Thirty Nine

265 9 0
                                    

Ariq masuk ke dalam Cafe Pelangi dan terus menuju ke kaunter. Hanan sudah tersengih memandang Ariq.

"Hai, datang ni nak cari Izy lagi ke?"

Ariq tersenyum nipis.

"Kalau cari Izy boleh kenyang ke?" Soal Ariq semula.

"Erk!"

Hanan kaku.

"Tak la, datang nak makan la."

"Okey. Nak order apa?"

Selepas membuat pesanan, Ariq duduk di sudut paling hujung cafe itu. Saja nak privasi. Beberapa minit kemudian, pesanannya tiba.

"Thank you!"

"Welcome!"

Macam familiar je suara ni. Ariq angkat kepala. Terlihat Izy yang sedang tersenyum memandangnya.

"Kau!"

"Kenapa datang tak bagitahu?"

"Eh, aku datang nak makan pun kena bagitahu kau ke?"

Izy termalu sendiri. Haah ek? Asal dia nak kena bagitahu pulak? Suka hati dia la nak datang ke apa kan? Aku bukan girlfriend dia pun yang dia kena bagitahu semua benda.

"Kau nak join sekali ke?" Soal Ariq. Lebih kepada memerli sebenarnya.

"Hah?"

"Aku nak makan ni!"

"Oh. Ha, okey. Enjoy your meal!" Izy berlalu dengan wajah yang merah.

Malu weh kena tegur macam tu!

Selepas Izy berlalu, Ariq mengetuk dahinya perlahan. Bibirnya digigit. Asal kau nak kena savage macam tu dengan dia? Cakap elok-elok tak boleh ke? Bodoh la kau ni, Ariq!

Seketika kemudian, telefon bimbitnya berdering. Tertera nama 'mama' di skrin. Agak lama dia menunggu sebelum butang hijau di slide ke tepi.

"Helo!"

Izy menongkat dagu memandang Ariq di kaunter. Matanya tidak berkalih dari memandang lelaki yang sedang bercakap di telefon itu.

"Ehem!"

Tersentak Izy dek teguran Hanan itu. Tangannya terjatuh dan dagunya hampir saja mencecah meja kaunter. Lantas dia berpura-pura sibuk mengelap meja. Hanan tersenyum sambil menggeleng-geleng melihat gelagat rakannya itu.

"Kau angau ea?" Ujar Hanan.

"Ish, mana ada!"

"Si dia dah depan mata, takkan angau lagi kut? Pergi la tegur!"

"Mana ada la!"

"Eleh, macam la aku tak tahu kau suka dia. Jangan nak sorok dari aku la, Izy. Aku kenal kau lama kut!"

Izy mengelip-ngelipkan matanya kepada Hanan. Dia tahu? Chop! Bukan ke dia pun suka Ariq?

"Bukan kau pun suka Ariq?" Soal Izy.

Hanan tergelak.

"Ya, memang aku suka dia. Tapi aku rasa kau lagi suka dia. Kan?" Hanan mengangkat-angkat keningnya.

Membahang wajah Izy saat ini. Aku memang tak boleh nak sorok perasaan aku kan?

"Aku suka tengok dia jelah. Bukannya suka macam kau suka dia tu. Aku dah nak tunang pun!"

Izy pandang wajah Hanan dengan riak tidak percaya.

"Apa? Betul la!"

"Aku suka dia macam mana?"

Riverhawks High SchoolWhere stories live. Discover now