S2 : 26

3.8K 442 294
                                    

Spamlah komen nyah🥺 hiks


Y/n mengemas meja di cafe tempat kerjanya sambil termenung. Dia masih berfikir kenapa Taehyung curang terhadapnya sedangkan Taehyung boleh jujur?

"Bonjour!" seseorang menyergahnya.

"Apa- Eh Namjoon!" terus y/n memeluk Namjoon yang menyergahnya tadi.

"Aigoo lamanya kita tak jumpa.. kau sihat?" Namjoon mengusap kepala y/n.

"Sihat.. duduklah" Y/n mempelawa. Mereka duduk satu meja.

"Dengar cerita kau dah kahwin dengan Yoongi?" soal Namjoon.

"Kami dah cerai.. aku kahwin dengan Taehyung. Kenalkan?"

Namjoon seperti berfikir.

"Oh yang nerd tu eh?" Namjoon meminta kepastian. Y/n mengangguk.

Namjoon ni schoolmate Taehyung dan y/n dahulu. Bezanya Namjoon kawan rapat Y/n tapi Taehyung mangsa bulinya.

"Uwaw.. so.. macam mana kau kahwin dengan Taehyung? Okay?? Atau kau ada buli dia lagi?" usik Namjoon.

"Mana ada.. dia buli aku adalah"

"HAHHAAH okok so macam mana kahwin ngan Taehyung? Okay?" Soal Namjoon lagi.

"Kau ni asyik tanya pasal aku je.. kau tu macam mana duduk France? Okay?" Y/n menukar topik. Dia taknak cerita tentang Taehyung. Dia tahu sangat perangai Namjoon. Nanti ditumbuknya Taehyung kalau dia tahu apa yang Taehyung buat pada y/n.

"Y/n, macamlah aku baru kenal kau sehari dua.. kau ada masalah dengan Taehyung eh? Dia buat apa kat kau?" Namjoon mengusap tangan Y/n.

Akhirnya Y/n menangis teresak esak. Namjoon hanya mampu menggosok bahu y/n menenangkannya.

"Kenapa ni weh.."

"D-dia ada bini lain.. ada anak lagi weh.. hiks.. patutlah dia tak nak ada anak dengan aku.." Y/n menangis lagi.

"Dia gila ke apa?? Bukan dia ke yang bersungguh sungguh cinta dan sukakan kau dulu??" Namjoon agak naik angin. Kalau Taehyung ada dihadapannya dah lama dia membelasah Taehyung.

"A-aku tak tahu.." itu sahaja jawapan y/n.

"Ni kau tahu dari mana? Dia bagitahu?" Namjoon menyoal lagi dengan tak puas hati.

"Taehyung masuk hospital.. yeoja tu datang melawat.." Namjoon mengangguk faham.

"Aish aku dahlah tak boleh lama kat Seoul.. minggu depan kena balik France balik..hm.." Namjoon membebel kepada dirinya sendiri.

"Tak..takpe kau jangan risau.. Taehyung tak pernah kasar dengan aku.. dia tak berat sebelah.. mungkin aku yang ada salah dengan dia.."

"No. Walaupun aku tak tahu cerita penuh tapi aku tahu ni bukan salah kau" kata Namjoon lagi.

Mereka diam seketika dan Namjoon berfikir.

"Apa kata kau ikut aku balik France minggu depan?" cadang Namjoon. Y/n mengerutkan dahinya.

"Untuk?" Y/n clueless.

"Kau ikut je aku.. kalau betul Taehyung sayangkan dan cintakan kau, dia akan cari kau.. "

"..kalau dia sayang dan cinta perempuan tu pula, dia takkan cari kau.. Kalau cari pun cari ala kadar je.. amacam?"

Y/n diam. Dia tak tahu nak ikut rancangan Namjoon atau tidak. Dia tahu rancangan Namjoon agak bernas tapi kalau Taehyung tak carinya macam mana?

"Kalau Taehyung tak cari aku? Aku tak nak kehilangan dia weh.. aku sayang dia.." Mata y/n berair lagi.

"Kalau dia tak cari, kau balik korea semula dan jadi Y/n yang baru"

Kata kata Namjoon membuatkan Y/n mengerutkan dahinya lagi.

"Maksud kau?"

"Aku akan jadikan kau artis bawah company aku dan kau akan famous. Masa tu, Taehyung akan menyesal seumur hidup"
















tbc

hoho amacam? HAHAHAHAH

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now