OY || BAB 26

6K 280 18
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

HAIRY menjengulkan kepalanya di celah pintu pejabat Tengku Danish. Meninjau majikannya itu. Sekarang sudah hampir larut malam, tetapi Tengku Danish masih berada di pejabat. Staff pun sudah balik. Masuk harini sudah kali yang ketiga boss nya lewat pulang.

Dulu dia tak fikirkan sangat. Tetapi semenjak Tengku Danish kahwin, dia lebih fokuskan pada jadual lelaki itu. Tidak mahu biarkan boss nya terlalu sibuk di pejabat, risau Puan Aaira terabai nanti. Jadi, senyap-senyap saja dia bantu dari belakang. Alah, jadual itu semua dia yang handle, dia yang uruskan.

Tetapi tidak pada hari ini. Tengku Danish lewat harini bukan kerana jadual yang terlalu padat, tetapi disebabkan hasil kerja staff yang entah apa-apa. Balik awal, tapi hasil kerja hauk. Tadi dah kena sound, agaknya esok kena lagi lah kut. Nampak berkerut-kerut saja wajah boss nya itu dari tadi.

Hairy mengetuk pintu pejabat itu perlahan. Sekadar mahu mengalihkan perhatian Tengku Danish. Pintu ditolak sedikit lebar untuk menampakkan seluruh tubuhnya di tengah pintu.

Tengku Danish memandang Hairy bersama wajah kosong. Tercalit garisan penat pada wajah itu dengan sepasang mata yang agak layu. Hairy menjatuhkan kepala sedikit sebelum membuka mulut.

"Tengku, dah nak masuk pukul 10" tegurnya perlahan. Untuk menyedarkan lelaki itu. Dia nampak Tengku Danish seakan terpinga-pinga melihat jam pada dinding bilik pejabatnya.

Tengku Danish meraup wajahnya. Badan disandarkan sambil kedua kelopak matanya turun menutup mata.

Matanya terasa pedih sedikit. Mungkin sebab terlalu lama hadap skrin laptop. Semak dokumen penting lagi. Mahu juling mata dia. Keluhan kecil dilepaskan. Hairy masih setia berdiri di tepi pintu.

Tengku Danish diam sejenak. Sebelum kedua matanya mencelik lebar. Laju tangannya menarik laci bawah meja untuk mengambil telefon bimbitnya. Lepas hantar isterinya balik tadi, dia terus letak gajet itu di dalam laci meja. Kerap kali orang menelefonnya, buatkan dia rasa terganggu. Jadi dia silent kan telefon saja, dan simpan terus dalam laci. Baru tenang sedikit mahu buat kerja.

Sekarang ni, dia baru teringat akan isterinya di rumah. Nak khabarkan yang dia balik lewat pun turut terlupa.

Cahaya telefon bimbit menerjah ke ruangan matanya selepas gajet itu dihidupkan. Serentak itu, paparan misscall dan mesej yang agak banyak itu menyapa pandangan mata. Semuanya daripada Aaira.

Allahu.

Cepat-cepat dia kemaskan meja. Nak balik. Lagipun tubuhnya sudah penat. Sama dengan otaknya juga. Penat bekerja. Jadi, dia mahu rehat.

Setelah itu, barulah dia bergerak mahu keluar dari bilik pejabatnya. Hairy berdiri di tepi, memberi laluan kepada majikannya untuk keluar sebelum pintu tersebut ditutup perlahan dan dikunci.

"Kenapa kau tak balik dulu?" Soal Tengku Danish kepada Hairy. Hairy tersengih kambing. Belakang kepala diusap.

"Saja. Nak teman tengku dekat sini. Takkan nak tinggalkan tengku sorang-sorang pulak. Kesian tengku nanti" balas Hairy dengan senyuman mengusik. Tengku Danish menjeling tajam.

"Dah lah, jom balik"

Hairy mengangguk akur. Dia menghampiri meja kerjanya untuk mengambil beg sebelum bergerak mengikut Tengku Danish masuk ke dalam lift.

Tengku Danish hanya diam melihat skrin telefon. Sesekali ibu jarinya bergerak membalas mesej daripada Aaira. Tak tidur lagi budak tu. Panjang berjela Aaira hantar mesej, hanya berapa ketul saja patah perkataan yang dia balas. Chatting pun nak membebel.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now