BAB 9

251 13 3
                                    

Seperti yang dirancang, hari ini merupakan hari di mana Kak Aisyah akan dinikahkan. Segala persiapan telah dilakukan termasuklah pemasangan khemah, lauk-pauk untuk dihidangkan buat tetamu dan lain2 lagi. 

Kelihatan ramai saudara-mara sebelah keluarga Kak Aisyah telah sampai untuk memeriahkan suasana. Kata Kak Aisyah, kebanyakan saudara-maranya telah sampai sejak petang semalam. Saudara-mara yang duduk berdekatan pula, subuh-subuh tadi telah sampai ke rumahnya. Keluarga Kak Aisyah boleh dikatakan riuh dan meriah. Sungguh Afrina tidak merasa kekok kerana layanan yang diterimanya sangat baik dan dialu-alukan.  

KNOCK KNOCK !!!!!!

    " Assalamualaikum Kak Aisyah yang cantik". Sapa Afrina sambil melambaikan tanggannya kepada Kak Aisyah yang sedang memakai inai celup. 

     " Waalaikumsalam Afrina adik kakak". Balas Kak Aisyah sambil menyenyitkan matanya.

     " Fina, nak pakai inai tak? Akak ada lebih ni". Tanya Kak Aisyah.

     " Errmmm tak nak lah kak. Bukan Fina yang nak kawin". 

     " Alaaaa.... Zaman sekarang ni Fina, budak sekolah pon pakai inai tau waktu majlis perkahwinan macam ni. Jomlah pakai dengan akak sekali". 

     " Errmmm tak pelah kak. Fina tak nak lah. Tak selesa, segan lagi. Tak pelah, akak je yang pakai ha... Akak kan nak kawin, baru berseri-seri nanti ". Balas Afrina sambil memberikan senyuman yang manis.

Setelah selesai Kak Aisyah dipakaikan inai pada jari tangan, jari kakinya pula dijadikan sasaran. Terdapat sedikit ukiran bermotifkan flora yang dilukis pada sekitar pergelangan tangan Kak Aisyah. 

      Sedang rancak Afrina dan Kak Aisyah berbual mengenai perjalanan majlis, satu ketukan pada pintu bilik didengar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Sedang rancak Afrina dan Kak Aisyah berbual mengenai perjalanan majlis, satu ketukan pada pintu bilik didengar. 

KNOCK KNOCK KNOCK!!!!!!!

     " Kak Ecah, mak panggil akak dengn kak Fina turun makan. Takut nanti tak sempat". Sapa seorang perempuan yang berada dalam lingkungan 18-20 tahun. 

     " Okay2.. Kejap lagi akak turun dengan Kak Fina. Masyeh dik". Balas Kak Aisyah.

     " No problemo". Balas perempuan tadi.


    " Fina, jomlah kita turun. Makan dulu. Fina kena makan banyak tau nanti lapar. Fina nak jadi pengapit akak ni, kena bertenaga barulah nampak cantik pengapit akak ni". Kata Kak Aisyah yang mulai bangun.

      " Okay2 kak.. jom".

     " Fina, nak minta tolong kejap boleh?". 

     "Eh mestilah boleh. Harini akak kan princess. So akak bagitau je Fina nak suruh buat apa. Semuanya Fina uruskan huhuhuh". Balas Kak Afrina.

     " Hehehehehe pandai lah dia tu. Fina tengok kejap dalam almari tu, ada tudung sarung warna biru bunga2 tu. Passkan kat akak". 

Afrina terus bangun dan mula membuka almari baju Kak Aisyah dan mula mencari tudung biru bercorak bunga yang dikatakan tadi. 

  Afrina yang sedari jari jemari Kak Aisyah yang masih lagi berinai terus menyarungkan tudung sarung tersebut kepada Kak Aisyah tanpa berkata apa-apa.

      " Wahhhhh, the best betul lah pengapit akak ni. Macam faham-faham je eh akak susah nak sarung tudung". Kata Kak Aisyah.

    " Hehehehehe takdelah kak. Cuma Fina takut nanti inai akak rosak. Tak cantik lah nanti". 

    " Ha yelah2. Terima kasih.. Jom lah turun". Kata Kak Aisyah sambil mengajak Afrina untuk turun makan di dapur. 

............................................................................................................................................................

   Di dapur....

      " Fina, makan ya nak. Jangan malu-malu. Kalau nak apa-apa Fina ambil ja ya". Kata ibu Kak Aisyah.

     " Baik cik. Terima kasih". 

Kelihatan ramai saudara-mara Kak Aisyah sedang sibuk menyiapkan segala persiapan yang masih lagi tersisa. Kata Kak Aisyah rombongan lelaki akan tiba selepas Zohor. Kira-kira jam 2.30 petang. Sekarang dah pukul 12.30, makanya ramai saudara yang sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. 

Kak Aisyah merupakan anak sulung keluarganya. Oleh itu, ini merupakan majlis perkahwinan pertama di dalm keluarga. Pastinya, segala persiapan dan perjalanan majlis diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan tersusun.

...........................................................................................................................................................

1.15 PETANG

   " Fina, akak nak pergi ambil wuduk kejap.Fina tunggu kejap ya". 

    " Okay kak". Balas Afrina.


    " Akak, akak nak pakai baju dulu ke atau akak nak make-up dulu?". Tanya Afrina yang masih kurang arif mengenai susun atur hias pengantin.

    " Akak make-up dulu, lepas tu baru pakai baju ha. Fina pon dah boleh dah pergi ambil wuduk, solat zohor dulu. Kejap lagi dah settle make-up akak. Fina pulak kena make-up". Kata Kak Aisyah.

     " Baik kak". 

2.15 PETANG 

      " Wahhhhh, cantiknya Kak Aisyah. Macam artis lah". 

      " Terima kasih. Tapi ni biasa jelah Fina. Saja ye usik akak.Fina, akak nervous lah macam ni". 

      " Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Akak tenang ya. Lagipun tadi ibu akak ada bagitahu yang tunang akak dah sampai tu". Balas Afrina untuk menenangkan Kak Aisyah.

   " Huuuuhhhhh..... Nasib baik dia datang". 

    " HAHAHAHHAHA... akak ni.Mesti lah tunang akak datang. Kan dia nak jadi suami akak". Balas Afrina.

     " HAHAHHAHAHA.. ye tak ye jugak ya". Kata Kak Aisyah yang mukanya sudah berubah menjadi ceria seperti biasanya.



 Chapter 9 is complete <3

Alhamdulilah.. 







TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now