OY || BAB 9

Depuis le début
                                    

"Tak, aku nak pergi tempat lain jap" Jawapan Tengku Danish dibalas dengan anggukan. Aaira melepaskan nafas lega setelah melihat lelaki itu sudah bergerak jauh dari tempat mereka. Kemudian, dia mengikut Auni dan Wiena. Masuk sahaja ke dalam kedai, matanya terus menangkap deretan kain yang tergantung di beberapa bahagian.

Tanpa membuang masa, langkahnya diatur menghampiri bahagian itu. Bersinar-sinar matanya saat itu. Auni sudah pergi ke bahagian kain palazo manakala Wiena sibuk mencari tudung.

Setelah buat kira-kira dengan harga kain disitu, dia hanya memilih tiga helai kain sahaja. Selepas itu, dia menapak ke arah Auni dan Wiena.

Keluar sahaja dari kedai, tubuh tinggi Tengku Danish yang sedang duduk bersilang kaki di atas kerusi, menyapa pandangan mereka bertiga. Disebelahnya terdapat satu paperbag kecil. Tengku Danish mendongakkan kepala memandang ke arah mereka.

"Jom pergi dekat Danyel dengan Nara. Diorang dekat tingkat atas" ajak Auni setelah mereka berdiri di hadapan lelaki itu. Telefon bimbitnya dibelek depan belakang. Terjatuh ketika dia mahu membayar tadi membuatkan skrinnya retak sedikit. Dia dah lah pantang nampak kesan calar atau retak dekat skrin telefon. Mesti nak pergi tukar baru.

Tengku Danish melihat jam di pergelangan tangan kiri sebelum dia bangun berdiri. Paperbag tadi turut dicapainya. Tanpa menunggu lama, mereka terus beredar dari situ. Keadaan di mall itu semakin sarat dengan ramai orang menyebabkan Aaira terpaksa memegang lengan Wiena supaya tidak terpisah.

NARA membelek skirt labuh yang ada di dalam kedai itu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

NARA membelek skirt labuh yang ada di dalam kedai itu. Dia dan Danyel baru saja selesai membeli baju untuk mereka pakai di majlis reunion nanti. Di tangan kirinya ada satu paperbag yang berisi bajunya, dipilih sendiri oleh Danyel. Baju Danyel pula dia yang pilihkan setelah dipaksa oleh lelaki itu, walaupun pada mulanya dia risau baju pilihannya tak sesuai dengan Danyel.

Sekarang mereka berdua masih berada di kedai tadi. Sementara menunggu Auni dan yang lain tiba, dia mahu mencari hoodie untuk Danyel. Sebagai balasan sebab dah bayarkan baju dia tadi. Mujur Danyel tengah jawab panggilan telefon di luar kedai, boleh lah dia beli tanpa pengetahuan lelaki itu.

Sedang dia sibuk mencari saiz yang sesuai untuk Danyel, bahu kirinya tiba-tiba dicuit dari belakang. Memikirkan Danyel yang mungkin berada dibelakangnya, terus dia pusingkan badan ke belakang.

"Wiena!" Wajah Wiena, Auni dan Aaira dihadapannya dipandang. Matanya dililau ke sekeliling, mencari susuk tubuh Danyel.

"Kau kenapa?" Soal Auni pelik. Dia turut melihat sekeliling sebelum kembali memandang Nara.

"Danyel mana?" Wiena dan Auni serentak melirik pada Nara bersama sengihan nakal. Terkelip-kelip Nara apabila dipandang begitu. Dia memandang ke arah Aaira pula untuk meminta jawapan.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant