Forty Nine

241 9 4
                                    


Mikayla tersengih-sengih merenung wajah Afif yang baru keluar dari wad kecemasan itu. Afif membuat muka.

"Dah kenapa sengih-sengih macam tu? Gila ea?"

"Haah, gilakan awak!"

Afif tersenyum sambil menggeleng kecil. Tak boleh tahan dengan perangai baru Mikayla yang makin hari makin berani.

"Ni kenapa awak selalu sangat datang sini?"

"Tak boleh ke saya nak datang? Dah awak sibuk je memanjang, saya datang la. Jom pergi makan? Dah waktu lunch kan?"

"Awak belanja?"

"Eh, awak la. Saya belum kerja lagi."

Afif tergelak.

"Yelah, jom!"

"Yeay!"

"Saya masuk bilik jap, ambil barang."

"Okey, saya tunggu kat luar tau?"

Afif angguk. Semasa Mikayla berjalan keluar ke lobi, dia terserempak dengan Dr Sakinah yang baru masuk.

"Eh, hai? You buat apa kat sini?" Soal Dr Sakinah sambil cuba memaniskan wajahnya.

Hampir setiap hari kau datang ek? Menyibuk betul. Dah tak ada tempat lain ke nak pergi?

"Biasa orang datang sini buat apa?" Mikayla cuba buat lawak bodoh.

"Dua je reason dia. Tak sakit, pelawat. So, you yang mana satu?"

"Oh. But I tak termasuk dalam kedua- dua reason tu. I datang sini ala you know doctor, I nak jumpa tunang I la."

Dr Sakinah melemparkan senyuman fake. Begitu juga dengan Mikayla.

"Oh, jumpa Dr Afif la ni? I thought you guys gaduh."

"Kenapa pulak I nak gaduh dengan Afif, doktor? Kitorang okey je!"

Mikayla memandang sinis Dr Sakinah. Huh, memang sah la kau yang jawab phone Afif semalam kan? Dr Sakinah... Dr Sakinah... Kau ingat aku bodoh ke?

"Tak ada la, bukan semalam ada orang lain yang pegang phone Dr Afif? You tak marah ke? Perempuan pulak tu."

"Eh, mana you tahu?"

"Tak, I dengar cerita je."

Mikayla memeluk tubuh.

"Oh, dengar cerita? Siapa la yang busybody sangat dok bercerita tu ek, doktor? Tak ada life betul!"

Dr Sakinah bagai cacing kepanasan di situ. Rasa nak hempuk saja muka gadis di depannya saat ini.

"Oh by the way, lagi dua minggu I nak nikah dengan Afif. Doktor pun kami jemput tau? Nanti kitorang bagi kad."

Lagi la panas hati Dr Sakinah. Tudung shawl nya di flip ke belakang. Terasa rimas pula dia. Tangan dan kakinya mula tidak duduk diam.

"Why, doctor? Is it hot? We got AC right?" Ujar Mikayla sambil tangannya naik menunjuk ke arah pendingin udara di atas.

"No, no, I'm okay. Congrats, good for you. I tumpang gembira."

"Thank you!"

Dr Sakinah masih dengan senyuman plastiknya itu.

"Sayang!"

Serentak kedua wanita itu menoleh. Mikayla melebarkan lagi senyuman nya bila Afif mula mendekat.

"Hai, sayang. Dah ambil barang?"

Mikayla sengaja melenggokkan suara nya. Saja nak buat sakit hati doktor tak tahu malu ini. Tunang orang pun nak terhegeh-hegeh lagi.

Riverhawks High SchoolWhere stories live. Discover now