LLB di E-Sentral

187 8 5
                                    

Assalamu'alaikum. Hai semua!

Rasanya sampai bila pun saya tidak akan dapat nyatakan penghargaan buat rakan-rakan yang selama ini telah membaca dan menyokong LLB. Terima kasih atas ruang masa, ruang hati yang telah kalian peruntukkan untuk kisah Ariyyan dan Diha ini 😊.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, 'Lelaki Langit Bumi' telah terbit sebagai sebuah e-book. Bagi yang tahu sejarah saya dengan LLB, kalian pasti ingat tentang LLB yang sebenarnya merupakan material projek kajian gagal. Saya suka-suka tukar kepada naskhah kreatif pada masa senggang. Konon-kononnya nak uji skil menulis. 😬 Itulah sebabnya progress LLB bab demi bab sangat lambat.

Jadi, apabila LLB siap sepenuhnya, saya simpan sahaja dan anggap itu sebagai satu pencapaian peribadi saya. Saya memang tidak berniat untuk hantar karya ini ke mana-mana.

Namun, apabila ada dalam kalangan sahabat 'Lelaki Langit Bumi' yang minta LLB dijual dalam versi e-book untuk dijadikan koleksi, saya tergerak hati explore kemungkinan ini.  Saya pun cubalah tunaikan permintaan kalian.

Saya ni umur je dah lama, tetapi masih baharu dalam dunia penulisan. Lagi-lagi bab penerbitan e-book. Disebabkan cetek pengetahuan dan kurang pengalaman, saya memilih platform E-Sentral untuk terbitkan LLB.

Taraaaaaa!

Bagi yang sudah membaca novel ini sebelum ini, bolehlah dapatkan versi terkini LLB di E-Sentral

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi yang sudah membaca novel ini sebelum ini, bolehlah dapatkan versi terkini LLB di E-Sentral. Kali ini baca tak terbantut-bantut lagi 😊 Ada tambahan bab, ada rombakan pada bahagian-bahagian tertentu yang sebelum ini tidak diterbitkan di Wattpad.

Bagi yang baru berkenalan dengan Ariyyan dan Diha 'Afina, maaf hanya bab-bab awal yang boleh saya kongsikan di sini. Oh, insya-Allah akan ada cuplikan-cuplikan tambahan kelak untuk kalian. Jika ingin tahu lebih lanjut perjalanan roller coaster mereka berdua ini, kenalah baca e-book LLB.

Muat turun aplikasi E-Sentral, buat pembayaran untuk LLB dan LLB akan sentiasa ada bersama kalian. 😘 Klik pautan di profile saya ye.

Kepada yang telah dapatkan naskhah ini di E-Sentral, domo arigato! Harapan saya agar kalian berpuas hati. Saya sudah cuba yang terbaik untuk memastikan kesempurnaan LLB, andai ada kekurangan, maafkan saya ya.

Salam sayang,
Girang

Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book)Where stories live. Discover now