OY || BAB 14

4.7K 280 62
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

TENGKU DANISH menilik balutan di lengannya sebelum dibuka dengan cermat. Nak tukar bandage. Dah lama dia tak luka sampai berjahit macam ni. Last dia kena macam ni waktu mula-mula syarikat dia nak naik. Musuh sana sini. Memang dia tak expect langsung kena serang masa itu. Lagi-lagi waktu itu dia belum upah bodyguard.

Bandage diletakkan di atas meja kerjanya. Luka jahitan itu ditenung. Serta-merta dia teringatkan gadis itu. Gadis yang dia selamatkan semalam. Sejujurnya tindakan dia semalam semuanya diluar kawalan. Dia pun tak sedar macam mana dia boleh tarik Aaira sampai terjatuh. Bila Aaira tegur baru dia sedar tindakan dia itu.

Rasa nak marah tu memang ada, tapi bila tengok wajah itu berkerut menangis semalam buat hatinya rasa tak menentu. Ada sesuatu yang mengusik tangkai hatinya. Hanya Aaira. Kadang-kadang dia sampai susah nak tidur fikir pasal gadis itu.

Dia nak tidur. Tapi minda dia pergi tempat lain. Sampai kusut fikiran dia dibuatnya.

But you know what?

Tengku Danish suka buat kerja gila. Dia nak cari jawapan kenapa hidup dia jadi tak tenteram sejak berjumpa dengan gadis itu.

Dia tersenyum senget. Itu saja jalan yang ada.

"Along"

Tengku Danish berpusing memandang ke arah pintu bilik. Ada Tengku Seri di situ.

"Kenapa ummi?" Soalnya perlahan. Tengku Seri menghampiri anaknya itu. Matanya tertancap pada bandage dan ubat-ubatan di atas meja kerja.

"Kenapa dibiarkan luka tu terdedah? Termenung je ummi tengok dari tadi" tegur Tengku Seri lembut. Tangannya meraup rambut anaknya ke belakang. Mengusap kepala itu lembut.

Tengku Danish kerling ke arah lengannya. Malas betul nak letak ubat. Dia mendongak memandang ibundanya yang berdiri di sebelah. Mata dikelip sekali.

"Ummi, tolong" minta Tengku Danish perlahan, menerbitkan senyuman lucu di bibir Tengku Seri. Aih anak sulung dia ni, kalau dengan dia, suka buat muka simpati dia tu. Tahu tak comel!

Macam laki aku. Ahaks!

Tengku Seri mengawal bibirnya daripada tersenyum gedik. Mengingatkan si suami yang handsome di bilik kerjanya di atas. Suami yang sudah menjadi tawanan dia dari dulu sampai sekarang.

"Bangun. Duduk dekat katil sana" arah Tengku Seri, bahu anaknya ditepuk lembut. Tengku Danish hanya akur saja. Bandage baru dengan ubat dibawa sekali ke katil.

Tengku Seri melabuhkan duduk di birai katil. Di sebelah anaknya. Tangan mula bergerak mengambil ubat. Tengku Danish memerhati saja gerakan tangan umminya itu. Wajahnya kosong.

"Along cakap ni luka jatuh. Along kena serang lagi ke?" Tanya Tengku Seri. Risau. Dulu anaknya kena serang sampai kena warded dekat hospital. Tengku Farid juga yang turun padang menyelesaikan masalah anak sulung mereka.

Tengku Danish tersenyum nipis. Kepala digelengkan sebagai jawapan. Terasa berdosa pula buat umminya risau. Tengku Seri berkerut pelik.

"Habistu? Along jatuh kenapa?" Tanya Tengku Seri lagi. Tangannya masih bergerak meletak ubat pada luka jahitan lengan anaknya.

"Along..ada selamat sorang perempuan ni. Dia hampir kena langgar kereta. Along terjatuh masa tarik dia ke tepi jalan" Penjelasan itu membuatkan tangan Tengku Seri terhenti. Makin pelik dia dibuatnya. Sejak bila pula anak dia ni baik hati nak tolong perempuan? Selalunya nak pandang pun tak nak. Inikan pula tolong.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now