OY || BAB 47

3.3K 242 23
                                    

Notify me with the typo

Notify me with the typo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GELAP. Tiada apa yang kelihatan selain dirinya sahaja. Kaki menapak tanpa hala tuju. Kepala terpusing-pusing mencari arah. Namun, kakinya semakin lama semakin terasa berat untuk terus melangkah. Sehingga membuat dadanya turut merasa sempit dan sukar untuk bernafas. Langkah diteruskan lagi.

Desah nafas menjadi peneman. Saat dia berpusing ke suatu arah, cahaya tiba-tiba menjengah ke dalam retina mata menyebabkan kelopak mata terkatup rapat. Saat mata perlahan-lahan dibuka, tangan kanan naik melindungi wajahnya daripada terus disimbahi cahaya.

"Aaira"

Hujung kening mengerut hairan. Perlahan-lahan tangan dibawa turun. Serentak itu, kegelapan tadi hilang ditolak cahaya. Tubuh mula kaku melihat sekelilingnya lalu tersentak hebat tatkala bahunya disentuh sesuatu. Kepala terus berpaling ke belakang. Kini, baru dia perasan tubuhnya tersarung pakaian serba putih. Dia kembali mengangkat kepala.

Serta-merta dia menapak selangkah ke belakang sambil tangan mencengkam kuat kain baju di tubuhnya. Tubuh menggigil kecil saat melihat dua figura yang dia tidak kenali muncul di hadapannya.

"Aaira"

Suara itu! Nafas tersekat-sekat melihat mereka. Seorang wanita dan lelaki yang kelihatan agak berusia.

"Si–Siapa?"

Bibir wanita itu mengoyak senyuman manis. Senyuman hiba.

"Maafkan ibu"

"H–Hah?" Bergetar bibirnya mendengar gelaran itu. Tanpa sedar, air mata mengalir perlahan menuruni pipi. 

"Maafkan kami ye nak?" tutur lelaki di sebelah wanita itu pula. Aaira cengkam dada yang semakin sempit.

"Terus kuat, untuk teruskan hidup. Kami sayang Aaira" Apabila melihat kedua-dua figura itu mahu pergi meninggalkannya. Kakinya spontan terangkat selangkah.

"Akk--"

Dia terus mengambil langkah menghampiri kedua-dua orang tua itu lalu memeluk belakang tubuh mereka dengan erat. Pada saat itu juga, tangisan dilepaskan apabila hatinya terasa hangat. Sama hangatnya apabila dia bersama dengan seorang insan bergelar suami. Dan pada masa itu jugalah, dia mula sedar, pelukan ini lah yang dia dambakan selama ini.

Belakang tubuh terasa diusap lembut bersama satu kucupan hangat di tepi dahinya.

"Jangan menangis, Aaira Hessa" Lembut pertuturan itu menyinggah di telinga. Aaira tak membalas, malah menguatkan tangisannya lagi. Teresak-esak dia menangis di dalam pelukan mereka.

"Aaira takut. Gelap. Aaira takut sorang-sorang" tutur Aaira kecil. 

"Kamu tak keseorangan pun. Ada ramai yang menunggu di sana, Aaira. Belum tiba masanya lagi kamu menetap di sini" balas wanita itu penuh lembut. Aaira mengerdipkan mata. Wajah Tengku Danish dan orang-orang yang dia kenali mula menjengah di kepala. Mata berair semula. Rasa takut dan rindu mula hadir.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now