai kecil itu. Agak lama selepas itu, baru tiba giliran Fyraz untuk memesan makanan. Tidak lama perlu menunggu pesanannya disiapkan.

Namun, sebaik sahaja Fyraz berpusing mahu berpatah baik, dari jauh aku terlihat tubuh Fyraz dirempuh batang tubuh seorang gadis hingga menyebabkan beg plastik berisi makanan yang dibeli Fyraz terjatuh di atas tanah. Aku mengagak gadis itu sedang meminta maaf dari gaya tubuhnya.

Mulanya aku biarkan saja namun makin panas hati aku dibuatnya apabila terlihat kedua dua mereka sedang berbual mesra dengan pakej ketawa ketawa.

Aku tahan diri daripada menyerang gadis itu yang dengan selambanya seperti memukul manja bahu suami aku dan yang paling tak boleh aku terima, Fyraz hanya biarkan saja!

Ah, aku panas! Kedinginan bumi Madrid pun tak mempu memyejukkan hati aku. Berbulu mata dan geram punya pasal, laju kaki aku melangkah ke arah mereka yang masih seronok berbual tak ingat dunia.

"Abang buat apa lagi ni? Jomlah balik bilik." sengaja aku leretkan suara dan pinggang Fyraz aku paut erat, mahu menanda kawasan sebelum satu das jelingan padu aku hadiahkan buat gadis di depan aku ini.

Gadis berambut karat itu jelas tergamam melihat tindakan aku dan pandangannya tidak lepas daripada melihat rangkulan aku pada Fyraz.

"So, this is your wife? Datang sini honeymoon la?" pertanyaannya itu diajukan pada Fyraz namun riak dan nada sinisnya langsung tidak dapat disembunyikan ketika pandangannya singgah pada wajah aku.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now