Aku tertunduk. Sumpah, aku tak ada jawapan untuk soalan ibu Zarina. Ya, aku yang bersalah. Terlalu takutkan sangat ugutan nenda Talita.

"Papa pernah cakap dengan Fyraz, kalau Fyraz tak boleh jaga anak papa baik baik, Fyraz boleh pulangkan..."

"No way! That won't ever happen!" tengkingan Fyraz memotong bicara papa yang belum sempat dihabiskan.

Lengan aku ditarik supaya berdiri di belakangnya. Cara posesif. Kuat dia mencengkam lengan aku membuatkan aku mendesis sakit.

Aku cuba leraikan cengkamannya namun Fyraz menjeling aku tajam. Dadanya berombak laju dan urat di dahinya mula timbul tanda dia sedang menahan marah.

"Sya pun nak mintak abang lepaskan Sya?" bisikan tegas Fyraz membuatkan aku menggeleng laju sambil menahan air mata.

Tidak, perkara itu yang paling aku tak mahu dalam hubungan ini.

"Berhenti seksa perasaan anak papa, Raz."

Kata kata papa bagai menyimbah minyak pada api kemarahan Fyraz.

"Papa kalau nak belasah Raz, silakan. Raz takkan melawan tapi kalau papa sendiri yang suruh Raz lepaskan Sya..."

Fyraz berjeda lalu bibirnya melepaskan tawa hambar.

"I won't."

Dalam bicaranya, terselit satu amaran.

"Sampai  Raz mati pun, Sya tetap akan jadi isteri Raz. Fyraz dah janji dengan papa, Raz nak genggam tangan ni sampai syurga. Please, bagi Raz tunaikan janji tu."

Spontan, tangannya turun menggenggam erat jari jemari aku membuatkan aku terbuai dengan satu rasa yang hadir dalam jiwa.

"Pergi ambil barang dekat atas kalau ada. Kita balik sekarang." Fyraz mengeluarkan arahan lalu aku turutkan.

Aku turun semula ke tingkat bawah selepas mengambil tas tangan. Selepas bersalaman dengan papa dan ibu Zarina, aku turutkan langkah Fyraz ke arah kereta. Pedal minyak ditekan sebelum kereta yang dipandunya bergerak meninggalkan perkarangan rumah ibu Zarina.

"Sya minta maaf. Sebab Sya, abang kena tampar dengan papa."

Fyraz buat tak endah dengan permintaan maaf aku. Rasa terbunuh dengan kebisuan Fyraz, sudahnya sebelah tangan aku naik memegang pipi Fyraz.

"Sakit lagi?"

"Tak payah sentuh la!" aku terkedu apabila tiba tiba sahaja Fyraz menengking lalu menepis kasar tangan aku yang melekap di pipinya.

Aku tundukkan wajah sebelum air mata mula mengalir laju.

"You asked me to put my trust in you. Sya betul betul percayakan abang. But why, you hurt me again?"

Fyraz kekal diam.

"Tell me, abang..."

Streeettt!!

Kereta diberhentikan mengejut membuatkan aku urut dada sendiri akibat terkejut.

"You've hurt me too. Then tell me, why can't I?" Fyraz menyoal dengan nada yang cukup sinis.

"You asked for this. Abang dah cakap, tanggung la akibat dia sendiri."

"Siapa cakap Sya nak sangat hadap semua ni?!" aku mula membalas lantang apabila Fyraz meletakkan segala kesalahan di bahu aku.

Baik, aku mengaku aku yang salah. Tapi apa masalah dia sampai perlu berdingin dengan aku sampai macam ni sekali?

Aku ketap bibir tanda geram. Dia fikir aku tahan sangat nak hadap kedinginan dia?

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now