"Saya takde kawan tetap. Siapa nak kawan dengan saya, kawan. Siapa yang tak nak kawan, saya okey aje." Wareesa memberitahu dengan senyum kecil di bibir.

"Kenapa? Bukan ke lagi best kalau kita ada kawan tetap masa belajar?" Tanya Iffah. Dia bukan apa. Cuma dia hairan aje. Yang jenis macam Wareesa ini ramai juga. Seorang diri selalunya. Dia nak juga tahu.

Percaya atau tidak, dia siap kumpul jawapan lagi daripada mereka semua. Sama aje macam yang dia tengah buat dengan Wareesa sekarang. Ingin tahu, satu. Boring tak tahu nak buat apa pun, ya juga.

Wareesa senyum. Dia berfikir sejenak.

"Seronok tu memang lah, tapi kalau kawan kita tu lagi ramai dam tak tumpu kepada seorang atau dua orang sahaja, kan lagi best?" Wareesa menyatakan pendapatnya.

Memang dia rasa begitu. Dia tak nafikan bahawa mempunyai kawan rapat itu seronok, tapi dia juga tak boleh nafikan yang berkawan dengan skala yang besar itu lebih lagi menyeronokkan. Lagipula, dia sebenarnya bukan boleh sangat dengan sifat 'clingy' memandangkan dia anak tunggal. Jadi, skala yang besar itu lebih seronok buat dirinya.

Pelik? Oh, dia rasa tidak. Masing-masing ada keselesaan dan sifat yang tersendiri. Semua orang tak boleh bantah akan fakta yang satu itu.

Iffah hanya mengangguk. Wareesa yang sudah kembali menjamu makanan tengah harinya dipandang lagi. Pelbagai kata yang muncul dalam kepala.

"Tapi, Wareesa tak bengkok kan?"

Uhuk!

Tersedak Wareesa, terkejut Iffah. Tangan automatik suakan minuman kepada dan Wareesa segera menerima. Disedut minuman masuk ke dalam kerongkong. Iffah yang dah tersengih bersalah dia pandang.

"Soalan apa tu kak?" Soal Wareesa usai dia lega. Perit juga efek soalan Iffah ni. Pertama kali dia dapat soalan begitu. Terkejut sudah pasti lah.

Iffah tersengih lagi. Kepala digaru perlahan.

"Takde lah. Akak tengok Wareesa jarang... Eh, memang tak pernah bersama dengan lelaki kat mana-mana pun. Tu yang akak tanya." Terang Iffah.

Wareesa menggeleng kecil.

"Dah takde lelaki yang nak kawan dengan saya. Takde lah. Kalau ada, mesti akak dah nampak." Beritahu Wareesa. Minumannya disedut lagi. Masih berbaki suku gelas.

Iffah mengangguk.

"Takde boyfriend lah kan?"

Masih dengan minuman, soalan itu Wareesa jawab dengan gelengan.

"Nak akak kenalkan dengan anak buah akak?"

Purrrr!!!

Tersembur terus minuman dari mulut, habis terpercik ke Iffah. Dan tak sangka dengan riaksinya, Iffah terus bangun dari duduk dan tanpa sengaja telah melanggar lelaki yang baru sahaja lalu di belakangnya.

"Eh!"

Kecoh juga kafeteria dengan jeritan Iffah. Mujur lelaki itu berjaya sambut belakang Iffah. Kalau tidak, jatuh dah Iffah.

Wareesa sendiri terkejut. Tu lah! Siapa suruh buat dia terkejut. Kan dia tak boleh kawal perbuatannya.

"Kak Iffah, sorry!" Ucap Wareesa. Dia bangun dari duduk dan Iffah yang dah berdiri tegak dihampirinya. Tisu yang dia ambil tadi terus menyapa wajah basah Iffah dek semburannya tadi.

Iffah hanya sengih. Berulang kali dia mengucapkan tidak mengapa setiap kali Wareesa menuturkan kata maaf.

"Akak tanya soalan luar alam, tu saya tersembur tu." Serba salah Wareesa dibuatnya.

Iffah hanya mengangguk. Salah dia juga tadi. Entah macam mana mulut boleh terlepas menutur kata begitu pun, dia tidak pasti.

Tersedar sesuatu, Iffah menoleh. Lelaki yang menyelamatkannya tadi dipandang dengan senyuman serba salah.

"Maaf lah dik, terlanggar awak pula."

Wareesa alihkan pandangan dari Iffah dan kaku!

"Terima kas..."

Dug dag dug dag dug dag!

Wareesa tak dapat dengar dah butir kata Iffah. Bunyi degupan jantungnya makin kuat di telinga berbanding kata-kata Iffah kepada lelaki itu.

Zzup!

Mata terus berkelip laju bila pandangannya bertembung sekilas dengan lelaki itu.

Dug dah dug dag dug dag!

Bunyi jantung makin kuat kedengaran.

"Wareesa!"

Tersentak.

"Hah?" Lima saat kemudian baru mulut keluarkan perkataan.

"Kenapa muka merah ni? Duduk, makan. Maaf lah akak dah ganggu Wareesa makan." Kata Iffah. Wareesa yang dia rasa kaku semacam dibawa semula ke tempatnya. Alahai kesian. Dengan tangan yang masih berbekas dengan sambal dan nasi. Mesti dia ganggu gadis ini.

Wareesa telan liur. Dia tarik dan hembus nafas perlahan-lahan untuk kembali tenang. Tidak lama pun, sekejap cuma sebelum dia pandang Iffah dengan senyuman kecil.

"Eh, takpe. Saya betul-betul minta maaf dengan akak. Tak sengaja pun tersembur tadi." Kembali ke mode serba salah.

Iffah menggeleng laju dan tersenyum.

"Takpe. Akak yang salah sebab cakap benda yang mengejutkan macam tu. Maaf ya?"

Wareesa senyum sebelum dia mengangguk. Dan itu buat Iffah senyum lega.

"Wareesa sambung makan. Akak nak sambung kerja. Bila-bila nanti, kita sembang lagi. Tapi topik lain pula." Ujar Iffah.

Wareesa tarik sengih sebelum mengangguk.

"Ni, air akak tambah satu lagi. Tak perlu bayar sebab akak belanja. Ya?" Buru-buru selepas itu Iffah berlalu pergi sebelum sempat Wareesa nak kata tak perlu.

Sudahnya, Wareesa akur sahaja bila tengok Iffah yang acah-acah busy di kaunter. Padahal takde siapa pun yang datang nak membayar. Masing-masing sibuk pilih lauk lagi.

Teringat sesuatu, Wareesa terus alih pandang ke tempat lauk, mecari dia. Lelaki tadi. Tapi, hampa. Lelaki itu sudah tiada.

'Hmmm.'

Hembus nafas sebelum makanannya dipandang kembali. Ayo. Masih berbaki separuh pinggan.

Baru nak suap makanan, telefon berbunyi. Terus tangan kiri seluk masuk ambil telefon dan lekapkan telefon di telinga kemudiannya.

"Hello, pak cik."

"Maaf, pak cik masih ada customer lain. Adik tunggu sekejap boleh ke?" Suara sengau Pak Cik Xiu, pemandu teksi yang biasa mengambil dan menghantarnya pulang dari universiti masuk menerpa dalam telinga. Dia memang ambil khidmat lelaki cina itu, bahkan dia dah siap bayar bulanan lagi. Hebat tak hebat? Sebab itu lah dia ada 'pemandu'.

"Okey, pak cik. Saya boleh tunggu. Dah sampai, pak cik WhatsApp aje saya. Nanti saya kel---" Kelu. Kelu lidah bila matanya terpandang ke arah kirinya.

Lelaki tadi. Dia duduk makan di meja kosong sebelah mejanya.

"Okey, ah. Thank you!"

Tut tut tut tut.

Panggilan mati. Walaupun Wareesa berjaya pusing hadapan dengan rate jantung yang makin mencanak naik, Wareesa masih belum berjaya alihkan telefon dari telinganya.

Dug dag dug dag dug dag!

Habis lah dia. Dia nak bergerak dengan normal macam mana ni?

Dug dah dug dag dug dag!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now