BAB 4

370 15 5
                                    

KKKKRRRRIIINNNGGGGG !!!!!!!!!!

Zafran yang sedang elok dibuai mimpi terjaga apabila jam loceng di sebelahnya berbunyi nyaring. Seperti biasa, Zafran akan menutup jam loceng di sebelahnya itu dan menekup mukanya pada bantal untuk meneruskan tidur. 

Saat Zafran ingin menekup mukanya pada bantal, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. 

"QARL"

Itulah tulisan yang tertera pada skrin telefonnya pada saat ini. 

    " Weyh zaf, kau kat mana dah ni?".  Soal Qarl yang sedang gelabah di bilik meeting.

     " Aku kat rumah lah, baru nak siap2. Kau dah kenapa call aku pagi-pagi ni. Rindu ke ?". Jawab Zafran dengan selamba.

     " Kau tak payah nak rindu2, sekarang ni kau tengok jam dah pukul berapa. Tan Sri Nordin dah sampai dah ni. Dia dah bising, kau tak sampai2 lagi". Terang Qarl.

   Zafran yang masih dalam keadaan separa sedar melihat skrin telefonnya. Saat itu dia sedar bahawa dia sudah terlambat. Hari ini merupakan hari pertemuannya dengan Tan Sri Nordin untuk membincangkan mengenai tender  yang baru sahaja dia terima.  

    " Ya Allah Qarl, aku lupa. Kau tolong aku, kau tolong alihkan perhatian Tan Sri Nordin sekejap. Dalam setengah jam aku sampai. Make sure Tan Sri Nordin still ade dekat situ and tak pergi mana-mana sehingga aku sampai dekat ofis". Kata Zafran dalam keadaan yang cemas.

Mana taknya, bukan senang dia nak yakinkan Tan Sri Nordin yang cerewet tu untuk dapatkan tender. Ni dah dapat tender besar macam tu , boleh pulak dia  lupa pasal meeting. Aduhaii, Zafran zafran. Tak sempat nak tua dah lupa. 

Zafran segera mencapai tuala yang tersangkut kemas di hadapan bilik air nya dan segera membersihkan diri. 

Kemeja biru lengan panjang dan seluar slack berwarna hitam disarungkan ke tubuhnya dalam keadaan yang tergopoh-gapah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemeja biru lengan panjang dan seluar slack berwarna hitam disarungkan ke tubuhnya dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Tali leher biru juga diikat pada leher dan dikemaskan beberapa kali serta jam tangan Rolex di pakai pada pergelangan tangan kirinya. Blazer hitam akan disarung apabila dia sampai di pejabat nanti. 

..............................................................................................................................................................

Kereta Honda laju memecut di atas jalanraya pada pagi itu. Zafran yang kebiasannya akan membuka radio Hitz fm apabila memandu kereta ke tempat kerja tidak lagi menghiraukan tentang hal itu. Apa yang dia tahu, dia perlu sampai ke pejabat dalam masa setengah jam. 

    " Qarl, aku otw, dalam 15 minit aku sampai". Kata Zafran apabila dia bertindak untuk mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar dan membuat panggilan telefon kepada qarl.

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now