BAB 36

180 9 0
                                    

POV ZAFRAN

   " Zafran, dah siap belum tu. lambat nanti". Laung Datin Hayati

    " Dah mummy. kejap". Balas Zafran. 

Zafran turun dengan membawa beg pakaiannya. 

    " Daddy dengan mummy punya beg mana?". Soal Zafran.

    " Dalam bonet kereta dah. Lambat sangat". Balas Dato' Helmi.

Kenderaan Alphard Milik Dato' Helmi laju memasuki lebuhraya selatan.

    "Daddy, Uncle Zaid dengan Auntie Bie join sekali tak?". Soal Zafran yang sedang fokus memandu.

    " Ada... malam ni katanya berangkat".

    " Ouh".

    " Qarl dengan Fik ikut sekali tak?". Soal Datin Hayati

    " Ikut, dorang akan terus ke sana esok pagi. lagi pun Abang Fik memang stay sana". Terang Zafran.

    " Ouh, baguslah kalau macam tu. Takdelah kelam kabut". Balas Datin Hayati.

...........................................................................................................................................................

DE VELLE CHALLET

   " Zaf, tolong angkat beg baju daddy ya. Daddy nak ke tandas ni". 

    " Okay daddy".

Zafran membuka bonet kereta. Satu persatu beg diambil dan dibawa masuk ke dalam challet yang telah ditempah.  Bukan itu sahaja, beberpa dulang yang ada di dalam bonet juga diangkat oleh Zafran dan mummynya. Daddynya pula datang membantu selepas keluar dari tandas. 

    " Ni Zaf, letak atas meja ni. Tak de lah rosak nanti". Kata Datin Hayati.

Zafran dan Dato' Helmi hanya mengikut arahan Datin Hayati dan meletakkan dulang-dulang tersebut di atas meja yang ditunjuk Datin Hayati. 

Usai menyimpan beg, Mereka bertiga membersihkan diri dan berehat. Malam nanti, mereka akan ke rumah Abang Fik untuk makan malam. 

.............................................................................................................................................................

POV AFRINA

Afrina dan Umi nya sibuk mengemas ruang tamu. Bukan itu sahaja, halaman rumah juga disapu dan dibasuh. Afrina betul2 hairan dengan sikap umi dan Abahnya hari ini. 

     " Mi, sapa yang nak datang rumah kita esok?". Soal Afrina sambil membetulkan kedudukan pasu bunga yang senget.

     " Orang KL".

     " Bersungguh betul Fina tengok Umi dan abah nak terima tetamu".

     " Jarang2 datang Fina. Kena lah sambut dengan baik".

Afrina hanya mengangguk. 

     " Fina, langsir dah pasang?".

    " Belum lagi mi".

     " Haa.. kalau macam tu, Fina pergi pasang langsir. Yang ni takpe, biar umi siapkan". Arah Umi

    " Okay mi".

     " Ni lagi satu, bilik tidur Fina tu ... kemas sikit. Takut esok dorang nak tumpang solat".

     " Aik, kan bilik solat ada mi".

     " Memang lah ada, tapi nanti dorang tu datang ramai. Kalau sempit2, nanti boleh tumpang solat bilik Fina. 

     " Ouh, yelah2. Lepas pasang langsir kejap lagi, Fina kemas bilik". Jawab Afrina.

..............................................................................................................................................................

MALAM HARI

     " Fina, abah nak cakap sikit ni. Lepas makan kejap lagi ya".

     " Okay bah".

Selesai makan malam. Afrina membantu uminya untuk mengemas meja makan dan membersihkan dapur. Pinggan dan cawan turut di basuh dan disimpan.

Afrina mengelap tangannya yang basah. Segera dia mengambil cawan kosong dan memasukkan air oren yang telah tersedia di dalam peti ais.

Langkahnya dihalakan ke arah ruang tamu. Segera Afrina duduk di hadapan Abah dan uminya.

   " Abah, abah nak cakap ape dengan Fina?".

   " Ha , dah siap kemas semua dah?". Balas Abah.

   " Dah 2 ".

    " Macam ni, esok ada tetamu nak datang rumah kita".
 
   " Aah betul, umi kata orang KL. Kawan Abah ke?".

   " Eh tak delah. Kawan Fina yang nak datang". Jawab Abah.

   " Haha? Kawan Fina? Eh sapa pulak yang nak datang.  Syikin sorang je kawan Fina bah yang ada dekat Kl tu". Balas Afrina hairan.

   " Zafran?". Soal Abah.

   " Zafran?".

    " Ye, bukan ke Zafran tu kawan Fina? Takkan lah kawan umi abah  pulak kan umi?". Jawab Abah.

Umi Afrina hanya mengangguk dan senyum.

   " Zafran datang sini nak buat apa bah? Dia tak de pon bagitau Fina apa2". Soal afrina.

   " Esok Fina tau lah".  Jawab Abah.

    " Apa pon keputusan Fina , umi dan abah ikutkan". Kali ini Umi pula nencelah.

Afrina hanya mengangguk. Di benak fikirannya hanya memikirkam nama Zafran.

Untuk apa Zafran nak datang sini. Kenapa Zafran tidak memberitahunya dahulu. Zafran juga sudah tidak bermesej dengannya sejak seminggu yang lepas. Kenapa tiba2 sahaja Zafran mahu berjumpa dengannya.

Haih. Lantaklah, esok jelah aku tanya dia time dia datang sini. Dah alang2 dia nak datang kan, datang jelah. Tak payah aku nak mesej, face to face senang sikit. Bebel Afrina seorang diri.

 





















TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now