"Wareesa!"

"Apa?!" Sama-sama naik suara mereka.

Lelaki ni kalau sehari tak sakitkan hati dan anak tekak dia memang tak sah lah! Hari ni sekali dengan pakej sakitkan fizikal dia.

"Kalau kau tak nak kena belasah dengan mak cik, baik kau keluar dari sini. Pergi mana-mana dulu. Nanti aku call kau! Ni, duit! Pergi sekarang, cepat!" Buru-buru Hayyan bersuara sebelum Wareesa dengan jelas Hayyan berlari pergi dari situ. Berkerut dahinya.

Pintu dibuka perlahan-lahan. Sunyi. Takde Hayyan dah. Pandang bawah, Wareesa nampak not RM100 di muka pintu. Makin pelik. Apa masalah keluarga mak cik dia sebenarnya? Tak faham lah dia. Hayyan lagi dia tak faham. Menyakitkan hati. Ingat dengan duit, dia Wareesa Jameela akan ikut apa yang dia nak? Dah lah bagi tak banyak. Dia nak merayau ke mana dengan duit seratus ni? Nak lepas bermalam di hotel pun tak sebab dia memang nak berehat sahaja. Tak nak merayau.

"Mana Wareesa?" Bulat mata Wareesa bila dengar suara Cik Puan Tihani. Alamak! Macam betul aje apa yang Hayyan kata tadi. Dia nak kena belasah ke? Tapi, kenapa? Apa salah dia? Hish! Mental lah dia kalau macam ni.

"Wareesa mana?!" Sekali lagi suara Cik Puan Tihani kedengaran.

Takut dia dilebamkan lagi, Wareesa terus capai tote bag kepunyaannya dan duit pemberian Hayyan tadi. Buru-buru dia sarungkan selipar dan tutup pintu rumah. Tahu yang dia tak punya masa yang banyak dan kemungkinan dia akan bertembung dengan Cik Puan Tihani, Wareesa terus berlari ke belakang rumahnya. Menyorok di situ.

"Mana budak tu?! Aku dah pesan dengan dia jangan rosakkan majlis aku!" Sebaik sahaja dia berada di belakang rumah, suara nyaring Cik Puan Tihani kedengaran lebih jelas. Berserta dengan itu, pintu rumahnya dihentak kuas. Uish! Kalau rosak tu, satu hal pula dia nak membaiki. Keluar duit lagi. Haish!

"MANA BUDAK TU?!" Terpejam mata Wareesa. Telinga pun dia tutup. Ya Allah, bingit! Apa salah dia sebenarnya ni.

"AKU DAH CAKAP JANGAN ROSAKKAN MAJLIS AKU! YANG DIA GATAL TUNJUK MUKA DIA KENAPA? SEKARANG HABIS TUAN TANYA PASAL DIA!" Jeritan itu nyaring. Pun begitu, semua yang dah tinggal di rumah tahu bahawa jeritan itu takkan pernah sampai ke hadapan. Sebab tu Cik Puan Tihani boleh jerit sepuas-puasnya tanpa merosakkan  majlisnya sendiri.

Untung lah. Dia yang tunjuk muka entah bila ni juga yang kena claim perosak majlis.

Haih.

"Dia mana ada, ma. Tengok  bilik buruk ni kosong." Dengar suara malas Niliyyah. Mesti sakit telinga lah tu dengan jeritan nyaring mama sendiri.

"Habis tu papa nampak siapa tadi?! Hantu?" Tanya Cik Puan Tihani sarkastis.

"Mungkin hantu. Mana lah tahu, saka opah menurun kat dia. Hantu dia lah tu." Sarkastik juga balasan Niliyyah, buat Cik Puan Tihani hilang balasan.

Wareesa pula yang panas. Senang aje tuduh opah mereka punya saka. Pastu, senang pula kata saka itu menurun kepada dia. Mulut jahat betul lah sepupu dia yang seorang ini. Dapat dah dia bayangkan dalam kepala macam mana dia cilikan mulut yang sentiasa bercalit lipstick merah itu. Geram!

"Mulut kau!"

"What? Betul lah. Bilik ni kosong. Dalam bilik Cik Zee, Sara dan Fara pun takde. Dia nak ke mana lagi? Tingkat dua? Tingkat tiga? Sah sah tak boleh sebab kena lalu tangga utama. Kalau dia lalu situ, mesti papa panggil dia terus. Cuba fikir, ma." Selamba sahaja Niliyyah menerangkan. 

Cik Puan Tihani diam. Mungkin mempertimbangkan betul salah kata-kata anak sulungnya itu.

"Come on, ma. Buang tenaga mama heret Nil kat sini. I have my friends waiting out there." Dan selepas kata itu, Wareesa dengar bunyi kasut tumit tinggi berlalu pergi. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now