S3 : 48

2.7K 257 105
                                    

"A-appa.." Jihyun cuba gagahkan diri untuk keluar dari bilik.

Belum sempat Jihyun keluar, Taehyung dah buka pintu bilik.

"Eh kenapa ni?!" gelabah Taehyung menyambut Jihyun yang nampak memang tak larat itu.

"Yoonji! Hey!" Taehyung menampar nampae pipi Yoonji yang sudah tak sedarkan diri dengan mulut berbuih itu.

Taehyung letakkan mereka atas katil dan terus call doktor.




----



Mereka berdua dimasukkan dalam wad.

"Usus Jihyun luka.. Yoonji pula terlebih alkohol.." kata doktor itu. Taehyung menganga.

"Usus luka??"

"Ye usus luka.. dia tak boleh nak gerak, bercakap atau berjalan sangat atau dia akan rasa pedih nanti.. saya dah sediakan ubat untuk dia nanti awak bagi dia makan ikut masa ye"

"Yoonji pula macam mana?"

"Dia tak sedarkan diri lagi.. tapi nasib baik awak cepat atau lagi teruk dia tu.." Doktor menepuk bahu Taehyung.

Taehyung mengeluh. Selesai hal bini, hal ini pula yang tambah.





----









"Y-yoonji mana.." soal Jihyun lemah. Tak larat sangat nak bercakap.

"Dia tak sedar lagi.." Taehyung selakkan langsir wad itu yang memisahkan Yoonji dan Jihyun.

"Maaf kami tipu appa.."

"Haih.. takpe.. benda dah lepas dah pun.. sekarang Jihyun dengan Yoonji kena sihat je.." Taehyung menggenggam tangan Jihyun.

"S-sakit.." Jihyun memegang perutnya.

"Baring dulu.. jangan banyak gerak dan cakap sangat.." Taehyung baringkan Jihyun dikatil itu.

"A-appa.." Taehyung terdengar suara Yoonji.

Taehyung terus ke katil Yoonji pula.

"Ye sayang" hampir sahaja Taehyung menangis tengok keadaan mereka berdua.

"Maaf--"

"Takpe.. appa maafkan.. jangan nangis.." Taehyung lap air mata Yoonji yang mengalir itu.



----



Taehyung menjaga Yoonji dan Jihyun 24 jam sehingga mereka dibenarkan pulang.

Sedih Taehyung nampak Yoonji dan Jihyun hanya diam dan berehat itu. Biasanya merekalah yang paling bising dan selalu bercerita dengan Taehyung.

Taehyung memang manjakan mereka seperti baby sekarang. Kalau nak ke bilik atau ke mana mana, Taehyung yang akan dukung mereka.

Taehyung juga yang mandikan Jihyun. Dia tak nak luka pada usus Jihyun makin teruk.

"Appa rehatlah.. Yoonji nampak appa tak berhenti jaga Yoonji dan Jihyun.." kata Yoonji kepada Taehyung yang sedang memakaikan Jihyun baju itu.

"Takpe sayang.. nanti appa rehatlah.." Taehyung menggosok kepala Yoonji.

Yoonji dan Jihyun hanya diam. Mereka kesian tengok Taehyung.














tbc


Tae and Jihyun 💓

Tae and Yoonji✨

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now