Four

471 10 0
                                    

Pagi itu kecoh dengan suara para pelajar dari kelas 5 Freesia. Qeera, Iris dan Fisa yang baru melangkah masuk ke dalam kawasan lobi sekolah itu pelik.

"Dah kenapa ni? Ada good news ke?" Soal Qeera.

Iris dan Fisa mengangkat bahu.

"Tak tahu." Jawab Fisa.

Qeera berjalan ke arah papan maklumat sebelum menolak pelajar yang agak ramai di depan papan maklumat itu. Kaget dia melihat namanya tersenarai sebagai wakil team debat yang akan berlangsung kompetisinya pada minggu hadapan.

"Kau masuk debate team, Qeera? Bila masa kau register? Aku tak tahu pun." Ujar Iris.

"Weh, sumpah tak. Gila ke aku nak join debate team? Aku mana reti."

"Habis tu, macam mana nama kau boleh ada dekat list ni?" Soal Fisa.

"Mana la aku tahu!"

Qeera terfikir sejenak. Afif! Ini mesti kerja Afif. Terus dia berlalu dari situ.

"Eh Qeera, tunggu la!"

"Jangan ikut aku!" Teriak Qeera yang sudah agak jauh itu.

Serta merta mati langkah Iris dan Fisa. Mereka angkat bahu lalu berjalan menuju ke kelas.

*****

Qeera ternampak Afif yang baru saja keluar dari bilik disiplin. Terus didekatinya lelaki itu.

"Afif!"

Afif menoleh.

"Apa?" Soal Afif malas.

"What game are you trying to play?"

Berkerut dahi Afif. Aku dah la tak ada mood, dia boleh soal aku macam- macam pulak. Game apa pulak ni?

"What do you mean? I don't get it!"

"Kau kan yang register nama aku dalam debate team?"

Afif tersenyum sinis. Pasal tu ke?

"Kalau memang aku kenapa? Kau nak buat apa?" Soal Afif semula.

"Afif, it's not fair!"

"Apa yang tak fair? Kau yang mulakan dulu. Lain kali, jangan main dengan api. Kan dah terbakar diri sendiri."

Qeera sudah tidak terkata.

"Just get ready for the competition." Ucap Afif sebelum berlalu.

"Afif!" Jerit Qeera, geram.

Nasib baik la aku suka kau. Kalau tak, eii... Geramnya aku!

Afif kembali ke kelas dengan langkah yang berat. Pagi itu sangat menyebal kan bagi dirinya.

"Lamanya kau dekat bilik disiplin?" Ujar Hazran yang duduk di depannya.

"Kan? Dah kalau semua benda aku yang kena buat, mana tak lamanya? Annoying doh orang tua tu!" Balas Afif.

Bengang je dia dengan Cikgu Zulkifli. Kerjanya cuma menghantar laporan kesalahan pelajar yang melanggar peraturan sekolah pada setiap pagi. Ini semua dia kena buat. Dia la yang kena masukkan data itu ke dalam komputer, dia la yang semak, dia juga la yang kena submit kepada pengetua. Habis, kerja kau apa? Haish!

"As expected!" Ucap Hazran.

"Itu kan kerja dia. Kenapa aku pulak yang kena buat? Hesh, bengang je aku!"

Hazran hanya mampu tersenyum.

Selepas Afif membis, Faiq pula yang masuk ke kelas dengan bebelan. Mereka memandang Faiq yang langsung duduk di sisi Hazran.

Riverhawks High SchoolWhere stories live. Discover now