(çhàptèr)kāpītēl 7

55 6 13
                                    

Perbincangan tentang majlis perkahwinan Bitna dan Hyunho berjalan dengan lancar cuma ada sesekali taehyun dan Puan Ji mencuri pandang April membuatkan Beomgyu rasa tidak selesa.

"Taehyun dulu sekolah mana?"tanya Puan Choi ingin tahu. Taehyun tersentak. Dia pandang Beomgyu sebentar sebelum menjawab soalan Puan Choi. "Hanlim highschool, ahjummah!"jawab Taehyun tetapi dengan nada dingin.

"Keurae? Beomgyu pun sekolah sana dulu! Mesti kamu kenal Beomgyu kan??"soal Puan Choi teruja. Beomgyu ketap bibirnya. April yang perasaan akan tindakan lelaki itu terus menggenggam tangan beomgyu.

Taehyun pandang April. Begitu juga Puan Ji. "Saya tak rapat dengan dia tapi saya kenal!"balas taehyun seringkas yang dia boleh. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia kata yang dia tidak kenal beomgyu.

"Yuuri.."seru Puan Ji. April tersentak dan terkedu. "N-nae?!"balasnya. Beomgyu pandang Puan Ji dengan pandangan dingin. "Dia April Choi, ahjummah... Dia bukan Kwon yuuri lagi!"ujar Beomgyu.

April terus memukul lengan Beomgyu menandakan yang dia tidak suka beomgyu berbicara seperti itu pada Puan Ji. April senyum pada puan Ji. "Kamu ke mana sebelum ni?"tanya Puan Ji.

"Awak kenal dengan April ke, puan Ji?"tanya puan Choi. Puan Ji mengangguk. "Dia bekas pekerja di kedai makan saya dulu!"balas Puan Ji. Puan Choi mengangguk faham. Dia tahu April pernah kerja di kedai makan dulu.

Tapi dia tak tahu pula kedai itu adalah milik Puan Ji. "Saya ada je dekat Seoul ni, sajangnim... Saya cuma sambung belajar!"balas April sambil tersenyum. Puan Ji mengangguk.

"Sekarang kau kerja apa?"tanya Taehyun yang tiba-tiba menyampuk. "April adalah doktor peribadi beomgyu sebenarnya tapi dia juga berkhidmat di hospital!"ujar Tuan Choi.

Puan Ji tersenyum gembira. "Jjinja?!"soalnya. April mengangguk mengiyakan. Taehyun teruskan memerhati April sehinggalah matanya terpandang cincin yang gadis itu pakai.

Matanya terus bertembung dengan mata beomgyu yang sedari tadi memandang dirinya dengan tajam. 'jadi April berjaya pulihkan Beomgyu Hyung?'desisnya dalam hati. Beomgyu kepal penumbuknya di bawah meja.

Dia tak sukakan pandangan taehyun terhadap April. Sememangnya dia bersalah dengan taehyun tetapi itu tidak bermakna yang taehyun boleh memandang April sebegitu. "Eomma!"seru beomgyu tiba-tiba.

Puan Ji yang sedang berborak dengan Puan Choi sama-sama menoleh kearah beomgyu. "Gyu dan ril nak balik dulu!"ujar beomgyu lalu bangun daripada kerusi.

April memandang beomgyu dengan pandangan pelik. Dia pelik apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja mengajaknya pulang. Nasib sahaja mereka semua sudah siap makan. Ada yang kebulur balik rumah.

"Already? Awalnya dongsaeng nak balik?"tanya Bitna yang jelas sekali sedih dengan ujaran pulang beomgyu. Beomgyu hanya tersenyum tipis. "Gyu sibuk... Macam itu juga April. Harap noona dan yang lain faham!"balas Beomgyu tanpa perasaan bersalah.

Beomgyu terus bergerak ke pintu. Dia menoleh apabila April masih tercegat berdiri di tempat duduk mereka sebentar tadi. April pandang Puan Choi dan Tuan Choi dengan pandangan serba salah.

"Eunhyun April Choi!"seru Beomgyu tegas dan berjaya membuatkan April sedikit takut. Manakala keluarga taehyun tersentak. Itu adalah nama kakak taehyun. "Jeseonghamnida, eommeonim habeoji eonni!"ujar April.

Dia terus mengekori beomgyu. Puan Choi gelengkan kepalanya. "Tak faham betul eomma dengan adik kamu tu!"luah Puan Choi. Tuan choi turut mengangguk mengiyakan. Bitna pula mencebik.

"Dia sengaja tu eomma! Maafkan adik saya gumo.. taehyun-shi!"ujar Bitna. "Itu memang nama yuuri ke?"tanya Puan Ji. Puan Choi tersenyum. "Nae... Dia dan Beomgyu ubah nama yuuri kepada nama itu memandangkan nama asal yuuri adalah eunhyun!"balas Puan Choi.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now