Nafas aku terhenti.

Arin juga tahu Fyraz pelakunya.

Ya Allah, apa semua ni?

"Kau, ada bukti ke Fyraz yang rogol kau?" aku masih ragu ragu dengan cerita Arin.

Arin menyeka kasar air matanya. Tas tangannya dibuka sebelum satu sampul tebal berwarna coklat diambil kemudian diserahkan kepada aku.

"Kau tengok dan nilailah perangai sebenar suami kau tu."

Tangan aku terketar ketika ingin membuka sampul itu. Apa isi dalam sampul ini sehingga boleh dijadikan bukti kecurangan Fyraz?

Sebaik sahaja sampul itu dibuka, terpampang di hadapan mata aku berkeping keping gambar yang begitu mengaibkan juga disertakan report dari hospital mengatakan Arin memang disentuh secara paksa.

Spontan, semua gambar gambar itu jatuh dari pegangan aku sebelum air mata mengalir jatuh. Mata aku pejamkan rapat, cuba untuk menghilangkan rasa yang teramat sakit ini.

Fyraz...

"Aku minta maaf, Sya. Tapi aku nak kau tahu jugak pasal ni." Arin menunjukkan riak bersalahnya ketika melihat air mata aku yang jatuh.

"Cerita semua. Aku nak tahu."

Ya, aku pilih untuk menghancurkan hati aku sendiri.

"Em-empat tahun lepas..."

Dada seakan sesak mendengar permulaan cerita Arin . Empat tahun lepas?

Hebat, Fyraz.

Walhal, baru tempoh hari kami berbaik dan hari ini datang lagi cerita tak enak soal Fyraz.

Ternyata, banyak perkara lagi disembunyikan Fyraz daripada aku.

"Malam tu aku mabuk. Tak ada siapa ikut aku sekali. Lepas kau tiba tiba menghilangkan diri, Sofea memang langsung taknak join aku kalau aku ajak sekalipun. Waktu aku nak balik tu, ada orang tarik aku. Aku tak tahu aku patut bersyukur atau apa sebab Fyraz yang selamatkan aku daripada jadi mangsa lelaki lelaki dekat lorong tu."

Arin menarik nafas dalam. Aku mengerti, perkara seperti ini peritnya usah dikata. Kerana aku sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

"Sejak hari tu, aku trauma dengan lelaki. Tapi Fyraz, dia selalu temankan aku untuk buat aku selesa. Dan dia sendiri cerita dekat aku macam mana dia menyesal sebab dah buat perkara yang tak elok dekat kau."

"Sampailah satu hari tu, dia datang rumah aku. Aku sendiri tak tahu macam mana dia masuk sedangkan pintu semua aku dah kunci. Dia rempuh masuk bilik aku, dia nampak sangat menakutkan Sya..."

Arin kembali teresak.

"Dan, malam tu...dia...dia..." Arin seakan tak mampu menghabiskan cerita.

Mengerti rasa sakit yang dibawanya, lantas aku tarik tubuh rakanku itu ke dalam pelukan dan tangisan aku ikut pecah.

Kita sama sama menderita, kerana seorang lelaki yang sama.

"Sejak tu, dia makin berani sentuh aku. Dia tangkap gambar bogel aku dan ugut untuk sebarkan semua tu. Aku takut Sya...aku ingatkan dia betul betul ikhlas untuk buat aku rasa selesa rupanya tak..."

Aku ketap bibir dengan kuat. Sakit. Tapi dalam hati yang lebih sakit buat masa ini.

"And the truth is, ini bukan kali pertama aku mengandungkan anak dia..."

"Ap-apa semua ni...Arin?"

Ya Allah...

"Ini kali ketiga, sumpah aku dah tak sanggup nak bunuh anak aku sendiri walaupun hakikatnya aku tak nak budak ni."

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now