SM - 15

2.3K 151 22
                                    

HOT chocolate panas dicicip sedikit sambil menikmati keindahan pemandangan malam bandar Johor. Namun, malam yang indah langsung tidak dapat menenangkan hati yang sedang gusar memikirkan Warda. Seminggu sudah dia tidak bertemu empat mata dengan gadis itu. Rindu menyesakkan dada. 

Sengaja dia mengabaikan Warda. Selepas saja dia tahu kebenaran tentang Firas dan Warda pernah bercinta, jujur dia rasa tercabar. Tercabar tetapi rasa mahu dekat dengan Warda terhenti. Tiba-tiba dia ragu dengan perasaan Warda terhadap dia. Benarkah gadis itu sukakan dia?

Warda tidak henti menghubungi dan menitipkan pesanan Whatsapp pada dia. Tetapi dia tepis dengan hati yang tabah tidak mahu membalas. Dia mahu menguji gadis itu. Jika benar Warda sukakan dia, gadis itu tentu tetap akan memilih dia dan bukan Firas. 

"Jauh termenung." Edy muncul disebelah. 

Waiz mengeluh. 

"Tak ada apa la."

"Kalau kau, jawapan macam tu memang kau tengah dalam masalah. Kenapa? Bergaduh dengan Warda ke?"

"Dah kenapa aku nak bergaduh dengan dia?" 

Edy menjongket bahu. "Orang tengah bercinta ni kan suka bergaduh. Tak kena sikit terus bergaduh. Nak-nak pula kau ni lelaki dingin. Warda pula suka mengusik memang bergaduh la jadinya." 

Nama Warda meniti dibibir Edy mengeluhkan Waiz sekali lagi. Bagaimana agaknya gadis itu sekarang? 

"Hmm, betul la tu. Lagipun dah seminggu aku perasan yang kau dengan handphone tu jauh. Kalau tidak, hari-hari mesti berkepit dengan handphone tu sampai aku pun nak muak tengok. Tersenyum tersengih sendiri. And, bukan ke weekend macam ni kau keluar dengan Warda? Ni tak keluar ke?" 

Waiz buang pandang ke langit. Sesak dada setiap kali teringat kepada Warda. Sungguh dia rindukan gadis itu. 

"Dah seminggu aku tak contact dengan dia. Dia call and whatsapp aku pun aku...aku abaikan." 

"Weh! Kau dah kenapa? Dah tak suka Warda ke?" Terkejut Edy menyoal. Tidak sangka Waiz buat perangai lama dulu. Suka tapi abaikan. 

"Bukan macam tu."

"Habis?"

Edy dipandang sekilas. Serba salah dia mahu bercerita. Firas merupakan kawan kepada Edy. Dia bimbang jika hal begitu akan menimbulkan perbalahan antara Firas dan juga Edy. Tetapi dia tiada orang lain untuk meluahkan masalah ini. Dia buntu bagaimana hendak berdepan. Dia sukakan Warda, seminggu berlalu tanpa gadis itu buat hari-hari dia kosong. Dan, dia juga merasa kehilangan Warda sedangkan dia yang jauhkan diri dari gadis itu. 

"Iz, cakaplah. Jangan pendam seorang diri macam ni. Kenapa? Berat sangat ke masalah kau dengan Warda sampai kau abaikan dia dah seminggu? Uish!"

Nafas panjang ditarik sebelum dihela. Kepala digelengkan sekejap. 

"Minggu lepas, aku dapat tahu yang...Warda bekas kekasih Firas."

"Bekas kekasih Firas?" Tinggi suara Edy bertanya semula dengan riak terkejut. Dahi berlapis memikirkan apa semua yang berlaku ini? Setahu dia, sudah lama Firas tidak bercinta. 

Waiz mengangguk perlahan. 

"Ish! Setahu aku Iz, Firas tu dah lama sendu sejak putus cinta tiga tahun lepas. Itu pun sebab dia dah tak boleh nak teruskan hubungan dengan perempuan tu." Bersungguh Edy berkata dengan tidak percaya. 

Bagaimana Warda dan Firas pernah bercinta? Dia dengan Firas tidaklah terlalu rapat hinggakan semua tentang Firas dia tahu. Tapi boleh la setakat tahu serba sedikit tentang lelaki itu. Dia dan Firas sekadar kawan biasa bukan seperti dia berkawan dengan Waiz. Semua cerita dikongsi bersama. 

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now