S3 : 82

2.5K 253 108
                                    

4 tahun berlalu..

Taehyung menghilangkan diri. Jimin, Jungkook dan Haneul pula hari hari mencari taehyung. Rumahnya pun sudah ada orang lain duduki.

Yoonji hari hari menangis. Dia tak sangka Taehyung hilangkan diri secara tiba tiba.

Jihyun pula hanya ikut apa yang Jimin cakap iaitu belajar.

"Jihyun, jom makan" Jimin masuk bilik Jihyun.

"Kejap lagilah" balas Jihyun sambil baca buku.

"Jomlah makan dulu.. kejap lagilah sambung belajar tu"

"Belajar kita tak boleh berhenti" Jihyun mengulangi ayat Jimin.

Setiap kali Jungkook, Jimin, Yeonmin dan Y/n1 ajaknya makan atau keluar, itulah alasannya.







--









"Kak Haneul.. hisk.. akak tak jumpa appa lagi ke.." Yoonji menangis lagi. Haneul mengeluh dan menggeleng dengan serba salah.

"..appa pergi mana.." Yoonji melihat gambar Taehyung pada phonenya. Dia tak sempat nak minta maaf atau ucapkan apa apa pun pada Taehyung.

Haneul hanya mampu tengok Yoonji. Dia dah cuba sehabis baik untuk cari Taehyung tapi tetap tak jumpa.

"Eomma, esok Haneul ada kursus dekat Gwacheon.. mungkin dalam seminggu macam tu Haneul kat sana.. eomma jaga Yoonji ya?" pesan Haneul pada eommanya. Eomma mengangguk.

Bukannya susah pun jaga Yoonji. Semua benda Yoonji buat sendiri. Makan, masak, basuh baju, jemur baju.. bila Haneul nak tolong, dia jawab Taehyung kata perempuan kena rajin.




--










Esoknya, Haneul sampai di tempat kursusnya. Gelabah dia masuk bilik seminar itu kerana dah lambat.

"Maaf prof saya lambat" Haneul bow.

"Takpe.. lagipun awak dari Seoul kan? Jauh juga.. urm awak boleh duduk kat tempat kosong" kata prof itu.

Haneul mencari tempat kosong tapi tak jumpa. Maklumlah Haneul ni rabun jauh.

"Tu.. awak boleh duduk sebelah Kim Taehyung" prof itu tunjuk ke arah satu meja.

Haneul tergamam. Taehyung?

Dengan menunduk Haneul duduk di tempat prof itu tunjuk.

Haneul pandang Taehyung senyap senyap. Taehyung hanya buat halnya sendiri.

"Pandang depan" kata Taehyung tiba tiba apabila perasan Haneul dari tadi tengoknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Pandang depan" kata Taehyung tiba tiba apabila perasan Haneul dari tadi tengoknya. Terus Haneul gelabah pandang ke hadapan.








---







Habis sahaja kursus sesi pagi, Haneul terus kelam kabut mengejar Taehyung.

"Taehyung! Kejap!" Haneul memanggil. Taehyung pun berhenti.

"Hm?"

"K-kenapa awak hilangkan diri?"

"Salah ke? Kenapa sibuk?" Taehyung jongketkan keningnya.

"T-tak salah.. tapi Yoonji hari hari menangis rindukan awak.. dia kata dia tak sempat nak minta maaf dekat awak lagi.. at least call lah dia, Taehyung.. tak kesiankan dia ke?"

"Saya kesiankan orang sangat sampai orang pun tak kesiankan saya"

Haneul terdiam. Dia tahu apa yang Taehyung lalui sebab Yoonji ceritakan semuanya.

"Saya tahu, Taehyung..tapi Yoonji tu budak lagi.. jangan sebab hal dewasa, budak yang jadi mangsa.. " kata Haneul tak nak kalah.

"Saya cuma tak nak percayakan orang lagi. Saya dah penat tahu tak?"

Haneul terdiam apabila suara Taehyung makin meninggi.

"Saya faham awak ada trust issues selepas apa yang awak dah lalui tapi janganlah sampai salahkan semua orang, Taehyung.."

Taehyung mengeluh kasar.

"Dahlah.. kita cakap pasal benda ni lain kali je" Taehyung mengukirkan senyuman nipis.

lambat sahaja Haneul mengangguk.

"Jomlah pergi makan dulu.. rehat sejam je ni" ajak Taehyung.

"Awak ajak saya?" Pipi Haneul memerah.

"Eh taklah, ajak basikal tu" Taehyung tunjuk basikal yang tersadai tepi bangunan kursus itu.

Haneul tersengih dan mengangguk.

"Jom" ajak Taehyung lagi. Haneul pun mengikut sahaja.














tbc

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now