OY || BAB 19

4.7K 255 18
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

AAIRA tersandar di seat sebelah pemandu. Melopong dia apabila kereta yang dipandu oleh Tengku Danish sudah membelok masuk ke perkarangan villa bak istana itu. Sangat mewah!

"Tutup mulut tu. Lalat masuk nanti" tegur Tengku Danish. Kedengaran sinis sahaja. Aaira berdecit. Takkan la ada lalat dalam kereta mewah macam ni.

Kereta dibawa masuk ke garaj kereta.

Melihatkan Tengku Danish yang mahu keluar, terus sahaja Aaira mengikut membuka pintu kereta untuk keluar. Baju kurung moden yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Penat berperang depan almari Syira tadi. Akhirnya jumpa juga baju yang sesuai.

Mujur Tengku Danish sampai lewat sikit.

Kakinya diatur terus mengikut langkah Tengku Danish ke arah pintu utama villa tersebut. Kelihatannya terdapat seorang wanita berumur 40-an sudah menunggu di ambang pintu.

"Assalamualaikum ummi" ucap Tengku Danish lembut. Tengku Seri tersenyum.

"Waalaikumsalam. Sampai pun, lama ummi dengan abah tunggu tau"

Tengku Danish tersenyum nipis. Belakang kepala digaru perlahan. Tadi dia singgah ke pejabat sekejap untuk mengambil fail kerjanya yang tertinggal. Itu sebab lewat sampai.

"Sorry ummi, along singgah pejabat kejap tadi" ujar Tengku Danish perlahan. Tengku Seri menggeleng sahaja. Ada lah tu benda yang dia nak ambil. Aaira yang sedari tadi melihat hanya diam.

"Pape je lah. Aairaa!!" Panggilnya teruja. Aaira sudah terkelip-kelip sebelum dicapai tangan wanita itu dan dikucup lembut.

"Aaira, ni ummi aku Tengku Seri" ucap Tengku Danish. Aaira menjatuhkan kepalanya. Tengku Seri tersenyum lebar.

"Alahh.. Aaira dah kenal ummi kan. Jomlah masuk, takkan nak duduk luar je. Malam dah ni, tak elok" Tengku Seri menarik tangan Aaira untuk masuk ke dalam. Meninggalkan anak sulungnya keseorangan di luar. Tengku Danish sudah terkebil-kebil. Aii.. salah tarik anak ni. Pantas Tengku Danish mengikut dari belakang.

Dia menghampiri Tengku Farid dan adiknya yang sedang duduk di ruang tamu sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Tengku Darwisy. Aaira menundukkan kepala dan tubuhnya sedikit untuk menyapa kedua-dua lelaki itu. Tengku Farid senyum sedikit dan membalas sapaan itu.

"Hye sister in law" sapa Tengku Darwisy sambil menunjukkan jari peace no war. Aaira tersengih sedikit sebelum membalas. Dia masih ingat lagi adik lelaki Tengku Danish yang ini.

"Hye Awisy"

"Duduklah Aaira" suruh Tengku Seri lembut wanita itu mengambil tempat di sebelah si suami tercintahh. Tubuh dirapatkan ke sisi tubuh Tengku Farid.

Nak berkepit je..

"Aaira ingat ummi lagi kan?" soal Tengku Seri setelah memastikan mereka semua sudah duduk dengan selesa. Aaira mengangguk. Mana mungkin dia lupa seraut wajah cantik itu.

"Ingat teng–" Belum sempat Aaira habiskan ayat, Tengku Seri sudah laju memotong.

"No!! Kenapa panggil ummi tengku??" Tanya Tengku Seri dengan nada kecewa. Sedih wajahnya melihat Aaira, membuatkan gadis itu loading tak faham. Tengku Farid menepuk bahu isterinya lembut.

"Aaaa u–ummi?" Dibetulkan panggilannya semula dan diangguk laju oleh Tengku Seri. Tengku Danish hela nafas panjang melihat tingkah ummi. Tengku Darwisy tersengih-sengih melihat wajah serba salah Aaira.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now