BAB 13

260 12 0
                                    

MAAF, ada pembetulan sedikit mengenai AFRINA, SARAH dan ALIF. 

Pada bab yang sebelumnya ( Bab 12) author ada mention panggilan Alif dan Sarah pada Afrina adalah Mak Long kan

Sebenarya author tersilap pandang. Afrina, Alif dan Sarah adalah sepupu. 

Mak Su ( ibu kepada Alif dan Sarah merupakan adik bongsu kepada Abah Afrina iaitu Encik Sufian). 

Panggilan yang sepatutnya digunakan oleh Alif dan Sarah kepada Afrina adalah KAK FINA. Bukannya MAK LONG. 

Maaf sekali lagi atas kesilapan. 

................................................................................................................................................................

So now back to chapter 13, kita sambung cerita ya :)

Myvi hitam Afrina sudah pon terletak di dalam petak pakir kereta. Sebaik sahaja Afrina mematikan enjin, Sarah dan Alif terus keluar dari kereta. Semangat betul budak-budak ni kalau bab berjalan, Kalau si Alif ni okaylah nak beli buku nak exam. Yang si Sarah ni... Excited nak beli aiskrim ke macam mana? HAHHAHAA.. 

    " Jom". Kata Afrina sebaik sahaja menekan button lock keretanya. 

Tangan Sarah digenggam erat. Manakala Alif memegang tangan sarah. Bukan apa, Afrina masih ingat, ada suatu ketika di mana ibu dan ayah Sarah sedang membeli barang di dalam kedai, Sarah berjalan seorang diri kerana mengikut seekor kucing dan akibatnya Sarah hilang buat seketika. Jenuh juga ibu dan ayahnya mencari. Nasib baik jumpa. Sejak dari itu, mereka akan memegang tangan Sarah dengan erat supaya kejadian tersebut tidak berlaku lagi. 

     " Kak Fina, kedai Popular tu kat mana? Jauh tak?". Tanya Alif.

     " Kejap eh, Kak Fina pon x sure ni". Balas Afrina sambil mencari informasi di google.

     " Okay, Kak Fina dah tau. Jom". 

Sampai sahaja di Popular, Alif terus meluru ke arah buku darjah 5. Sarah pula sibuk mengajak Afrina ke tempat alat tulis. Mungkin dia nak beli alat tulis fikir Afrina. 

      " Kak Fina, nak ni boleh?". Tanya Sarah sambil menunjukkan buku tulis nota yang bewarna pink itu. Di dalamnya terdapat gambar barbie dan macam macam lagi.

      " Sarah nak yang tu?". Tanya Afrina.

Sarah lantas mengangguk kepalanya laju sambil memberikan senyuman yang hampir sahaja menutup keseluruhan matanya. Pipi bulat sangat si Sarah ni. Mananya tak lemah si Afrina tu dengan permintaan Sarah. 

Tidak lama kemudian, Alif muncul dengan membawa 5 buah buku latihan darjah 5.

      " Kak Fina, dah ". 

     " Eh, Alif tak beli buku nota ke? Semua latihan je ni Kak Fina tengok". Balas Afrina yang sedang membelek buku yang dipilih Alif tadi. 

     " Erm buku nota tak payahlah Kak Fina, ibu bagi duit untuk buku latihan je ni". Balas Alif ringkas.

     " Takpe, Alif pergi tengok buku nota mana yang Alif perlukan. Pasal duit, jangan risau, nanti  Kak Fina bayar". 

       " Betul ni Kak Fina?".

       " Ya, betul. Pergi tengok cepat. Kejap lagi nak beli aiskrim pulak. Kan Sarah ?". 

      " Aah, abang cari cepat-cepat tau... Sarah nak makan aiskrim". Balas Sarah sambil memegang perutnya.  Hai lahhhh.... budak ni, comel betul.. geram aku.. Gumam Afrina di dalam hati. 

TUNANG BIDAN TERJUN (Complete)Where stories live. Discover now