OY || BAB 50

2.3K 151 20
                                    

KAKI terkedek-kedek menapak ke sebuah bilik. Pintu dibuka oleh Uwaiz buat si kecil. Tanpa apa-apa lagi, tubuh Tengku Danish yang sedang duduk di sofa terus dihampiri bersama jeritan nyaring. Seisi bilik itu terus mengalihkan perhatian mereka. Memandang ke arah sepasang kembar yang dibawa oleh Uwaiz.

"Amboi.. seronoknya dia dapat berjalan" usik Danyel geram. Tubuh kecil Fahd ditangkap lalu dibawa duduk ke riba. Menjerit budak itu dibuatnya apabila Danyel menggomol pipi bulatnya. Mata Nara bersinar-sinar melihat telatah si suami. Comel!

Tengku Danish mengangkat tubuh kecil Aaliya ke riba. Dicium dahi dan pipi si anak daranya. Jarang betul dia dapat luangkan masa dengan anak-anak semenjak Aaira dimasukkan ke hospital. Banyak benda yang dia perlu selesaikan. Mujur Tengku Seri dan Tengku Farid tidak kisah untuk dia tinggalkan si kembar di villa bersama mereka.

"Dah lah tu! Menangis Fahd tu nanti" tegur Nara perlahan. Danyel gelak saja melihat seraut wajah bulat Fahd sebelum dilepaskan juga anak sepupunya itu selepas puas membuli. Bibir Fahd tersebik-sebik mahu menangis. Cubit bibir tu nanti!

"Edyy" adu Fahd. Tangan kecilnya menyentuh lutut Tengku Danish. Kepala mendongak tinggi ke atas. Memandangkan tepat ke wajah bapanya dengan bibir tersebik. Aaliya hanya diam saja memandang abang kembarnya itu.

"Kaki mengadu juga anak kau ni" ujar Asyraff. Dibesarkan matanya pada Fahd yang tiba-tiba menoleh ke arah dia. Terus berkerut muka kecil itu sebelum laju berpaling ke wajah daddy nya semula. Rafiq terus hempuk bahu Asyraff. Dua kali lima saja perangai lelaki ini dengan Danyel. Suka mengusik budak. Kemudian, matanya menyinggah ke wajah Tengku Danish semula.

"So.. nurse tadi tu macam mana?" Kening terjungkit tinggi pada Tengku Danish. Lelaki itu hela nafas panjang sebelum menjawab. Rambut nipis anak gadisnya diusap lembut.

"Aku dah report pasal makanan tu tapi nurse yang bertugas cakap tray tu memang dah ada sebelum dia sampai dalam bilik ni. Dia assume nurse lagi sorang yang letak tray tu" balasnya perlahan. Mereka terangguk-angguk mendengar penjelasan daripada Tengku Danish. Bahaya sungguh.. Mereka tak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya Aaira tertelan bendasing yang terdapat di dalam isi lauk tersebut.

"Aku syak jarum tu ada racun" tutur Asyraff secara tiba-tiba. Drastik semua kepala yang ada di situ memandang tepat ke arah Asyraff. Tengku Danish pejam mata sambil cuba mengingati sesuatu.

"Masa wedding kau.. dalam kasut yang dia pakai ada jarum halus kan? Saiz dia lebih kurang macam jarum yang ada dekat makanan tu" sambung Asyraff lagi. Pantas saja mata Tengku Danish tercelik semula.

"Kau dah siap selidik?" Tengku Danish menyoal laju. Asyraff anggukkan kepalanya. Telefon bimbit dikeluarkan lalu satu document dibuka. Terpapar semua hasil kajian bersama rakan sekerjanya kelmarin.

"Iye.. tapi mujur jarum tu hanya tinggalkan kesan calar sahaja dekat kaki Aaira. Memang akan jadi pembengkakan. Cumanya, jarum yang ada pada makanan tu, kalau Aaira telan saja, racun tu confirm akan terus bertindak balas dalam badan Aaira. Aku tengok kesan pada daging lauk tu saja aku dah tahu tu racun apa. Memang sama dengan yang sebelum ni" jelas Asyraff panjang lebar. Ibu jari menyentuh permukaan skrin telefon bimbit.

"Racun apa?" soal Nara ingin tahu. Wajahnya berkerut halus menunggu balasan daripada Asyraff.

"Aku ni bukan budak sains tapi yang aku dapat kaji, itu racun tetrodotoksin" balas Asyraff senafas. Danyel terus angkat kedua-dua belah tangannya separas bahu. Dia bersandar pada kerusi. "Okey.. tak pernah dengar" ujarnya perlahan.

"Sila google sendiri" Asyraff simpan semula telefon bimbit ke dalam kocek seluar. Tengku Danish dipandang.

"Yang dengan Kyle tu bila?" soalnya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now