SM - 12

1.6K 133 33
                                    

"WARDA!" Suara Waiz kedengaran seiring dengan hon kereta yang sedang laju menuju ke arah Warda. Terbeliak mata Warda. Sekelip mata, rasa lengan direntap kuat. Terkebil-kebil dia saat ini.

Bukan berdebar kerana takut mahupun terkejut dengan situasi tadi. Tapi...

"Okey tak?"

Kepala mendongak.

Okey! Dia rasa jantung dia telah pun melompat keluar dan berhenti berdegup kerana...jarak dia dan Waiz sangat dekat! Dia berada di dalam pelukan Waiz sekarang ini!

Perlahan-lahan kepala diangguk.

"Ok-okey. Err...Encik Waiz kit...kita..."

Seakan baru tersedar, segera Waiz menjarakkan kedudukan mereka berdua. Dia juga baru sedar dengan kedudukan dia dan Warda. Disebabkan rasa cemas apabila melihat ada kereta meluru hampir dengan Warda, dia tiada cara lain selain dari tarik Warda ke dalam pelukan dia.

"Sorry." Sepatah dia berkata. Janggal dengan apa yang berlaku tadi.

Warda berpura-pura membetulkan baju yang senget itu. Rambutnya dibetul-betulkan agar tidak kelihatan serabai. Dah cantik-cantik begini ada juga yang nak langgar dia. Apa!

"Ter...terima masih sebab dah selamatkan saya." Rasa hendak gugur jantung dia sekarang ini. Eh bukan gugur, memang terlompat keluar pun!

"Aduh!" Tiba-tiba dia mengaduh memegang dada.

Waiz berubah cuak.

"Kenapa ni? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Keadaan gadis itu diperiksa. Jika apa-apa jadi pada Warda, dia yang harus bertanggungjawab. Kerana dia yang bawa Warda keluar.

"En-Encik Waiz ada nam-nampak tak?" Tersekat-sekat gadis itu bertanya.

"Nampak apa?" Mata meliar mencari sesuatu.

"Tadi...tadi jantung saya melompat keluar masa Encik Waiz peluk saya." Terus saja Warda menghemburkan ketawa disebabkan lawak sendiri.

Waiz terngadah. Gurauan jenis apa tu?

"Main-main eh? Ingatkan sakit betul la. Budak ni, Allah." Dahinya diurut. Pening dengan sikap main-main Warda. Dah nak kena langgar pun masih lagi selamba buat gurau.

Warda masih lagi ketawa.

"Sekali lagi awak gurau macam tu, saya dah tak nak ambil tahu. Biar je terbaring dekat sini." Bersama hati yang geram, Waiz berlalu meninggalkan Warda. Orang risau sempat lagi dibuat gurau!

Lantas langkah Waiz dikejar Warda. Dia tersenyum. Tiba-tiba dia suka lihat wajah risau dan gelisah dari Waiz.

"Tunggu la Encik Waiz." Panjang betul langkah lelaki itu, hingga terpaksa dia berlari mengejar.

Sampai dihadapan wayang, mereka sama-sama berdiri tegak. Tidak tahu hendak memilik movie apa yang seronok ditonton.

"Macam ni, saya pergi beli popcorn dengan air. Sambil-sambil tu awak pilih nak tengok movie apa. But, make sure movie yang bukan melibatkan 'cinta'" Perkataan cinta Waiz tekan kuat. Bukan boleh dijangka gadis itu. Entah-entah sekejap lagi sengaja pilih movie yang seperti itu mahu mengusik dia.

Sebaik Waiz beredar. Warda termenung bersama senyuman gembira.

"Eii Waiz ni comel la. Tak nak layan aku tapi last-last layan juga."

Sesudah membayar tiket, mereka segera masuk ke dalam panggung dan mengambil tempat duduk. Suara Warda yang tiba-tiba ketawa menarik perhatian Waiz.

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now