(çhàptèr)kāpītēl 1

120 4 18
                                    

Seoul, South Korea.

Suasana yang nyaman membuatkan dia rasa malas untuk bangun. Bunyi loceng berbunyi dia endahkan. Dia sememangnya tengah malas sekarang. "Choi Beomgyu, ireonna!!"ujar Choi Bitna, kakak kepada Beomgyu. "Ergh!!"marah Beomgyu lalu bangun daripada baringnya.

Dia memandang si kakak dengan renungan yang tajam tapi Bitna hanya endahkan dia. Malas nak layan perangai adiknya. "Bangun! Kejap lagi jeongin sampai!"ujar Bitna sebelum meninggalkan bilik beomgyu. Beomgyu terus menghentak tilamnya tanda protes.

Dia baru nak melayan perasaan nyamannya tapi kakaknya itu sudah menganggu ketenteraman jiwanya. "Hai, bos!"sapa jeongin yang baru sampai. Beomgyu diam. Dia bangun daripada katil dan menuju ke bilik mandi. Pintu bilik mandi di hentak kuat.

Jeongin menahan gelaknya. Dia dah agak yang beomgyu akan mengamuk. Kalau dia yang bangunkan lelaki itu pasti lelaki itu tak nak bangun. Nasiblah dia minta tolong kakak Beomgyu. Berhasil juga membangunkan kaki tidur tu.

Na Bi yang baru bangun daripada tidur terkejut apabila Yuuri ada di rumahnya. "Yah! Eonjae wasseo??!(sejak bila kau datang)"tanya Na Bi dengan nada yang sedikit tinggi. Yuuri pandang kawan baiknya itu. "Sejak 4 minit yang lepas... Bangun! Kita ada kerja hari ni!"balas Yuuri.

Na Bi terus bangun dan menuju ke bilik mandi. Sebaik sahaja susuk Na Bi hilang daripada matanya, dia mengeluh. Dia mengurut bahunya yang terasa sakit. Semalaman dia bekerja tanpa rehat bagi menyara ibu bapanya.

Habis sahaja shift kerjanya, dia terpaksa pulang kerumah untuk mandi dan masak sarapan buat keluarganya. "Eoh, hi yuuri!"sapa seseorang. Yuuri menoleh. Ternyata itu abang kepada kawannya, Han jisung.

"Annyeonghaseyo oppa!"balas Yuuri. Jisung tersengih. "Maaflah menyusahkan kamu. Na Bi tu memang pemalas sikit!"kutuk jisung. Yuuri tertawa kecil. Dia suka melihat jisung dan Na Bi. Kenapa? Sebab walaupun mereka selalu gaduh tapi jisung dan Na Bi tetap sayangkan antara satu sama lain.

Berbeza dengan dia. Dia dan kembarnya sentiasa bergaduh. Biarpun bukan dia yang mulakan tapi tetap dia yang akan dipersalahkan oleh ibu bapanya. "Tak apa, oppa. Yuuri dah biasa dengan Hanna yang suka bangun lambat!"balas yuuri.

Jisung tersenyum. Dia bersyukur yang adiknya mempunyai kawan sebaik yuuri. "Ermm, oppa dah lambat ni.. pesan dengan Na Bi supaya makan makanan yang oppa masak tu!"pesan jisung. Yuuri mengangguk faham.

____

Beomgyu memeriksa kontrak yang disediakan oleh kliennya. Jeongin disebelah beomgyu tersenyum manis kepada klien mereka. "Baiklah! Saya setuju untuk bekerjasama dengan syarikat kamu!"ujar beomgyu.

Encik Park tersenyum gembira. "Terima kasih, Tuan Choi. Saya sangat gembira dengan keputusan tuan!"ujar encik Park. Beomgyu hanya diam. Malas mahu melayan karenah kliennya itu.

Jeongin terus menyerahkan pen kepada beomgyu. Beomgyu ambil pen itu lalu menandatangan dokumen itu. Encik Park juga berbuat demikian. "Kalau macam tu saya minta diri dulu!"ujar Beomgyu lalu ingin berlalu pergi.

Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat yang mereka guna dibuka dari luar. Muncul seorang perempuan dan perempuan itu berlari kearah beomgyu. "Park Hyun!"tegur Encik Kim. Perempuan itu bertindak memeluk beomgyu.

Jeongin membulatkan matanya. Begitu juga dengan Beomgyu. "Tuan!!"jerit jeongin lalu menolak tubuh Hyun. Beomgyu boleh rasa yang badan nya mula memberikan tindak balas.

"Beomgyu!"ujar Hyun dan sekali lagi cuba dekati Beomgyu. Jeongin terus bertindak menahan tubuh Hyun. Beomgyu bangun perlahan-lahan lalu pergi dari situ. "Argh!"gumam beomgyu. Nafasnya mula sesak dan lehernya mula memerah.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now