Soal malam Fyraz cuba menyentuh aku, berkali kali diucapkannya sepotong kata maaf seolah olah semua kesalahan terletak di bahunya. Sedangkan aku, jujur aku rasa bersalah kerana belum mampu menunaikan keinginan Fyraz. Dalam tak sedar aku mengeluh berat. Sampai bila aku akan dikejar memori lalu?

Aku menuju ke bilik kerja Fyraz yang tertutup rapat itu aku buka. Segenap ruang bilik itu aku perhatikan. Tidaklah terlalu bersepah tapi masih perlu dikemaskan. Fail fail yang tidak bersusun di atas meja aku susun rapi satu persatu sebelum mata tertancap pada satu objek yang agak tersorok di bawah timbunan fail itu.

Buku nota berwarna hitam milik Fyraz yang pernah aku jumpa di pejabat dulu.

Aku bagaikan tertarik untuk melihat isi kandungannya walaupun sudah pernah aku lihat sekali sebelum ini. Sehelai demi sehelai aku selak namun isinya tidak bertambah kecuali pada helaian terakhir.

Satu puisi yang ditulis, bertarikh seminggu selepas kami disatukan.

"She's my star
Shining in my dream on the beautiful night..."

Aku kalihkan wajah apabila tersedar Fyraz sudah melangkah masuk sambil bibir melafaz bait bait madah yang ditulisnya sendiri.

"She's my true fantasy
drugged me with her love
Hard to catch
Yet, i only see her in my future..."

Matanya tidak lepas dari merenung wajah aku dengan pandangan yang sarat dengan rasa cinta.

Aku nampak sebuah keikhlasan pada panahan matanya itu.

"She's my everything
Too precious that I can't change her even with the whole world..."

Tangannya menggapai kedua dua belah tangan aku lalu digenggamnya erat seakan tak mahu lepas sebagaimana yang dijanjikan pada malam hari pernikahan kami. Sentuhan itu, ternyata berjaya membuatkan rama rama dalam perut berkicau riuh.

Berdebar tapi terasa tenang. Dan untuk itu, aku yakin rasa ini hanya hadir tatkala aku bersama Fyraz.

Hanya Fyraz.

"I swear to Him, for the rest of my life, I will always love you...the most beautiful angel of mine." dia mengakhiri baris puisi yang terakhir.

Terharu. Itu yang aku rasa.

Perlahan lahan, aku lepaskan genggaman tangannya sebelum tangan aku sendiri aku bawa ke dada kirinya, tepat di mana jantungnya berdegup. Aku tayang senyum apabila terasa degupan jantung itu juga tidak sekata. Jelas, dia turut berdebar walaupun dengan hanya sentuhan kecil dari aku.

Pada dada bidang itu, aku mainkan jari jemari melakar nama aku sendiri.

"Who's that 'she' in that beautiful lines?" sengaja aku bertanya sedangkan jawapannya sudah cukup jelas.

"You'll get the answer everytime you look right into my eyes."

Spontan, wajah aku angkat mencari anak matanya.

Dan pada sepasang mata kelabu yang seakan bersinar itu, aku lihat pantulan diri aku yang sedang tersenyum bahagia.

Aku...

Terima kasih, sayang...

Lama berkeadaan begitu, akhirnya Fyraz mengalihkan tangannya dan mengambil sesuatu dari poket belakang seluarnya.

"Let's create our beautiful memories here." sesuatu yang berbentuk kad itu dilayang tepat di depan mata aku.

Isi kad itu aku teliti sebelum tiket itu aku rampas dari pegangan Fyraz gara gara tak percaya dengan apa yang aku baca.

"Spain? Next week?"

Fyraz angguk sekali.

"Thank you, abang!"

Tanpa berfikir panjang, tubuh Fyraza aku dakap erat dan kerana posisi berdirinya tidak cukup teguh, kami akhirnya sama sama jatuh di atas permaidani nipis bilik itu dengan keadaan aku yang menghempap Fyraz.

"Abang, sorry!" aku tekup mulut. Tak jangka dengan situasi itu. Mula rasa bersalah lagi lagi apabila matanya terpejam rapat dengan dahinya yang turut berkerut seribu menahan sakit.

"Abang okay? Sakit sangat ke?" belakang kepala Fyraz yang sempat terhentak dengan lantai marmar itu aku usap perlahan.

Fyraz tidak menjawab malah djnelingnya aku tajam. Aku teguk liur. Dia nak mengamuk ke?

"Sakit la! Ingat Sya ringan ke?" Fyraz membalas dengan nada serius.

"Sya minta maaf..." takut takut aku bersuara tanpa memandang ke arahnya sambil jari aku mainkan di perutnya yang terlindung di sebalik baju kemeja yang tersarung ada tubuh.

"Nasib baik tak sengaja. Kalau tak..." sengaja dia meleretkan bicara.

"Kalau tak, apa?" dengan polos aku bertanya.

Hujung bibirnya mula terbit dengan satu senyuman nakal.

"Kalau tak, abang angkut bawak masuk bilik. Sya pun macam sengaja nak flirt dengan abang sekarang ni." ujarnya tanpa melihat aku malah pandangannya meliar ke segenap tubuh aku dan renungannya terhenti pada bibir.

Rahang aku jatuh dan pipi turut berona merah gara gara mendengar bicara selambanya. Dengan serta merta, dada bidangnya aku pukul sebelum bangun lalu melarikan diri daripada Fyraz. Tidak pula dia meghalang malah sempat aku dengar tawanya terletus kuat malah semakin galak kedengaran tawa merdunya itu.

Damn, what spell you cast till make me falling even deeper, Fyraz?












Harap maaf, kelancaran idea tersekat di skala 6

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now