BAB 37

208 10 4
                                    

Allahu akbar, allahu akbar...

Azan subuh pagi itu mengejutkan Afrina dari tidurnya. Comforter ditarik dan dikemaskan. Bantal tidur miliknya juga disusun dengan baik.

Langkah kakinya menuju ke arah bilik air. Air wuduk di ambil.

Usai menunaikan solat subuh, Afrina menadahkan tangannya untuk berdoa kepada yang Esa.

Ya Allah, Ya tuhanku,
Kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku,

Ya Allah, kau lapangkanlah dadaku , kau kurniakanlah rezeki mu yang luas kepada ku,
Kau jauhkan lah aku dari perkara2 yang mungkar Ya Allah,

Ya Allah, kau permudahkan urusanku sehari hari,
Aku bermohon kepadamu Ya Allah.

Aamiin ya robbal alamin.

Kain telekung segera ditanggalkan dan dilipat. Afrina membuka pintu bilik dan menuju ke dapur.

   " Umi, morning". Sapa Afrina sambil memeluk uminya.

   " Morning anak umi".

   " Umi, awalnya masuk dapur. Nak masak ape ni?". Soal Afrina.

   " Hari ni, kita masak banyak sikit. Kuih nanti abah keluar beli".

   " Umi nak masak lauk ape tu?".

    " Masak lemak ayam campur kentang, ikan pari asam pedas, sayur goreng kilas, lepastu buat daging goreng kunyit. Yang lain2 tu kejap lagi kita top up sikit2. Udang pon ada tu. Kalau nak buat sambal pon boleh". Jawab Umi.

   " Okay, kalau macam tu, Fina tolong umi proses semua tu. Lepas tu kita masak". Balas Afrina.
..................................................................................................................................................................

POV ZAFRAN

   " Zaf cepat turun. Semua dah sampai dah ni". Laung Datin Hayati.

   " Ye mummy, kejap2". Balas Zafran.

Challet yang disewa Zafran menjadi riuh dan ceria. Qarl, Abang Fik, Kak Aisyah telah sampai setengah jam yang lepas. Uncle and Auntie Bie juga sudah sampai lebih kurang 10 minit yang lepas. Ada juga Pakcik dan Makcik Zafran yang lain yang turut sama hadir.

    " I'm ready". Kata Zafran sebaik sahaja turun ke ruangtamu challet.

   " Ready? Jom semua". Balas Dato' Helmi.
................................................................................................................................................................

RUMAH AFRINA

Kereta Alphard, Honda, Merz dan Estima sudah pon berada di hadapan rumah Afrina.

    " Jemput masuk semua". Ucap Abah Afrina.

Afrina yang berada di muka pintu terus berubah riak wajah apabila dia ternampak kelibat Kak Aisyah. Sungguh dia rindu akan kakak lnya yang seorang itu. Dengan babybump yang tidak terlalu jelas kelihatan, comel.

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now