MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"-✿-
BUNGA ros yang mekar cantik itu di sentuh lembut sebelum di hidu. Subhanallah, wangi! Diliarkan tangannya ke bunga lain pula bersama bibir yang tak henti menguntum senyuman manis. Senang melihat taman bunga yang di jaga rapi semakin hari semakin tumbuh cantik.
Cantik macam dia. Hikss..
Dia
Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta berderum perlahan masuk ke perkarangan rumah villa itu.
Tengku Seri terus berpusing ke arah halaman rumah. Dia kenal kereta itu. Tengku Danish yang baru saja keluar dari pertu kereta terus menghampiri bonda tercinta. Tangan Tengku Seri di salam dan di cium lembut.
Tengku Seri tersenyum lagi.
"Awal along balik? Tak busy harini?" soal Tengku Seri. Tengku Danish tersengih kecil sebelum menggelengkan kepalanya.
"Tak busy pun harini, tapi kejap lagi along masuk pejabat balik. Along balik sekejap nak bagitau ummi something je" ujar Tengku Danish. Tengku Seri memandang anaknya pelik.
"Nak bagitau something? Apa dia?" Tanya Tengku Seri pelik. Tengku Danish melihat ummi yang sedikit berpeluh itu. Sekarang sudah masuk waktu tengah hari, memang panas lah cerita dia kalau duduk dekat luar ni. Dia menarik lengan umminya lembut mengajak untuk menyambung perbualan mereka di balkoni. Langkah diatur ke arah kerusi batu sebelum mereka duduk secara menghadap antara satu sama lain.
"Hah along nak bagitau apa dekat ummi?" Tanya Tengku Seri lagi. Dahinya semakin berkerut melihat sengihan anak sulungnya itu. Aii.. lain macam perangai anak dia harini. Pagi tadi rasanya okey je. Mana perginya anak beku dia ni? Ni anak orang lain ke? Asal rupa sama?
"Ummi, malam ni along ingat nak bawak Aaira ke rumah–" Terangkat kedua bahunya apabila Tengku Seri menepuk meja batu secara tiba-tiba. Kuat woi!
Tengku Danish terdiam. Kenapa?
"Bertuah punya budak. Kenapa tak bagitau ummi awal-awal? Tengah hari baru nak cakap" bebel Tengku Seri geram. Kepala digeleng perlahan melihat senyuman bersalah anaknya itu sebelum lambat-lambat bibirnya melorek senyuman manis.
Teringat kembali permintaan anaknya haritu. Ingat tak? Waktu dia balut luka jahitan Tengku Danish. Kan dia ada beritahu something. Haa.. itulah something dia.
Gembira hatinya apabila anak sulungnya itu mengeluarkan hasratnya untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi gadis yang bernama Aaira itu yang menjadi pilihan hati Tengku Danish. Sesungguhnya dia memang sudah jatuh sayang pada gadis itu. Lemah lembut dan sopan orangnya. Cantik pula tu. Comel lagi.
"Eyy.. tak sabarnya ummi nak jumpa dia" ujar Tengku Seri teruja. Kedua tapak tangan dilekapkan pada kedua belah pipi sambil kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan.
Tengku Danish menggelengkan kepalanya. Sudah tahu mana adik kembarnya dapat perangai gedik terlebih mereka itu. Daripada Tengku Seri lah. Setiap kali dia balik lewat petang, mesti nampak ummi menggedik mahu bermanja dengan abah di ruang tamu. Meskipun tak dilayan Tengku Farid.
Tsk.. isteri tersakiti.
Apa-apa pun Tengku Danish bersyukur dapat peluang untuk hidup dengan keluarga kandungnya. Mengingatkan Aaira yang hidup sebatang kara, membuatkan dia berasa sedikit simpati.
"Tengku Fahriel Danish!"
Tersentak dia apabila Tengku Seri sudah menampar permukaan meja dengan kuat. Membulat matanya melihat Tengku Seri. Tanpa sedar, tangannya sudah melekap ke dada menahan rasa terkejut. Mujur tak melatah.
YOU ARE READING
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]
RomanceNOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat mulut. Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang Fahriel dan bukan mudah untuk menundukkan seorang insa...