BAB 25

204 10 2
                                    

Waktu bersilih ganti... Tanpa Afrina sedar, minggu ini merupakan minggu terakhir dia sebagai Cikgu Praktikal di SK TEMENGGUNG BIDARA.

Sedih, gembira, terharu dan bermacam lagi perasaan lnya buat masa ini.

Sedih kerana dia pasti akan merindui suasana mengajar di sekolah ini. Anak murid yang sentiasa menyenangkan hati, kawan dan kakak yang sangat baik iaitu Kak Aisyah, guru besar yang sangat berkaliber dalam hal2 pengurusan sekolah.

Gembira kerana dia berjaya mengharungi sesi prakrikal dengan jayanya. Segala kerja dapat disiapkan dengan baik. Bukan itu sahaja, sepanjang dia praktikal di sekolah ini, 1 anugerah telah diterimanya. Iaitu anugerah guru pilihan. Anugerah ini merupakan anugerah yang dicipta oleh guru besar Sk Temenggu Bidara. Tujuannya untuk meningkatkan motivasi guru2 untuk mendidik anak bangsa.

Juga, dia terharu kerana memilik pelajar yang sangat baik, mudah mendengar kata dan menyenangkan hati. Ragam dan telatah mereka menjadikan Afrina semakin matang untuk mendidik dan mengajar. Bukan itu sahaja, sepanjang praktikal, dia juga terharu atas layanan yang diterimanya daripada pelajar kesayangan. Kadang, ada pelajar yang ingin berkongsi bekal dengannya, ada pelajar yang memberikannya pelukan sebelum mereka pulang ke rumah.

Namun, itu semua dianggap sebagai satu pengalaman dan titik permulaan sebagai warga pendidik. Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa, walaupun begitu, azam nya tetap utuh dan kuat untuk sama2 memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada pelajar.

Kkrriiinngggggggg!!!

Jam loceng di bilikya telah pun berbunyi apabila jam menginjak ke pukul 6.30 pagi.

Segera Afrina mengambil segala keperluannya dan turun ke bawah untuk bersarapan.

   " Fina, meh sarapan".

    " Baik umi".

    " Umi, Afif tak turun lagi ke?".

    " Tak lagi rasanya. Umi tak nampak pulak dia".

Baru sahaja Afrina ingin memanggi Afif, kelibat Afif di tangga sudah pun muncul.

   " Awal akak pagi ni". Sapa Afif.

    " Banyaklah afif punya awal. Afif tu yang lambat tau". Balas Afrina.

    " Alaaa, awal lagi ni kak".

   " Yelahh tu, dah makan cepat. Nanti lambat pulak kamu berdua ke sekolah". Sampuk umi.
......................................................................

POV ZAFRAN

Gambar Afrina di banguna A Famosa dilihatnya berkali2 di dalam telefon. Sungguh, dia rindu akan gadis itu.

Kalu terakhir dia dan Afrina bertanya khabar adalah 2 bulan yang lepas. Iaitu sehari selepas mereka keluar bersama buat kali pertama.

Sejak itu, mereka berdua membawa haluan masing2. Sejak akhir2 ini, Zafran terlalu sibuk dengan kerjanya. Projek yang ada di depan mata, tidak menang tangan dibuatnya.

Qarl pulak sibuk menguruskan persiapan pertunangan dengan syikin. Nak ganggu, kang kesian pulak mamat tu. Pening kepala nak pikir pasal office dah satu hal. Pasal pertunangan lagi 1 hal.

Akhirnya, Zafran menaggung seorang diri.

Bukannya Qarl tidak mahu membantu. Namun, Zafran yang menolaknya. Katanya, tidak mengapa. Sekarang masa Qarl, nanti2 masa dia pulak.

KNOCK 3

    " Encik Zafran, someone is here". Sapa Sarah sebaik sahaja membuka pintu bilik Zafran.

   " Okay, let him in".

    " Syahhh, long time no see". Sapa Zafran kepada client yang merangkap rakan sewaktu di kolej dahulu.

   " Ahahahahah.. mananya nak jumpa, aku kan baru balik sini". Balas Syah sambil memeluk rakannya itu.

   " So ..  macam mana duduk negara orang ?".

   " Erm.. nothing special man. Just works, eat, shopping and.... Have fun".

Ya, syah ni sejenis yang social sikit. Agak kontra sikapnya dengan Zafran. Namun, mereka boleh berkawan kerana Syah sering membantu Zafran dalam urusan bisnes. Bukan itu sahaj, Syah juga merupakan rakannya sewaktu mereka sama2 di london dahulu.

   " Berubah lah syah. Better late than never man". Nasihat Zafran lembut.

  " I will..... But, when the times come". Balas Syah sambil tersengih.
.......................................................................

POV AFRINA ( BILIK GURU)

    " Fina , macam mana dengan Zafran?".

    " Erm.. takde khabar kak. Hampir 2 bulan dah lost contact".

   " Lahhh, kenapa macam tu?".

    " Erm.. entahlah kak, mungkin tak de jodoh kot. Lagi pun eerm.. mungkin dia dah ada yang lain".

   " Ishhh, Fina ni. Tak baik cakap macam tu tau".

Afrina hanya mendiamkan diri.

   " Okaylah kak, Fina nak masuk kelas dulu ni".

   " Okay, hati2". Balas Kak Aisyah.

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now