Memoir 7

27 2 0
                                    

April yang termenung dipandang oleh Na Bi dengan pandangan pelik. Jarang sekali sahabatnya itu hilang fokus dan tidak mencatit syarahan pensyarah mereka.

"Yah!"tegur Na Bi. Tangannya terus menyiku lengan April. April tersentak sebelum menoleh kearah kawannya. "Kau okay?"tanya Na Bi. April mengangguk.

"Aku okay, Hanna!"balas April. Na Bi ketap bibirnya. "Kau langsung tak fokus kelas professor Seo. Aku risau!"luah Na Bi. April tersenyum.

"Aku okay. Kau janganlah risau."ujar April. Na Bi mengangguk walaupun dia tahu sebenarnya ada sesuatu menganggu fikiran April. April usap rambut Na Bi.

"Aku dah ulang kaji lebih awal sebab tu aku tak berapa fokus!"ujar April. Dia sememangnya sudah mengulang kaji terlebih dahulu sebelum menghadiri kelas.

"Kau dengan Beomgyu, okay ke? Dia layan kau dengan baik?"tanya Na Bi ingin tahu. Mereka berdua mula bergerak menuju ke kafeteria universiti.

April mengangguk mengiyakan. "Beomgyu layan aku cukup baik, Hanna!"jawab April. Na Bi mengangguk. "Tapi kenapa kau nampak macam ada masalah. Ada sesuatu ganggu fikiran kau ke?"tanya Na Bi.

April tersenyum tipis. "Aku rasa... Aku suka Beomgyu!"ujar April dengan jujur. Na Bi terus hentikan langkahnya. Dia memandang kawannya itu dengan pandangan terkejut.

"Jjinja?!"soalnya teruja. April mengangguk mengiyakan. "Yah! Chukahae!"ujar Na Bi penuh gembira. Kawannya itu tidak pernah merasa suka ataupun cinta.

Na Bi betul-betul gembira yang April akhirnya dapat merasakan perasaan itu. "Tapi aku nak jauhkan diri daripada dia!"jujur April. Na Bi terkedu.

"Kau tahukan aku cuma isteri dia atas dasar ingin sembuh... Aku tak nak harapan palsu yang boleh menyebabkan aku jatuh tersungkur."luah April.

"Aku tak nak Beomgyu benci aku walaupun sebenarnya aku tak melanggar mana-mana syarat yang dia bagi. Aku takut dia jatuh cinta pada orang lain selepas sembuh!"tambah April.

Tanpa sebarang kata, Na Bi terus memeluk April. Dia tersenyum. "Aku tak sangka yang kawan aku seorang yang sangat kuat. Tapi Ril, aku harap kau tak terlalu kunci perasaan kau!"ujar Na Bi.

Dia terus memandang anak mata April. Tangannya mula melap air mata April yang jatuh tanpa gadis itu sedar. "You deserve to be happy!"pesan Na Bi.

"Gumawo, chingu!"ujar April. "Sweety! Angel!"jerit seseorang. April dan Na Bi terus menoleh. Mereka berdua kenal dengan suara itu.

"Yeonjun-shi!"balas April. Na Bi hanya memeluk tubuh. Yeonjun tersenyum manis. "Kamu berdua dah makan?"tanya Yeonjun. April terus menggeleng.

"Aniyo."jawab Na Bi sedikit dingin. Dia sedikit rimas dengan Yeonjun yang terlalu kerap datang ke universiti mereka. Dia tahu Yeonjun datang kerana sudah menganggap April seperti adik sendiri.

Tetapi dia tak suka apabila lelaki itu cuba kaitkan dia sekali. Jika April sahaja mungkin dia faham kerana Yeonjun dan April sudah menjadi keluarga kerana Beomgyu.

Tetapi dia? Dia tiada hubungan langsung dengan Yeonjun. Dia tak faham kenapa lelaki itu sentiasa mahu dia ikut bersama.

"Kaja! Aku belanja!"ajak Yeonjun. Dia terus memeluk lengan Na Bi dan April. Kedua-dua wanita itu dibawa menuju ke kafeteria.

Na Bi abaikan perasaannya apabila tangan dia dan Yeonjun bersentuhan. "Kamu berdua nak makan apa?"tanya Yeonjun sambil melihat papan menu.

"Bibimbap and ice coffee!"ujar Na Bi. Yeonjun mengangguk faham. Dia terus memandang April. "My angel?"tanya Yeonjun.

"Ermmm, just fried chicken with strawberry milkshake."ujar April dengan senyuman. Yeonjun mengangguk faham sebelum dia mula membuat pesanan. Na Bi dan April terus mencari tempat duduk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now