Papa?

Aku mengalihkan pandangan pada ibu Zarina di sebelah dan pandangan keliru aku digantikan ibu Zarina dengan senyumannya.

"Hana dah maafkan papa Hana, kan?"

Spontan, air mata mengalir laju. Sudah lebih 4 tahun, baru hari ini aku melihat papa yang ternyata kelihatan kurang bermaya tapi masih dihiasi dengan senyuman di bibirnya.

Derhakakah aku sebagai seorang anak, kerana selama lebih 4 tahun ini langsung tidak pernah sekalipun mencari papa, apatah lagi mengambil tahu soalnya?

"Belum apa apa lagi, Hana dah nangis? Nervous sangat ke?" aku terus tundukkan wajah apabila Shahirah menegur. Air mata aku seka menggunakan beberapa helai tisu yang sempat aku ambil di bilik tadi. Mujur solekan nipis saja, tak adalah nampak comot.

Majlis langsung dimulakan ddngan bacaan khutbah nikah yang 'dia' sendiri bacakan. Namun, fokus aku hilang. Sepatah apa pun yang disebutkannya tidak berjaya menembusi gegendang telinga aku.

Hampir lima minit membaca khutbah, tok kadi meminta aku dan 'dia' menurunkan tandatangan. Wajah aku angkat apabila suasana kembali riuh sedikit.

Aku makin sebak apabila papa mengambil tempat tok kadi lalu menghulurkan tangan kanan sebelum 'dia' menyambut huluran tangan papa.

Dan seterusnya...

"Tengku Muhammad Fyraz Danial Ar-Rifqi bin Tengku Adham Shah, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Hana Arisya binti Kadir dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai..."

Kepala aku terangkat mendengar sebaris nama yang disebut sebelum nama aku.

"Aku terima nikahnya Hana Arisya bintu Kadir dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai..."

"Sah!"

"Sah!"

Air mata mengalir laju.

Fyraz?

Aku mengalihkan pandangan ke sebelah kiri, melihat ke arah Sharifah Ahdiyah yang tersenyum kelegaan sebaik sahaja ijab kabul berjaya disempurnakan Fyraz dengan hanya sekali lafaz penuh keyakinan, tanpa sedikit pun keraguan.

Spontan, layar memori teringatkan kata kata Sharifah Ahdiyah dan Dania pada hari pertunangan aku dulu.

"Mama letak kepercayaan pada Hana."

"...abang memang perlukan akak untuk bahagiakan dia."

Jadi selama ini, Fyraz tunggu aku?

Aku abaikan seketika persoalan yang berlegar apabila tangan ditadah penuh kesyukuran.

Sekali lagi, dia berjaya membuatkan aku terpaksa menahan air mata apabila doa juga turut dibacakannya sendiri dengan lancar tanpa sebarang kesalahan.

"Tahniah Hana!" ujar kak Bib dan Shahirah serentak.

"Anak ibu dah jadi isteri orang. Dengar cakap suami ye sayang? Ibu yakin, dia yang terbaik." aku tersenyum dengan air mata yang mengalir dengan ucapan ikhlas ibu Zarina.

Aku kalihkan semula pandangan ke hadapan. Sempat aku lihat, wajahnya ditoleh sekilas pada aku. Sedikit demi sedikit, aku dapat membaca bibirnya yang mengucapkan 'terima kasih'.

Tidak lama, dan akhirnya satu senyuman memekar di bibir aku.

Ya Allah, terima kasih atas kurniaan ini...

Dia bangun dari duduknya dan perlahan lahan menuju ke arah aku. Duduknya di hadapan aku sebelum dibisik perlahan satu ayat.

"Assalamualaikum, cinta hati."

Hikayat Sang Pencinta ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें