BAB 19

234 10 2
                                    

Hye readers!!🥰 .. dengar lah lagu tuu. Moga2 Allah tutup aib kita. Aamiin ya robbal alamin.

SEMINGGU KEMUDIAN....

Seperti biasa Afrina bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Segala keperluan dibawa masuk ke dalam kereta. Laju kenderaannya menuju ke sekolah bersama Afif.

Hari ini merupakan hari pertama minggu peperiksaan. Semalam, puas Afrina membantu Afif untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat contoh soalan sebagai latihan. Hari pertama peperiksaan, Afif akan menjawab 2 paper iaitu Bahasa Melayu dan Agama Islam.

    " Fif, Gudluck. Buat elok2. Baca soalan tu betul2. Jangan careless". Pesan Afrina sebelum turun dari kereta.

    " Terima kasih kak. Insyaallah".

Setelah mereka bersalaman, Afrina berjalan masuk ke bilik guru.

    " Selamat pagi Kak Aisyah". 

    " Selamat pagi Fina".

Cikgu Khairil yang turut ada di bilik guru hanya memandang dan mendengar perbualan mereka berdua.

..............................................................................................................................................................

RUMAH ZAFRAN

    " Mummy, doakan Zaf tau. Supaya dapat projek tu". Kata Zaf setelah bersalam dengan mummy nya di depan pintu. 

    " Ya mummy doakan selalu. Bukan tu je, pasal jodoh pon mummy doakan tau".

    " Ishh mummy ni. Tak lama lagi, insyaallah". Balas Zafran sambil menuju ke kereta.

   " Apa Zaf? Mummy tak dengar". 

Zafran hanya mengirimkan senyuman dan memulakan perjalanannya ke pejabat. 

Tak lama lagi mummy. Zaf tengah usaha ni. Gumam Zaf di dalam kereta.

..................................................................................................................................................

OFFICE ZAFRAN DAN QARL

 " Guduck Zaf. Aku percaya kau". Kata Qarl

     " Aku pun percaya kau.Buat leklok".

Seraya itu, Zafran menyarungkan blazer kelabu ke badannya. Qarl pula berjalan keluar dari pejabat untuk ke Syarikat Mega Holding. 

Hari ini, mereka berdua akan membentangkan tender syarikat kepada pelanggan . Risau dan gemuruh dirasa, namun mereka yakin mereka akan lakukan yang terbaik demi syarikat yang diusahakan. 

......................................................................................................................................................

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGUNG BIDARA

KELAS TAHUN 2

    " Semua dah ready ke? Kotak pensil letak atas meja. Botol air letak dekat atas lantai ya". Kata Afrina sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. 

Afrina lantas membuka kertas soalan. Segera dia mengagihkan kertas tersebut kepada pelajar kelas itu. Harapannya, semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. 

     " Jawab baik2 ya. Kalau ada apa-apa masalah. Angkat tangan, nanti cikgu pergi dekat meja kamu". Kata Afrina lagi. 

Setelah hampir 2 jam, waktu peperiksaan juga telah tamat untuk kertas yang pertama. Afrina mengutip semua kertas pelajarnya satu persatu. Dia turut membenarkan pelajar untuk keluar ke tandas dan berborak.  

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Onde histórias criam vida. Descubra agora