SM-3

2.1K 137 12
                                    

BERKERUT seribu dahi Aisya melihat Warda yang sedang menghendap tidak henti-henti disebalik dinding itu. Terasa ingin tahu, perlahan dia mendekati Warda. Bahu gadis itu dicuit.

Warda menoleh.

"Kau buat apa ni Warda? Dari tadi aku perhati kerja kau yang menghendap ni."

Aisya dijeling tidak puas hati. Kemudian Warda kembali fokus kepada kerjanya sebentar tadi.

"Kau ni ganggu aku je la." Dia merungut.

Aisya mencebik. Dia turut membongkok kan sedikit tubuhnya mengintai disebalik dinding itu. Entah apa yang menarik perhatian Warda pun tidak tahu. Ketika terpandang apa yang dipandang Warda, Aisya tersenyum mengusik.

"Oh. Kau menghendap Doktor Firas ehh?"

Laju tangan Warda menekup mulut Aisya. Bicara Aisya dengan suara yang sedikit kuat seperti hendak memberitahu kepada orang sekeliling mereka yang dia sedang menghendap Firas.

"Ish! Aisya. Kau ni cakap tu perlahan sikit boleh tak? Kau nak semua orang dekat wad ni dengar ke? Bila masa pula aku menghendap mamat tu? Tak ada masa la!" Panas pula hatinya dituduh begitu.

"Habis, kau stalk siapa lagi?" Soal Aisya sebaik saja Warda menjatuhkan tangan dari menekup mulutnya.

"Itulah kau, lain kali tanya dulu. Jangan main tuduh." Sempat Warda memerli sebelum kembali menghendap. 

"Kau nampak tak lelaki yang dekat sebelah Doktor Firas tu?" Lelaki yang memakai jaket hitam itu ditunjuknya.

Gigih Aisya cuba untuk melihat. Matanya dikecilkan memandangkan dia seorang yang rabun. Namun dia berlagak buat macam orang normal tidak mahu memakai spek mata.

"Nam-pak kut. Aku rabun mana la nampak muka dia macam mana."

"Aisya, aku suruh kau tengok jaket hitam. Bukan muka dia. Kalau muka dia, aku pun tak nampak sebab dia tu membelakangi kita. Kau ni apahal bengap sangat? Ish!" Masalah betul ada rakan sekerja yang rabun tahap gaban ni!

"Hm iyalah nampak. Kenapa dengan lelaki tu?"

"Lelaki tu la yang aku cerita dekat kau. Yang aku terlanggar orang depan seven eleven sampai hidung lelaki tu berdarah."

"Seriuslah kau?"

"Apa tak seriusnya? Seriuslah. Sekarang ni aku terfikir kenapa dia kerap sangat jumpa Doktor Firas tu. Aku just curious kau tahu tak? Dah berapa kali aku ternampak dia keluar masuk bilik Doktor Firas tu."

Aisya terangguk-angguk faham. Lama mereka berdiam diri memerhati pada pandangan yang sama.

"Warda."

"Hm?"

"Kau tak terfikir apa yang aku fikir?"

"Fikir apa?"

"Ni aku la yang fikir. Entah-entah lelaki tu dengan Doktor Firas ada hubungan. Hub- aduh! Apa kau ni main ketuk kepala aku?" Belum sempat Aisya habis berkata, tangan Warda terlebih dahulu mengetuk kepalanya.

Warda ketap gigi. Tajam sekali Aisya dipandang.

"Kau tahu tak apa hukum menfitnah? Dosa besar kau tahu tak? Tak baik Aisya. Tak baik. Jangan tuduh tanpa bukti."

"Eh, kau ni kenapa? Aku belum habis cakap lagi, kan? Aku nak cakap maybe dia orang ada hubungan keluarga. Sekarang ni siapa yang tuduh bukan-bukan? Warda, Warda."

Warda tayang sengihan seraya mengaru tepi kepala.

"Macam tu eh? Ingat ke kau nak tuduh bukan-bukan."

Setia Menanti (𝑬-𝑩𝒐𝒐𝒌)Where stories live. Discover now