BAB 12

278 13 1
                                    

Afrina tiba di Kuala Lumpur hampir pukul 2 petang. Sekitar pukul 11 tenghhari tadi dia berangkat seorang diri ke Kuala Lumpur untuk ke majlis resepsi Kak Aisyah untuk sebelah lelaki. Ouh ya, sementara dia di Kuala Lumpur, Afrina akan menetap di rumah mak cik nya yang tidak jauh dari dewan resepsi Kak Aisyah nanti. 

Sebelum ini, memang Afrina dan keluarganya menetap di Kuala Lumpur. Namun, apabila Afrina mendapat tawaran untuk menjadi guru praktikal di Melaka, seluruh ahli keluarganya membuat keputusan untuk turut sama berpindah dan menetap di sana. Kebetulan, hal itu merupakan hasrat Abah Afrina selepas bersara untuk pulang ke negeri kelahirannya.  Manakala umi nya pula orang Negeri Sembilan. 

Sampai sahaja Afrina di rumah mak su nya, dia terus dipelawa untuk makan tenghhari. Tau benar mak su nya bahawa Afrina masih lagi belum makan tenghhari kerana Abah Afrina telah memberitahu adiknya itu, bahawa Afrina tidak mahu tunggu untuk makan tenghhari di Melaka. Alasannya kerana takut nanti jem dan sampai lewat ke rumah makciknya. 

    " Fina, umi abah semua sihat?". Tanya mak su nya. 

     " Alhamdulillah sihat semua mak su. Sarah dengan Alif mana mak su?". Tanya Afrina.

   "Diorang harini ada tuisyen.  Petang nanti balik lah budak 2 orang tu". 

   " Ouh, patutlah sunyi je rasa". 

    " Kalau diorang ada, tak makan lah kamu sekarang ni Fina. Nak kena melayan karenah budak dua orang  tu".  Balas mak su nya sambil ketawa. 

    " Ha.. ni esok Fina nak berangkat ke kenduri kawan tu pukul berapa?". 

    " Insyaallah, dalam pukul 10 macam tu kut mak su". 

     " Haa okaylah.. malam ni rehat awal. Penat drive tadi pon tak habis lagi tu". 

     " Baik mak su. Pasti". Balas Afrina sambil memberikan senyuman manis. 

..............................................................................................................................................................

PUKUL 5.30 PETANG DI RUMAH MAK SU

MAK LONG FINAAAAAAA!!!!!!!! 

    " Ya anak buah mak long... Mak long kat dalam ni. Meh masuk". Balas Afrina yang sedang berehat di hadapan televisyen. 

    " Ya Allah budak berdua ni. Salam pon tak bagi eh". Balas Mak Su.

    " Sorry ibu. Excited mak long datang". Balas Sarah sambil menyalami tangan ibunya dan Afrina. 

     " Mak long, penat tak?". Tanya Alif.

      " Haaaa... mula lah tu. Mak long kamu tu baru je sampai tau. Jangan nak mengada ajak keluar. Penat bawak kereta pon tak habis lagi tu". Laung Mak su dari dapur.

    " Kenapa alif?". Tanya Afrina. Tau benar Afrina, Alif dengan Sarah memang manja. Alif baru darjah 5, manakala Sarah pula darjah 2. 

    " Mak su... jom keluar. pergi shopping mall. Alif nak masuk Popular lah". 

    " Kenapa? Alif nak beli ape?". Tanya Afrina.

     " Alif nak cari buku latihan. Exam akhir tahun dah nak dekat". 

     " Sarah ada nak beli apa- apa tak?". Tanya Afrina.

     " Ada, Sarah nak beli aiskrim. Dah lama sarah tak makan". Balas Sarah sambil mencium pipi Afrina. Manja betul dia dengan Afrina. Sebelum ini Afrina menetap di KL. Jadi mereka selalu meluangkan masa bersama. Namun sejak Afrina pulang ke Melaka, mereka jarang bersama.  Jadi sekali-sekala berjumpa tu memang manjanya jangan cakap lah . hahahha

    " Okay, alif dengan sarah naik atas. Mandi dan solat. Lepas tu mintak izin ibu dengan ayah. Kalau ibu ayah bagi, lepas maghrib kita keluar". Balas Afrina. 

     "Okayh mak long. Saaaaayyyaaannggg mak long". Balas Sarah dan Alif serentak. 

Afrina hanya senyum dan ketawa kecil mendengar jawapan comel anak buah nya itu. 

..........................................................................................................................................................

    KNOCK KNOCK !!!! 

    " Masuk 2". 

     " Mak long, ibu kata ... boleh, kalau mak long tak penat". Mak long penat tak?". Kata Sarah. 

       " Takkkk, Mak long tak penat. Okay, Sarah dengan abang Alif siap tau.. Lepas maghrib kejap lagi kita keluar ya". Balas Afrina sambil mencubit lembut pipi sarah. 

      " YEEEAAAYYYYYYY". 

.........................................................................................................................................................

     "Mak su, Fina bawak Alif dengan Sarah pergi Mid Valley kejap ya". Kata Afrina ambil menyalami tangan mak su nya itu.

    " Hati2. Jangan balik lewat sangat. Esok Fina nak keluar awal tu". 

     "Baik mak su". Balas Afrina. 



Simple je chapter kali ni. 

Macam mana chapter kali ni? okay tak ? 

Insyallah, esok atau lusa author publish next chapter ye.. 













TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now