✘ Bab 21 ✘

1.8K 101 0
                                    

Sudah sebulan lebih kejadian itu berlaku. Semenjak itu, aku atau papa masing masing terus senyap. Aku ada di rumah sewa Sofea dan Arin pun papa tidak tahu. Hubungan aku dengan Syafiq juga masih dingin. Beberapa hari selepas aku keluar dari rumah, hanya satu saja mesej yang ditinggalkan oleh Syafiq. Katanya untuk sebulan ini dia perlu outstation ke bumi Perancis atas urusan kerja dan selepas dia pulang, barulah dia mahu berbincang tentang hubungan kami secara lebih serius.

Sampai hari ini, aku masih menunggu kata putus darinya bila masa yang sesuai untuk berbincang.

Bunyi notification di telefon menyedarkan aku dari lamunan.

FYRAZPOYO 😒 :
Malam ni I nak ajak you dinner
Pukul 8 I pick up you kat rumah

Me :
I malas

FYRAZPOYO 😒 :
Ingat I nak terima ke alasan you
You taknak takpe, menyesal lagi ada nanti

Me :
Fine, I ikut you!

Aku menyumpah Fyraz dalam hati. Kalau tak memaksa memang tak sah.
Angin apa pulak datang menyerang nak ajak aku dinner bagai?

~~~

Jam 7.45, aku masih buntu kerana tiada baju untuk dipakai memandangkan dress yang selalu aku guna masih banyak yang tersadai di rumah.

Aku mengeluh perlahan. Nak pinjam baju Arin, aku boleh jamin semuanya tak cukup kain. Sofea pula jenis yang agak lasak dan katanya, dia tidak berminat dengan pakaian yang terlalu feminin.

Dah kenapa aku beriya fikir nak pakai dress? Silap silap Fyraz angkut aku ke kedai mamak je. Bukannya boleh agak pun kepala dia tu.

Bantai lah pakai tshirt je!

"Sya, Fyraz ada dekat luar. Kau ada janji nak keluar dengan dia ke?"

Aku terlopong dua saat mendengar kata kata Arin. Cepat betul Fyraz datang. Tadi kata pukul 8. Aku dah lah tak mandi lagi!

Cepat cepat aku berlari keluar dari bilik untuk berjumpa dengan Fyraz yang sedang elok bersandar pada Ferrari Enzo miliknya. Kereta sama yang digunakan sewaktu membawa aku pulang dari Zouk.

Pakaiannya juga biasa. Sekadar t shirt plain berwarna hitam dengan seluar jeans lusuh.

Kali ini aku yakin, memang dia nak bawa aku makan dekat kedai mamak.

"Awalnya you sampai?" aku menegur Fyraz yang masih fokus dengan telefonnya.

"Ni, I nak bagi baju." ujar Fyraz sambil menghulurkan satu paper bag dan kotak kasut jenama Gucci kepada aku.

"Nak buat apa benda ni?" aku menyoal Fyraz sambil memandangnya pelik.

"Pakai jelah jangan banyak tanya!"

Aku mendengus mendengar jawapan Fyraz. Suka sangat berahsia!

"You masuk rumah then siap cepat. I tunggu sini." aku hanya mengganguk dengan arahan Fyraz sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

~~~

Selesai mandi, baru aku melihat isi di dalam paper bag yang diberikan oleh Fyraz. Telan air liur aku dibuatnya apabila melihat gaun half sleeves berwarna navy blue yang sangat cantik rekaannya. Nampak begitu elegan dengan bahagian bawah gaun itu yang agak kembang. Tidak terlalu sarat dengan perhiasan tapi masih nampak mewah.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now