SM-2

2.5K 141 10
                                    

ASYIK mengelamun, Waiz tidak sedar kehadiran Edy di dalam pejabatnya. Perlahan Edy menggeleng. Itulah Waiz selepas kes kejadian. Kerap termenung walaupun sedang bekerja. Bila ditanya mengapa, sudah tentu jawapan yang sudah lali didengarnya.

"Kau termenung apa lagi tu, Iz? Tak sudah-sudah lagi?"

Lamunan Waiz terhenti. Segera dia memperbetulkan posisi duduk dikerusi dan berpaling menghadap Edy. Keluhan dilepaskan.

"Hmm betul la tu, kan? Sudah-sudahlah, Iz. Tak perlu dikenang selalu. Boleh menjejaskan kesihatan kau. Kau sendiri dah tahu apa yang kau sedang alami sekarang. Kau nak makin teruk ke?"

"Bukan macam tu. Kau pun tahu kan yang aku ni tak boleh duduk seorang diri macam ni. Mula-mula memang aku akan buat kerja, lepas tu mulalah otak aku ni terbayang benda lepas. Aku dah cuba kawal tapi bila bayangan tu datang, aku sendiri tak boleh nak tepis, Edy."

Edy terdiam. Teruk juga trauma yang dialami Waiz. Dia bersyukur kerana tekanan trauma Waiz sedikit pun tidak menjejaskan kerja rakannya itu. Kebiasaanya, bila seseorang sudah alami trauma, kemungkinan besar akan berhenti dari terus bekerja dalam bidang berisiko seperti mereka ini.

"It's okay. Aku yakin one day kau boleh hidup macam biasa tanpa dihantui bayangan macam tu lagi. Now, kau just perlu teruskan rawatan yang Firas suggested tu je. Insha Allah, you'll be getting better soon."

"Insha Allah. Aku pun harapkan perkara yang sama." Tidak sabar hati Waiz mahu hidup seperti sebelum ini. Bukan hidup di dalam ketakutan yang menghantui setiap tidur malamnya. Mimpi perkara sama yang berulang kali. Sungguh dia penat lalui semua itu.

Tiba-tiba Edy melakarkan senyuman sumbing dibibir. Datang pula idea mahu menyakat Waiz. Waiz pantang disakat itu pasti akan melenting selepas ini.

"Aku rasa, selain dari rawatan yang Firas cakap kan tu, ada rawatan lain yang kau perlukan."

Berkerut dahi Waiz mendengar bicara itu.

"Rawatan apa?" Soalnya dengan penuh rasa ingin tahu. Mana tahu cadangan Edy berkesan dengan cepat.

Edy mengangkat-angkat alisnya. "Cuba teka."

"Kau yang mula-mula cakap, kau pula suruh aku teka? Manalah aku tahu." Waiz bertukar bengang. Tengah-tengah excited nak tahu macam ni jangan dibuat main.

Edy tergelak.

"Aku risau kau melenting nanti kalau aku cakap."

"Nak melenting apa? Kau ni nak merapu bukan-bukan la ni. Cepat cakap."

"Kau janji erk jangan marah?"

Waiz tayang muka menyampah.

"Kau dah kenapa macam budak-budak? Cepatlah cakap. Marah ke melenting ke, tu belakang kira. Aku nak tahu sama ada cadangan kau tu boleh pakai ke tak. Sebab kadang-kadang otak kau boleh pakai, kadang-kadang tak boleh. Cakap."

Sempat Edy mencebik. Kalau bab mengutuk memang Waiz terror tak padan dengan lelaki. Tapi masalahnya, dengan dia saja yang Waiz suka mengutuk. Sahabat katakan. Semua main bedal.

"Ini pendapat aku la kan."

"Ya, aku tahu."

"Okay, macam ni."

Waiz angkat kening. "Macam mana? Kau jangan bercakap macam radio rosak boleh tak? Straight to the point sajalah. Huh!"

Sekali lagi Edy ketawa.

"Okay, okay, macam ni. Aku... cadangkan kau..."

Waiz masih setia mendengar.

"Cari peneman hidup."

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora