Prolog

8.1K 209 14
                                    

PISTOL diacu ke depan sebaik saja pintu rumah usang itu berjaya ditolak kasar menggunakan kaki. Mata meliar memerhati keadaan sekeliling tanda sedang berjaga-jaga. Bimbang jika ada pihak musuh datang dari arah lain. Dadanya juga berombak kuat menahan debaran dan amarah yang bercampur dalam diri. Urat kehijauan jelas kelihatan ditepi dahinya.

"Aku dah berjaya masuk. So far, aku tak ada nampak lagi kelibat sesiapa dekat sini." Ujar dia memaklumkan keberadaannya melalui fon telinga yang dipasangkan pada telinga kanannya.

"Okey. Kau teruskan, Waiz. Kami semua dah kepung seluruh kawasan ni. Kau dekat dalam tu kena hati-hati. Apa-apa hal terus roger." Sahut rakan setugasnya yang sedang berada diluar.

Langkah diatur perlahan. Dahi sedikit berkerut melihat ruangan rumah usang ini. Walaupun usang, rumah ini merupakan rumah kayu yang amat besar dan mewah jika diurus dengan baik. Buktinya, rumah ini terdapat banyak pintu. Mungkin setiap pintu itu adalah pintu bilik.

Semakin dia maju, semakin dada berdegup kencang.

"Inspektor Waiz."

Kakinya terhenti dari melangkah. Tercengang. Jelas ditelinganya suara itu dari arah belakang. Perlahan, dia mula menoleh. Saat dia sudah menoleh, matanya tertancap pada pandangan yang kurang enak. Dadanya makin berombak. Pistol diacu digenggam kemas.

"Lepaskan Warda!"

Seakan mahu luruh jantungnya melihat gadis yang dipeluk erat dileher dari arah belakang. Jelas dimata, gadis itu terseksa menahan nafas yang tersekat.

Senyuman sinis dan jahat diukir.

"Finally! Hero dah sampai!"

Bergema ruangan rumah usang itu dengan suara lelaki dihadapannya.

"Afzan! Aku cakap lepaskan Warda!" Tidak tega dia melihat gadis kesayangannya begitu.

Afzan menggelengkan kepala.

"Tak, Waiz. Aku tak akan lepaskan perempuan ni. Perempuan ni kena rasa sama dengan apa yang Mawar pernah rasa dulu!" Dia mula ketawa terbahak-bahak. Seolah-olah puas dengan apa yang dia lakukan.

Sayu hati Waiz melihat gadis kesayangannya ditangan lelaki seperti Afzan. Ini semua salahnya! Salah diri dia!

"Afzan. Warda tak terlibat langsung dalam kes arwah Mawar. Aku! Aku yang salah. Tolong jangan libatkan tunang aku!" Kesabaran mulai tipis. Dia tidak sanggup lagi melihat Warda yang seakan tidak berdaya itu.

Runtum hati lelakinya melihat wajah lebam kesayangannya itu. Kesan lebam itu menandakan gadis itu sudah cukup diseksa sebelum sempat dia sampai ke sini. Hatinya sakit melihat sisa darah yang ada pada wajah bersih itu.

"Huh! Kau lupa? Ingat Waiz! Hutang nyawa mesti dibayar dengan nyawa!" Leher Warda yang dipaut itu semakin dieratkan.

Warda menyeringai kesakitan. Jelas pada wajahnya yang memerit. Air mata kembali mengalir. Mata juga sudah terasa pedih kerana sepanjang dia diculik hari ini, dia asyik menangis.

"Wa-Waiz-" perlahan sekali suaranya. Redup mata memandang Waiz yang kerisauan itu. Hatinya menangis.

"Afzan, please. Aku merayu. Tolong lepaskan Warda. Kau nak balas dendam, balas pada aku. Bukan dengan orang yang tak bersalah dan langsung tak terlibat seperti Warda!" Mahu saja Waiz terus menembak Afzan didepannya. Namun, badan Warda menghalang.

"Aku nak kau terseksa macam mana aku terseksa! Hilang orang yang paling aku sayang sebab dibunuh oleh kau!"

"Tapi aku tak sengaja! Semua tu berpunca dari kau, Afzan! Kau! Kalau kau tak terlibat dengan jenayah, kau tak akan diburu dan isteri kau tak akan jadi mangsa! Aku tertembak dia sebab dia nak lindungi kau dari kena tembakan aku!"

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now