S3 : 96

2.7K 244 400
                                    

"Hyung, Jihyun nak jumpa kau" Jungkook call Taehyung.

"Dia nak jumpa atau kau yang nak jumpa?"

"Dia.. please datang.. dia dari tunggu kau"

"Boleh tapi kau tak boleh ada kat situ"

"Aku tak boleh tinggalkan Jihyun lah.. kau datang jelah.. susah sangat ke?"

"Yang kau emo sangat ni apahal?"

"Kau yang cari pasal. Suka hati kaulah!" Jungkook terus tamatkan panggilan.

Dahlah dia dengan Jimin tengah gaduh, Yeonmin pula merajuk, ni tambah lagi dengan perangai Taehyung.

"Habis benda atas kepala aku. Ego.." Jungkook mengeluh. Semua benda dia yang kena fikir. Kadang kadang penat juga.

"Jihyun, appa keluar kejap tau" Jungkook menggosok kepala Jihyun. Jihyun mengangguk.





---




Jungkook keluar ke Sungai Han untuk tenangkan diri sebelum ke hospital semula.

"Kau buat apa kat sini?" Taehyung tiba tiba duduk disebelah Jungkook.

"Kau tu buat apa kat sini.. aku memang lepak sini kalau serabut" Jungkook menjeling Taehyung.

"Aku lalu nak pergi hospital tadi. Lepastu nampak kau kat sini. Singgah ah kejap"

Mereka diam seketika. Masing masing layan perasaan.

"Kau pergilah hospital dulu.. kesian Jihyun tunggu kau.."

"Kau?"

"Aku pergi lepas kau baliklah.. kau kan tak suka aku kat situ" Jungkook mengeluh. Dia pun penat bukannya Taehyung je.

Taehyung nak je minta maaf dan peluk Jungkook sekarang ni tapi dia tahan. Ego.

Taehyung pun beredar dari Sungai Han dan ke hospital.

"Aku rindu kau.." Jungkook akhirnya menangis. Dia nak sangat hubungan rapat dia dengan Taehyung pulih semula tapi semua ni jadi sebab salah dia sendiri juga.






---





"Jihyun-- eh?" Taehyung pelik Jihyun tiada dalam wadnya.

"Nurse, mana patient bilik ni?"

"Oh, dia dah discharge tadi.. baru je ada yeoja ambil dia" jawab nurse itu sambil mengemas katil wad Jihyun.

"Bwo?! Siapa?!"

"Urm saya tak cam dan tak kenal tapi yang saya tahu dia yeoja la.. dan dia ada pakai rantai silver"

Taehyung mengetap bibirnya. Dah pasti tu memang Y/n. Rantai silver tu Taehyung pernah beri kepadanya semasa mereka masih suami isteri.






---







Taehyung cari Jihyun di Seoul seorang diri kerana tak nak minta tolong Jungkook mahupun Haneul.

"Mana dia.. haish.."

Tiba tiba telefon Taehyung berbunyi. Dia jawab.

"Tae, aku ni.. Jin.. Jihyun ada dengan Y/n dekat rumah aku.. baik kau datang sekarang.. dia macam nak bunuh Jihyun weh.. aku send kau location"

Sebaik sahaja Jin send location, Taehyung terus memecut laju ke rumah itu. Dah tak fikir nak minta tolong polis, Jungkook atau Haneul dah.






---





"Y-y/n.. letak p-pisau tu.." dengan takut takut Taehyung cuba menghentikan Y/n dari bermain dengan pisau yang agak tajam.

"Wae? Takut?" Y/n mendekatkan pisau dengan leher Jihyun.

Jihyun pula sudah diikat ketat dikerusi.

"J-jangan Y/n.. aku merayu weh.. kau bunuh aku.. jangan sabitkan dia.. dia tak de kaitan dalam hal kita.."

Y/n pun tergelak besar.

"Kalau aku bunuh kau, kau tak merana.. aku nak tengok kau gila sama macam aku juga.. boleh kita kahwin.. kan bae?" Y/n wink kepada Taehyung.

"Tak.. please Y/n.. please.. jangan sabitkan dia.."

"Terlambat, Taehyung.. aku dah bencikan kau.." Y/n menggelengkan kepalanya.

"Y/n, sudah sudahlah tu.. kau nak gila, gila sorang sorang takyah ajak Taehyung" Jin menyampuk selamba.

"Kau diam!" Y/n melempar pisau yang dipegangnya tadi kepada Jin tapi tak mengena.

"Y/n, berubahlah.. kalau kau berubah, aku pasti ramai sukakan kau.. entah entah Taehyung pun akan sukakan kau balik" kata Jin lagi.

"Aku tak perlukan dia suka aku. Aku nak dia merana je.."

Jin dan Taehyung diam sebentar. Berfikir.

"Camnilah.. kau bunuh je aku.. puaskan hati kau kat aku.." kata Jin tiba tiba.

"Hyung.."

"Sokey Taehyung.. aku pun banyak buat salah dekat kau.." Jin mendekati Y/n.

"Tak tak, please Y/n jangan bunuh Jin hyung please.." Taehyung melutut. Dia tak tahu nak buat apa lagi.

Y/n tersenyum sinis. Nampaknya dia boleh bunuh Jin dan Taehyung akan merana juga.

Baru sahaja Y/n nak mengelar leher Jin, dia terus ditolak dan dibelasah.

"AKU DAH LAMA SABAR DENGAN KAU, KAU TAHU TAK?! KAU DENGAN SYAITAN TAKDE BEZA! DUA DUA GILA DAN SIAL!" Perut Y/n ditumbuk berkali kali dan disepak.

"KAU MAMPOS LAGI BAGOS! MENYUSAHKAN ORANG!" Kepala Y/n dihentak ke dinding.

Taehyung dan Jin naik ngeri tengok keadaan Y/n yang kepala dah berdarah teruk.

"Kook, dah dah.. sabar.." Taehyung menarik Jungkook.

"SABAR APA HYUNG?! KAU TAK SERIK LAGI KE HAH?!" Jungkook menyepak Y/n sekuat hatinya.

"Aku tahu kau marah, sabar.. nanti dia mati kau juga yang masuk penjara.."

"BIARLAH MERINGKUK DALAM PENJARA PUN ASALKAN AKU PUAS HATI!" Jungkook membelasah lagi Y/n. Darah Y/n terpercik dimerata rata tempat.

"Jungkook! Fikir waras, kook!"  Taehyung menampar Jungkook. Jungkook terdiam.

Lalu cengkaman dileher Y/n dilepaskan.

Jungkook menangis. "A-aku serabut hyung.."

"Shh.. dah dah.. aku faham tapi kau tak boleh macam ni.." Taehyung akhirnya memeluk Jungkook.

"Oi, kau nak sweet sweet kejap lagi.. ni, tolong aku lepaskan Jihyun" kata Jin sambil tangannya ligat buka tali pada kerusi itu.

Terus Taehyung dan Jungkook membantu Jin. Sebaik sahaja dilepaskan, polis sampai di rumah itu.

Y/n disahkan cedera parah. Jungkook pula ditahan.












tbc

huehue

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja | Park JiminWhere stories live. Discover now