S3 : 6

3.1K 311 140
                                    

3 pagi..

"Weh Taehyung" Y/n membangunkan Taehyung yang sedang tidur itu.

"Hm" Taehyung menyahut tapi masih lagi tidur.

"Aish bangunlaaa" Y/n menarik rambut Taehyung sehingga Taehyung terbangun.

"Apa dia" Taehyung menggosok matanya ngantuk.

"Aku dengar ada orang ketuk pintu tadi..pergilah tengok"

Taehyung pun menguap dan menggeliatkan badannya sebelum bangun menuju ke pintu.

"Yang awak menyorok belakang saya ni kenapa?" tegur Taehyung yang perasan Y/n memegang tangan Taehyung dan menyorok belakangnya.

Terus Y/n lepaskan tangannya dan menjeling Taehyung.

Taehyung pun dengan hati hati buka pintu itu.

"Eo? Takde sape sape pun" Taehyung pun keluar rumah dan tengok sekeliling rumah.

"Tapi sumpah tadi aku dengar ada orang ketuk pintu! Kuat!" Y/n bersungguh meyakinkan Taehyung.

"Takde pun sayang.. saya dah cek semua" kata Taehyung sambil cek sekeliling rumah sekali lagi.

Y/n berdecit dan terus masuk dalam bilik.

Taehyung juga masuk ke biliknya selepas memastikan Y/n tidur.


---


"Morning sayang"

"Kau siap siap nak pergi mana?"

"Kerjalah"

Y/n mengangguk faham sebelum buka phone dan bermain game lagi.

"Kad saya ada dengan awakkan?"

Y/n mengangguk.

"Oh okay pegang jelah.. kot kot awak nak beli apa apa guna je" pesan Taehyung sebelum keluar dari rumah.

Y/n hanya buat bodoh dan sambung main game.



---



Pada malamnya Taehyung balik dan layan movie bersama Y/n.

Taehyung tiba tiba baringkan kepalanya ke peha Y/n.

"Asal?" Y/n pelik.

Taehyung mencebik.

"Mainlah dengan rambut saya.."

Y/n rollkan bola matanya. "Gedik" Dia pun menolak Taehyung sehingga jatuh dari sofa.

"Tak sporting ah awak ni" Taehyung pout. Y/n hanya buat tak tahu dan focus pada movie itu.





---





"Weh aku nak keluar jap" kata Y/n sambil sarungkan hoodienya.

"Pergi mana? Dah 2 pagi ni"

"Ada hal jap.. kau tak yah tunggulah. Tidur je. Bye!" Y/n terus keluar dari rumah itu.

Tipulah kalau Taehyung tak marah. Selama ni Y/n tak pernah keluar melainkan dia ada sekali. Lagi lagi malam. Memang tak pernah.

"Dia ni hilang ingatan ke otak bergegar? Lain macam perangai" bebel Taehyung seorang diri sebelum ke dapur dan membancuh kopi.



---




"Taehyung kau kenal Yoongi?"

Taehyung berpaling dan mengangguk pelik.

"Dia siapa? Tadi kawan aku cakap Yoongi tu husband aku tapi dia dah mati.. dia mati sebab apa?"

Taehyung meneguk air liurnya. Banyak memori pahit dari manis dalam hidup Y/n. Kalau boleh Taehyung tak nak Y/n ingat sampai bila bila. Dia nak Y/n bahagia je.

"Dia jual dadah dan kena hukum gantung sampai mati.." jawab Taehyung selamba.

"Macam mana aku boleh kahwin dengan kau pula?"

"Cinta"

"Ye ke? Asal aku tak rasa apa apa pun"

Taehyung terdiam.

"Awak tak rasa apa apa?"

Y/n menggeleng.

"O-oh haha entahlah" Taehyung menggaru belakang kepala nya awkward.

Taehyung terasa ')















tbc

🙃❤️

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park Jiminजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें