"Uwuu ni sayang ni! Muah! I kena balik ke kelas dulu. Balik nanti kita jumpa eh? Bye!"pamit Claire. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi milik Ezra. Sebaik sahaja kelibat Claire tidak kelihatan, Qhairil dan Fazlan mara menghampiri Ezra.

"Bila kau nak bagitahu dia pasal tu? Kau dah tak ada perasaan dekat dia. Tambahan pula Nena (panggilan untuk nenek) memang tak sukakan dia."ujar Qhairil. Bahu Ezra ditepuknya beberapa kali.

"Petang nanti lepas balik hospital."jawab Ezra lemah. Tidak dapat dibayangkan reaksi Claire apabila dia mengatakan tentang itu.

"Kau dah fikir rebus-rebus pasal putus ni weh?"sampuk Fazlan.

"Adoii! Sakitlah!"Fazlan menggosok kepalanya yang dipukul oleh Qhairil dan Ezra serentak. Sakit dua kali ganda rasanya.

"Patutlah tak pernah nak lulus bahasa melayu. Rebus-rebus kepala kingkong kau! Yang sebetulnya masak-masak!"ujar Qhairil.

"Sama je lah. Rebus-rebus kategori memasak juga!"balas Fazlan tidak mahu mengalah. Bertabah sahajalah yang mampu kerana mereka mendapat sepupu bengap seperti Fazlan.

"Suka hati kau lah bongok! Aku dah fikir masak-masak. Kalau diteruskan juga, nanti lain pula jadinya. Kau orang tahu Nena tu macam mana. Dibuatnya dia sisihkan aku setiap hari, sia-sia hidup!"Ezra menghelakan nafasnya perlahan.

"Satu je yang aku mampu cakap,"Fazlan menepuk bahu Ezra dua kali sambil memandang raut wajah Ezra.

"Apa dia?"

"Kalau kau disisihkan, padan muka."

"Sial!"Ezra menendang kuat paha Fazlan sehinggakan Fazlan jatuh meniarap di atas lantai.

"Adoi! Sakit gila!"tempik Fazlan.

"Siapa suruh kau cari pasal? Memang kenalah. Sedap tak? Nak lagi?"Ezra sudah mengacah-acah hendak menendang Fazlan.

"Duduk tempat masing-masing!! Apa yang bising sangat ni? Fazlan kenapa meniarap dekat bawah tu?"soal Sir Riz.

"Fazlan nak tahu macam mana rasa cium lantai tu Sir. Buat eksperimen rasa cium lantai! Lebih kurang macam itulah."ujar Ezra.

"Sial kau!"Fazlan menampar belakang kepala Ezra. Sir Riz hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Dah! Tak payah nak bergaduh. Buka buku sekarang!"arah Sir Riz.

Armelyn mencapai penyapu bulu ayam lalu rak-rak di dalam rumah itu dibersihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Armelyn mencapai penyapu bulu ayam lalu rak-rak di dalam rumah itu dibersihkan. Sudah menjadi rutin hariannya membersihkan rumah atas arahan Puan Karina iaitu ibu angkatnya. Dek kerana terhutang budi dengan Puan Karina, Armelyn hanya mampu akur membuat segala suruhan Puan Karina.

Ketika ayahnya meninggal, Puan Karina lah yang mengutipnya dan menjaganya dari terkontang kanting sendirian di dalam rumah besar milik ayahnya. Namun sikap Puan Karina dan anaknya semakin lama semakin suka memaksa. Ditambah pula, baru-baru ini Puan Karina kerap memukulnya.

EMERALDWhere stories live. Discover now