BAB 30

248 8 2
                                    

Hari pertama Afrina sebagai seorang guru telah bermula. 2 minggu yang lepas, Afrina telah mendapat surat yang memaklumkan bahawa dirinya telah dipilih untuk mengajar di Kuala Lumpur. Kak Aisyah merupakan orang yang paling sedih pada ketika itu. Dia telah kehilangan seorang kawan dan adik yang sering menemaninya sama ada di sekolah mahupun di luar. Tidak lupa juga Afif, adik kepada Afrina. Tapi nak buat macam mana, terpaksa lah Afif ke sekolah sorang diri lepas ni.

Ouh ya, Afrina juga telah diberitahu bahawa Kak Aisyah sekarang sedang mengandungkan anak pertama. Abang Fik bukan main seronok lagi. Yelah, anak pertama kan. Excited tu lain macam. Kata Kak Aisyah, sebaik sahaja mendapat khabar gembira tersebut daripada doktor, Abang Fik terus melakukan sujud syukur.

Sementara Afrina menetap di Kuala Lumpur, Afrina menyewa di rumah kawan baiknya bernama Syikin. Syikin merupakan kawan sejak di bangku sekolah lagi. Syikin amat gembira apabila Afrina memberitahu yang dia akan ke Kuala Lumpur. Terus di offernya untuk menyewa bersama2. Kebetulan, kawan syikin yang menyewa sebelum ini baru sahaja keluar dari rumah kerana mendirikan rumahtangga.

Zafran? Zafran juga sudah tahu akan status Afrina yang kini mengajar di Kuala Lumpur. Namun, bukan dari Afrina. Agak2 korang dari mana Zafran dapat tau??? HAHAHHAHAA.. Mestilah daripada bakal mertua. Abah Afrina awal2 lagi dah bermesej dengan Zafran. 

Suatu malam, Afrina bermesej dengan Zafran. Sedang dia ingin memberitahu Zafran yang dia akan mengajar di Kuala Lumpur, Zafran terlebih dahulu bertanya Afrina akan menyewa di mana. Terkejut juga Afrina dari mana Zafran tahu, namun Zafran lantas memberitahu yang abah Afrina baru sahaja memaklumkan hal tersebut. 

Menantu pilihan kan? Bukan main lagi eh Abah Afrina dengan bakal menantu. Siap bermesej tu. HAHAHAHAHA

.............................................................................................................................................................

POV AFRINA

Afrina dan Syikin sedang berehat sambil menonton drama akasia di televisyen.

   " Babe, macam mana first day kau kat sekolah hari ni?". Tanya Syikin.

   " Alhamdulillah wey. Semuanya okay. Nervous gak aku pagi tadi".

   " HAHAHHAA... alhamdulillah lah kalau macam tu. Btw, malam ni jom".

   " Jom manoi?".

   " Apa lagi... sambut first day kau lah. Member aku dah jadi cikgu sekarang. Bangga aku tau". 

   " Weyyyy, kau serius ah nak lanje aku?". 

   " Kau ingat aku memain ke? Serius ah ni.Jom, lepas maghrib sesiap . Aku bawak kau gi port lepak baik punya kat KL ni".

    " Uisssh, ni aku sayang  kau ni. Tapi en, sebelum tu singgah secret receipe boleh?".

   " Boleh2. kau craving nak makan kek ke ape ni?".

    " Alaaaa, jom jelah". 

   " Yeleeee.. untuk kau semua boleh Fina oi".

    " Jarang lah tak boleh kalau tuk aku HAHHAHAHAHAA". Balas Afrina sambil ketawa. 

.......................................................................................................................................................

Sedang Afrina bersiap untuk keluar makan...

TING !!!!

TUNANG BIDAN TERJUN

" Salam Magrib Fina, Dah solat?".

" Alhamdulillah dah. Awak?".

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now