OY || BAB 28

5.3K 277 9
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

TENGKU DANISH turun ke bawah semula dengan wajah tegang. Sampai saja di hadapan kedua-dua perompak tadi, tumbukan padu terus dilayangkan tepat ke tulang pipi. Terkejut pengawal yang menahan kedua perompak itu.

Ambik kau. Sekor sekor dapat penumbuk free.

Zayn dan Uwaiz mempamerkan wajah biasa. Tak terkejut langsung. Seakan sudah tahu apa yang akan terjadi.

Tengku Danish cuba mengatur nafasnya. Amarah memuncak mengingatkan tangan kotor lelaki itu menyentuh isterinya.

"Aku tak nak bazirkan masa aku dengan sampah macam korang ni" ucap Tengku Danish mendatar. Kedua-dua perompak itu tertunduk apabila Tengku Danish menunduk merapat ke wajah mereka.

"Ikutkan hati. Aku nak cabut biji mata korang, buang dekat loji. Tak pun bagi anjing makan"

Kedua-dua perompak tadi sudah terteguk liur. Seram.

"You hear that? Tapi itulah, entah-entah anjing pun tak selera nak makan. Sebab busuk sangat" ucap Tengku Danish selamba. Dia memandang tajam dua lelaki dihadapannya itu. Hanya diam menunduk.

"Zayn, aku nak kau settle kan budak ni, campak je dalam lokap" suruh Tengku Danish mendatar. Zayn mengangguk patuh sebelum memberi isyarat kepada pengawal tadi untuk membawa kedua-dua orang itu keluar.

Uwaiz setia berdiri di belakang Tengku Danish. Menunggu arahan. Sehinggalah ke semua pengawal tadi keluar meninggalkan dia dan majikannya sahaja.

Tengku Danish melepaskan nafas panjang lalu baring di atas sofa di ruang tamu. Letih.

Uwaiz hanya memerhati. Beberapa detik kemudian, ekor matanya menangkap satu kelibat yang mengintai dari pintu lif. Terbit senyuman kecil di bibir nipisnya.

Sudah dapat agak siapa.

Aaira tersengih apabila sedar perilakunya diperhatikan Uwaiz. Ehehe..

Kantoi pulak.

Dia tak boleh tidur tadi. Memikirkan Tengku Danish.

Langsung dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu terkedek-kedek berjalan ke ruang tamu. Menuju ke arah sofa. Lebih tepat, suaminya.

Wajah letih Tengku Danish dipandang lama. Dah lena.

Balutan pada kepala suaminya disentuh lembut. Nampak baru balutannya. Lelaki itu tukar sendiri?

Uwaiz di tepi diabaikan. Buat tak nampak saja.

Aaira menepuk lengan suaminya perlahan. Cuba untuk bangunkan lelaki itu dari lena. Takkan nak biarkan laki dia tidur atas sofa ni. Sakit satu badan nanti.

"Awak" kejut Aaira lembut. Perlahan saja tepukannya, tetapi berjaya mengejutkan lelaki itu.

Tengku Danish terkelip-kelip melihat Aaira yang lengkap bertudung sarung.

"Erm?" Wajah diraup dengan tangan.

"Jom naik, tidur dalam bilik. Janganlah tidur dekat sini. Saya tak ada bantal peluk dekat atas" ajak Aaira lembut. Terselit nada manja di situ.

Betul dia tak boleh tidur, mesti kena ada suaminya di sebelah.

Mengada je Aaira, dulu sebelum kahwin boleh je tidur sorang.

Hmph!

Tiba-tiba wajahnya ditutup dengan tangan besar Tengku Danish. Penglihatannya sudah tertutup. Apa ni?

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now