(çhàptèr)kāpītēl 19

48 11 9
                                    

Hana perhatikan wajah Taehyun yang sedang memandu. Wajah lelaki itu tegang sebaik sahaja kejadian yang berlaku dirumah Hyun sebentar tadi. Hana sendiri tak sangka yang Hyun akan buat seperti itu.

"Masih sakit?"tanya Taehyun dingin membuatkan Hana tersentak. Hana sentuh pipinya seraya tersenyum kecil. "Gwaenchana... sekurang-kurangnya tak sakit macam hati kau!"balas Hana.

Taehyun mengerling sebentar kearah Hana. "Kau juga pernah rasa apa yang aku rasa, Joanne... Kau...cintakan Hueningkai hampir 20 tahun!"ujar Taehyun. Hana terdiam. Walaupun dia kenal dengan Taehyun tidak selama dia kenal Hueningkai.

Tetapi Taehyun lebih rapat dan sentiasa ada bersama dirinya ketika dia rasa gembira mahupun susah. "Tapi aku bangga dengan kau... Kau berani untuk luahkan perasaan kau sedangkan aku...sampai sekarang Kai tak tahu tentang perasaan aku!"balas Hana.

Taehyun terus berhentikan kereta di tepi jalan. Dia pusingkan badan menghadap Hana. Tangannya mula naik menyentuh pipi Hana yang ditampar Hyun semasa mereka masih di sana.

"Joanne... Kau tak perlu rasa malu sebelum belum luahkan perasaan kau sebab aku yakin yang kau akan bahagia tanpa luahkannya!"balas Taehyun. Dahi Hana berkerut. "A-apa maksud kau, kang Taehyun?"tanya Hana.

Hana terkedu apabila Taehyun bertindak mencium dirinya. Taehyun pejamkan matanya. "T-Taehyun?!"ujar Hana sebaik sahaja Taehyun meleraikan ciuman mereka.

Taehyun memandang Hana dengan pandangan redup. Tadi pagi sebaik sahaja dia mendapat tahu yang kakaknya sedang mengandung, dia telah buat keputusan untuk akhiri hubungan dia dan Hyun.

Antara sebab dia akhiri hubungan mereka ialah dia risau yang Hyun akan gunakan dia untuk dekati Beomgyu. Dia tak nak hubungan Beomgyu dengan April terpecah kerana Hyun.

Sebab yang lain adalah dia sudah penat dan sememangnya dia mahu cari pengganti untuk lupakan Hyun. Taehyun tak sangka yang dia akan bertemu Hana semula.

"Mari mula bercinta Jo Hana! Kau dan aku!"ujar Taehyun. Hana terus terdiam. Taehyun perhatikan Hana sebelum dia mengeluh. Nampak sangat dia terdesak ke?

"Aku akan b-"kata-kata Taehyun terhenti apabila Hana mula bersuara. "Keurae! Mari mula bercinta Kang Taehyun!"balas Hana sambil memandang tepat kearah anak mata Taehyun.

Taehyun tertawa kecil apabila terpandang pipi Hana yang memerah dengan sangat teruk. Tangannya mula mengusap pipi gadis itu. "Kenapa aku tak pernah sedar yang kau comel sebenarnya, Hana!"gumam Taehyun.

Beomgyu yang sedang menyiapkan kerjanya di dalam pejabat tersentak apabila pintu diketuk daripada luar. "Masuk!"arah Beomgyu. Jeongin terus masuk ke dalam pejabat Beomgyu.

"Ada apa?"tanya Beomgyu malas tetapi matanya fokus membuat kerja. Jeongin ketap bibirnya sebentar. Jeongin mula bermain dengan jarinya. "Cik Kwon datang lagi!"luah Jeongin.

 "Cik Kwon datang lagi!"luah Jeongin

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Beomgyu mula mengeluh. Cermin mata yang dia pakai dibuka dan diletakkan diatas meja. Dia mula memandang Jeongin dengan pandangan serious. "Jangan bagi dia jejak kaki dalam company ni!"arah Beomgyu.

Jeongin mengangguk. "Ada lagi arahan seterusnya, Tuan Choi Beomgyu?"tanya Jeongin. Bibir Beomgyu terus mengukirkan senyuman sinis. "Macam mana dengan persediaan yang aku suruh kau sediakan, Yang Jeongin?"tanya Beomgyu.

Jeongin tersenyum manis. "Semestinya sudah lengkap dan boleh digunakan sekarang juga!"balas Jeongin. Beomgyu mengangguk faham. Dia mula bangun daripada tempat duduknya.

Dia mula menghampiri gambar perkahwinan dia dan April. Bibirnya mula mengukirkan senyuman manis. "No one can touch, April!"gumam Beomgyu lalu mengusap gambar April menggunakan ibu jarinya.

"Lepaskan akulah!!"jerit Yuumi tak puas hati apabila beberapa orang pegawai polis menariknya untuk meninggalkan tempat kerja Beomgyu. Beberapa orang yang berada di tempat berhampiran mula berbisik.

"Kau tengoklah tu... Bagus sangat Tuan Beomgyu tak jatuh dengan perempuan murah macam dia tu!"ujar seorang perempuan. "Maja! Aku masih ingat lagi kekasih aku putuskan aku sebab perempuan tu!"balas kawan perempuan itu.

April yang baru sahaja sampai ke syarikat Beomgyu bersama Na Bi mula mengerutkan dahinya. Na Bi terus tertawa mengejek. Yuumi yang terdengar gelakan mengejek Na Bi itu terus menoleh kearah mereka.

"KAU!!"jerit Yuumi. Dia cuba lepaskan diri daripada pegangan pihak polis untuk menyerang April. April gelengkan kepalanya. "Berubahlah, Kwon Yuumi!"ujar April sebelum berjalan meninggalkan tempat itu.

Na Bi pandang Yuumi sambil memeluk tubuh. "Dasar murah... Apa lagi yang tak cukup dalam hidup kau, Yuumi? Hampir semua lelaki kau dah rasa!"ujar Na Bi dengan nada bengang. Dia sememangnya bencikan Yuumi.

Gadis itu asyik mengacau hidup kawannya dan dia tak sukakan perkara itu. Yuumi ada segala-galanya. Apa yang buatkan gadis itu tidak berpuas hati sehingga ingin merampas segala milik April.

_____

Daehwi mula menghentakkan meja dihadapannya dengan sangat kuat sebaik sahaja berita Yuumi ditangkap pihak polis sampai pada pendengarannya. Di tambah lagi, sekarang dia menjadi buruan polis.

Dia tak tahu macam mana pihak polis dapat tahu tentang kegiatan rahsianya selama ini. "Tuan David!"tegur seorang pekerja Daehwi. Daehwi menoleh. "Kau nak apa?!"soal Daehwi dengan nada bengang.

"Kapal kita yang sedang dalam perjalanan untuk pengedaran dadah ke Sweden ditahan oleh pihak polis, Tuan David!"lapor pekerjanya. Daehwi mula mengepal penumbuknya.

"Tak guna!!"jerit Daehwi. Disebabkan perkara ini, rancangannya untuk memiliki April terpaksa ditangguh terlebih dahulu. Keselamatan sedang dalam ancaman. Dia kena cari siapa yang berani bocorkan rahsianya itu.

"Kau cari siapa dalang semua ni...dan hantar orang untuk pastikan Yuuri dalam keadaan yang baik tapi sebolehnya aku nak dia disini!"arah Daehwi sambil mencengkam kolar baju pekerjanya.

Pekerja itu mengangguk. "Baiklah, Tuan David!"balas pekerja itu sebelum berlalu pergi. Daehwi terus tertawa suka apabila membayangkan April berada disisinya. Dia tak kesah jika gadis itu mengandung.

Yang penting dia nak gadis itu berada disisinya untuk dia sentuh dan miliki. "Yuuri hanya milik aku!"gumam Daehwi lalu ketawa sekali lagi. Dia mula menggigit kukunya. "Yuuri... dia hanya akan bahagia dengan aku!"ujarnya sambil menganggukkan kepalanya.

Yeonjun dan Soobin perhatikan Beomgyu yang kelihatan serabut. Taehyun pula sedang berbual dengan April di ruang dapur bersama Hueningkai, Na Bi dan Puan Ji. "Jadi kita kena buat apa sekarang?"tanya Soobin.

"Kita kena tangkap Daehwi dengan segera... Kita kena fikir plan yang sesuai untuk tangkap dia. Keselamatan April dalam bahaya!"balas Yeonjun. Beomgyu mula menolak rambut depannya ke belakang.

Dia keluarkan satu kertas untuk menulis rancangan. "Sesiapa ada idea?"tanya Beomgyu. Soobin mula mengusap dagunya. Dia memandang Beomgyu dan Yeonjun bersilih ganti. "Majlis perkahwinan kau tinggal berapa hari lagi, Yeonjun hyung?"tanya Soobin.

Dahi Yeonjun berkerut apabila Soobin bercakap tentang perkahwinannya. "3 Hari... Wae?"tanya Yeonjun yang jelas sekali pelik dengan pertanyaan Soobin. Soobin mula tersenyum sinis. "Aku ada idea tapi yang pastinya korang berdua takkan sukakannya!"balas Soobin.

Yeonjun dan Beomgyu mula berbalas pandangan. Perasaan tidak senang mula hadir apabila melihat senyuman sinis Soobin itu. Hueningkai pandang Taehyun dengan pandangan tidak percaya.

Manakala, Puan Ji dan April tersenyum bangga dengan keputusan Taehyun itu. "Kau gila ke, Tae?! Kahwin ni bukan benda yang kau boleh bawa main! Lagi-lagi kau pilih Hana!! Kawan kita tu!!"ujar Hueningkai tak puas hati.

Taehyun hanya biarkan sahaja Hueningkai bercakap sendiri. Lagipun dia sudah buat keputusan dan tak ada sesiapa yang boleh halang dia daripada melakukannya.

To Be Continued.

Update done... Sikit lagi guys. Korang boleh tu. Hihi.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now