Twenty Three

454 9 2
                                    


Ikhwan mengekori Ariq yang menuju ke arah loker. Loker mereka terletak di lorong sebelah kelas Aster. Ikhwan bersandar di loker. Ariq pula membuka lokernya dengan kunci.

"Weh, tak apa ke kita tak bagitahu Mika tadi?" Soal Ikhwan.

"Yang kau nak risau sangat pahal? Itu urusan Mika dengan Afif. Pandai la Afif settle sendiri!"

"Tapi, kau tak rasa bersalah ke dengan Mika? Aku kesian doe tengok muka dia tadi. Dengan Haz boleh cakap macam tu pulak."

Ariq mengambil buku dari dalam loker itu.

"Kalau kau kesian sangat kat Mika tu, kau pergi la bagitahu dia. Lepas tu, kau jawab sendiri dengan Afif. Sorry, kali ni aku memang takkan campur!"

Ariq menutup pintu loker lalu berlalu dari situ. Ikhwan tercengang.

Macam tu je?

"Riq, takkan la?"

Aduh! Aku dah la duduk sebelah dia.

Ariq mendahului masuk ke kelas di ikuti oleh Ikhwan di belakang. Ikhwan cuba beriak biasa sambil duduk di sisi Mikayla. Ariq tak payah cakap la. Riak muka dia macam biasa saja.

Sejak kejadian tadi, Naz sudah tidak kelihatan di mana-mana. Dah keluar dari sekolah agaknya. Suasana tiba- tiba berubah kekok antara mereka bertiga. Masing-masing hanya mendiamkan diri sampai la cikgu masuk untuk sesi pembelajaran seterusnya.

Kring!!

Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan pada hari itu tamat. Ariq segera mengemas barangnya. Sebaik saja selesai mengemas, dia berlalu.

"Weh Riq, mana? Cepatnya?" Ikhwan menyoal.

"Aku nak cari bidadari aku!"

Sebaik mengucapkan kata-kata itu, Ariq terus lenyap. Ikhwan pelik.

Bidadari? Gila ke apa dia ni?

Setelah mengemas begnya, Ikhwan turut keluar dari kelas meninggalkan Mikayla berseorangan. Bukan dia tak sampai hati, tapi untuk sementara ini biar la dulu.

Mikayla hanya mampu melihat Ikhwan yang sudah keluar dari kelas itu. Dia sangat terasa dengan Ariq, Ikhwan, Hazran. Afif terutamanya. Thunder buat dia ni macam tak ada perasaan saja.

Ikhwan berlalu ke kelas sebelah. Kelas itu sudah kosong. Hanya tinggal gengnya saja di situ termasuk Syahril dan kecuali Ariq kerana awal-awal lagi dia sudah menghilangkan diri.

"Kau seorang je? Ariq mana?" Soal Syahril.

"Entah. Dia kata dia nak cari bidadari dia." Jawab Ikhwan.

Masing-masing mengerutkan dahi. Bidadari? Sejak bila pulak Ariq ada bidadari ni?

"Korang macam mana? Dah okey ke?" Soal Ikhwan kepada Afif dan Fahim.

Mereka hanya mengangguk. Nampak balutan di lengan Fahim dan di tapak tangan Afif. Afif terluka di bahagian tapak tangan kirinya. Manakala Fahim pula di lengan kanan.

"Wan, Mika mana?" Soal Afif.

Ikhwan hanya memberi isyarat kepala. Dia mengatakan di sebelah.

"Korang balik dulu la. Aku pergi kelas sebelah jap."

Afif bangun lalu menuju ke kelas Clover di sebelah. Mikayla masih berada di situ. Afif melangkah masuk perlahan-lahan.

"Mika!"

Mikayla menoleh. Afif duduk di depan gadis itu.

"I'm sorry!" Ucap Afif.

"It's okay!"

Riverhawks High SchoolWhere stories live. Discover now